40 PERKARA LUAR BIASA

Message 6 From: zamrii (ZAMRII) To: ALL 1 of 3 Posted: 9/24/98 4:06 PM Reply to: New Thread Next

MENGAPA KENYATAAN MAHATHIR DAN IGP TIDAK BOLEH DIPERCAYAI ?

Begitu banyak kejadian abnormal dan LUAR BIASA yg dipaparkan di dalam akhbar kebelakangan ini.

Jika diungkap satu persatu maka menurut logik akal semakin lama semakin ditolak. Sebagai rakyat M'sia yg berpendidikan kita seperti terasa akal kita yang terdidik ini dipersenda dan dipermainkan oleh media massa dan juga oleh kenyataan-kenyataan dari pemimpin UMNO terutamanya. Nampaknya telah berpuluh bukti disenaraikan sehingga kini oleh Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad dan juga Ketua Polis Negara. Semakin banyak bukti yang disebut semakin LUAR BIASA untuk difikirkan. Manakala lain-lain pemimpin UMNO hanya berfungsi untuk menyokong tindakan Dr Mahathir dan tidak pula turut sama mengemukakan bukti-bukti yang lain (seolah-olah Mahathir dibiarkan membuat kenyataan bersama IGP keseorangan). Kita akan cuba menggunakan akal yang masih waras untuk menilai apa yang telah dipaparkan di dalam akhbar tempatan seminggu dua ini.

Kenyataan 1: Sebelum kejadian 2hb Sept Dr Mahathir memberi jaminan tiada masalah di antara dia dan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan meminta jangan mempercayai khabar angin. Datuk Seri Anwar pula menafikan sekeras-kerasnya bahawa dia akan meletak jawatan. Akhirnya beliau dipecat. Kini khabar angin semakin dipercayai di Malaysia berikutan kes ini. LUAR BIASA.

Kenyataan 2: Sebaik pemecatan DS Anwar, satu affidavit yang dikeluarkan secara tergesa-gesa terhadap Datuk Nalla pada keesokan harinya yang ditulis oleh SAC II Musa Hassan, dikeluarkan di mahkamah oleh Timbalan Kanan Pendakwaraya Azahar Mohamad dan diputuskan sebagai public document oleh Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Wahab Patail yang mana telah membolehkan Edisi Khas The Malay Mail menyiarkan keseluruhan affidavit tersebut pada pukul 2.00PM hari yang sama. Bermakna affidavit itu telah diperolehi terlebih awal oleh pihak akhbar sebelum dibacakan kepada mahkamah. LUAR BIASA.

Kenyataan 3: Cara pihak akhbar menggambarkan dan memperbesarkan affidavit yang ditulis oleh SAC II Musa Hassan kepada khalayak seolah-olah affidavit tersebut merupakan pertuduhan rasmi ke atas Datuk Seri Anwar yang mana sehingga hari ini DS Anwar masih belum didakwa atas apa yang ditulis didalam affidavit SAC II Musa Hassan tersebut. Sebaliknya timbul pula cerita orang-orang yang berlainan kemudiannya iaitu Dr Munawar Ahmad Anees dan Sukma Darmawan Sasmitaat Madja. LUAR BIASA.

Kenyataan 4: Penangkapan Dr Munawar Ahmad Anees di bawah ISA tanpa sebab musabab yang jelas. Penangkapan beliau berlaku pada 18hb Sept 1998. Dan keesokan paginya beliau dibawa ke mahkamah. Dalam tempoh 20 minit segalanya selesai. Beliau mengaku bersalah kerana terlibat dalam aktiviti liwat secara pasif (tanpa rela) dan dihukum penjara selama 6 bulan oleh Hakim Mahkamah Sesyen Lim Yee Lan. LUAR BIASA.

Kenyataan 5: Mengapa ISA diperlukan untuk menangkap seorang yang kesalahannya diliwat secara paksa dan dijatuhkan hukuman 6 bulan penjara setelah mengaku bersalah kerana dipaksa melakukan liwat ? LUAR BIASA.

Kenyataan 6: Hakim Mahkamah Sesyen Lim Yee Lan tidak membenarkan peguam Sulaiman Abdullah atau mana-mana peguam selain daripada peguam yang dilantik, iaitu Mohamad Yaacob Karim untuk mewakili Dr Munawar di dalam kesnya. Dr Munawar dinafikan hak berjumpa keluarganya dan di ambil semula oleh pihak polis secara tergesa-gesa sebaik sahaja selesai membuat pengakuan bersalah. Azahar Mohamad merupakan Timbalan Kanan Pendakwaraya kes Dr Munawar, iaitu orang yang sama mengemukakan affidavit terhadap Datuk Nallakaruppan pada 3hb September 1998 yang mana telah disiarkan secara besar-besaran oleh media massa. LUAR BIASA.

Kenyataan 7: Dr Munawar telah 'mengaku bersalah' terpaksa melakukan liwat kerana bimbang hilang jawatan dan punca pencarian. Seorang intelektual seperti Dr Munawar sebenarnya tidak perlu bimbang kehilangan pekerjaan dan mata pencarian kerana peluang pekerjaannya terbuka luas bukan sahaja di Malaysia. Dr Munawar merupakan rakan perbincangan intelektual DS Anwar, juga merupakan bekas Penyarah Pelawat Falsafah Sains Islam di ITM. Di petik dari tulisan pelajarnya; Beliau ialah seorang ilmuan yang disegani di Amerika dan di United Kingdom. Telah menulis lebih daripada 15 buah buku dan beberapa bukunya digunakan sebagai teks di university di London dan salah satu daripada bukunya dijual dengan harga 105 pound sterling di London. Beliau turut menjalankan pelbagai reserch yang boleh didapati dalam website Internet (rujuk search divice yahoo). Beliau juga adalah "A PROMINENT FIGURE ON THE ASIAN MUSLIM INTELLECTUAL SCENE, IS A CHIEF EDITOR OF _Periodica Islamica_. " Beliau pernah menjadi pensyarah jemputan di Universiti Malaya. Beliau juga adalah "member of world intelectual society" yang hanya terdiri daripada 14 orang ahli setakat ini. Sila rujuk website Dr Munawar di website: http://www.ummah.org.uk/dranees Sila juga rujuk kepada hasil tulisannya iaitu "HIS PROVOCATIVE 1989 BOOK, Islam and Biological Futures, EXPLORES QUESTIONS OF ETHICS AND RIGHTS, IN THE ISLAMIC CONTEXT, RAISED BY ABORTION, ARTIFICIAL INSEMINATION, AND SURROGATE MOTHERHOOD." Mudahkah untuk mempercayai satu peribadi yang sangat tekun dan menumpukan seluruh hidupnya terhadap kajian ilmu Islam tiba-tiba dengan rela membenarkan diri diliwat kerana bimbang kehilangan harta benda dan mata pencarian? LUAR BIASA.

Kenyataan 8: Siukam Sukma Darmawan Sasmitaat Madja telah ditahan reman terlebih awal iaitu pada 6hb Sept 1998. Beliau terlibat dengan perniagaan hiasan dalaman bagi pejabat-pejabat. Merupakan anak angkat kepada ayah DS Anwar. Hubungan di antara keluarganya di Indonesia dengan keluarga DS Anwar adalah sangat rapat. Dinafikan haknya untuk bertemu keluarganya dan keluarga angkatnya serta peguam yang mewakili keluarganya. Dalam satu kenyataan akhbar oleh Dani Teguh Peribadi, anak saudara Sukma yang merupakan pelajar jurusan Undang-undang di Universiti Jakarta, keluarga Sukma telah melantik peguam Zulkfli Nordin untuk mewakili Sukma di dalam kes tersebut dan bukannya peguam Mohamed Noor Don. Sebagaimana yang berlaku terhadap Dr Munawar, Hakim Mahkamah Sesyen Hasnah Datuk Mohd Hashim telah menolak peguam Zulkfli Nordin untuk mewakili Sukma sebaliknya hanya membenarkan peguam Mohamed Noor Don sebagai wakil Sukma. LUAR BIASA.

Kenyataan 9: Sukma Darmawan dihalang bertemu dengan keluarga dan rakan-rakannya. Mukanya ditutup oleh pihak polis ketika membawanya ke mahkamah. Selesai membuat pengakuan bersalah kerana diliwat secara pasif, beliau seolah-olah tidak pernah kenal dgn keluarga DS Anwar dan pihak polis juga dengan pantas membawa Sukma beredar tanpa membenarkan beliau ditemui oleh keluarganya. Menurut kenyataan akhbar DS Anwar, Sukma Darmawan telah ditengking oleh pegawai polis yang mengiringinya apabila dia cuba mengangkat muka untuk melihat wajah Pak Ibrahim, ayah DS Anwar. LUAR BIASA.

Kenyataan 10: Dalam press statement Dr Mahathir menyatakan kedua-dua Dr Munawar dan Sukma adalah bersalah kerana tidak mungkin mereka mengaku salah jika mereka tidak melakukannya. Kenyataan yang sama telah diulang pakai oleh beberapa menteri lain keesokan harinya. Berikut sedutan pendapat dari pengguna Internet. Mohon ampun dan maaf kerana saya quote tanpa ada pindaan: "just imaging, orang berak tengah jalan hanya dia aje yang tahu tiba-tiba ngaku dia yang buat, kalau tak ngaku pun siapa yang tahu bagi tahu mahkamah saya yang buat mesti ada tiga sebab 1-dia sudah hilang akal 2. dia mahu syurga cepat tak tahan kena siksa 3.matanya penuh dengan duit atau dapat ganjaran. Hanya orang bodoh aje percaya, siapa percaya dia lah orang paling bodoh dan siasat balik pergi jumpa bomoh otak boleh pakai ke tidak." LUAR BIASA.

Kenyataan 11: Affidavit yang dikeluarkan oleh Datuk Nallakaruppan tidak langsung disiarkan oleh akhbar tempatan. Di dalam affidavit ini Datuk Nalla menafikan segala kandungan affidavit yang ditulis SAC II Musa Hassan adalah merupakan pengakuannya secara rela. Datuk Nalla menyebut bahawa dia dipaksa menandatangani affidavit SAC II Musa Hassan tersebut tetapi tanpa mengetahui kandungannya. Affidavit yang dikeluarkan oleh Datuk Nalla telah ditolak oleh mahkamah dan Datuk Nalla kini kekal di tahan di lokap Balai Polis Bukit Aman utk membolehkan mereka meneruskan siasatan yang hingga kini tidak selesai-selesai. LUAR BIASA.

Kenyataan 12: Melihat kepada pertuduhan-pertuduhan berat dari Datuk Seri Dr Mahathir dan kesungguhan pihak polis mencari bukti 'kesalahan' DS Anwar maka tidak dapat difikirkan mengapa DS Anwar enggan menerima tawaran untuk meletakkan jawatan secara aman. Dalam kenyataan-kenyataan Mahathir kepada akhbar (sila rujuk archive akhbar Berita Harian dan Utusan Malaysia) beliau meminta DS Anwar meletak jawatan secara baik kerana tidak mahu memecatnya di atas tuduhan salah laku seks, menjual rahsia negara dan sebagainya. Sekiranya DS Anwar bersalah maka tentunya beliau akan menerima tawaran Mahathir itu dengan senang hati tanpa perlu bersusah payah menentang tuduhan-tuduhan Mahathir terhadapnya. Bagaimanapun beliau memilih untuk tidak meletak jawatan walaupun beliau tahu risikonya amat besar berdasarkan ugutan dari Dr Mahathir untuk memecat dan mendakwanya di atas salah laku seks. Keputusan tidak meletak jawatan ini akhirnya menyebabkan beliau kini menerima pelbagai dugaan yang amat berat, kini merengkok di dalam penjara ISA. Mengapa DS tidak memilih jalan selamat iaitu meletak jawatan secara aman sebagaimana yang ditawarkan kepadanya? LUAR BIASA.

Kenyataan 13: Akhbar tempatan melapor angka kehadiran ke perhimpunan-perhimpunan reformasi yang jauh lebih rendah dari yang dipaparkan oleh media luar negeri dan dari apa yang dapat dilihat di dalam gambar-gambar perhimpunan di Cherok Tok Kun, Kota Bharu, Bangi dan Dataran Merdeka/Masjid Negara. Gambar-gambar tidak disiarkan dalam berita RTM @ TV3 mahupun akhbar (kecuali akhbar berbahasa Cina).
Pemberita-pemberita asing mengadu berita dan gambar-gambar mereka disekat dan ditapis dalam proses penghantaran ke negara masing-masing. Mereka hairan kerana Malaysia bukanlah negara yang mengamalkan dasar tutup pintu seperti Myanmar tetapi tindakan menghalang penghantaran berita seolah-olah Malaysia kini telah menukar dasarnya. Mengapakan kerajaan pemerintah begitu takut dengan DS Anwar sedangkan kerajaan mempunyai segalanya ie senjata, polis, FRU, tentera, wang ringgit untuk menentang DS Anwar? LUAR BIASA.

Kenyataan 14: IGP mendakwa DS Anwar cuba campur tangan dalam siasatan polis. Manakala Dr Mahathir pula menafikan bahawa dia campur tangan dalam memberi arahan-arahan kepada IGP dan pihak polis di sepanjang siasatan kes Anwar. Tetapi jelaslah bahawa orang yang berbohong itu sesekali mestilah terlupa apa yang dibohongnya pada masa yang lepas-lepas. Bekas IGP Tun Haniff Omar mengaku dia pernah mengemukakan kes DS Anwar kepada Dr Mahathir semasa dia di dalam perkhidmatan tetapi ditolak oleh Dr Mahathir kerana dia tidak percaya. Bermakna sebarang tindakan dan tuduhan yang dikemukakan oleh IGP memerlukan lampu hijau dari Dr Mahathir. Pengakuan ini diambil dan dirakam daripada Buletin TV3 dan juga Berita RTM. Mana mungkin Dr Mahathir dapat menafikan bahawa apa sahaja siasatan berkenaan dengan orang politik baik yang dilakukan oleh pihak polis mahu pun oleh BPR adalah dibawah pengaruh Dr Mahathir sendiri. Malah Dr Mahathir sendiri dengan tidak sengaja telah mengaku bahawa beliau telah mengarahkan pihak polis iaitu Ketua Polis Negara Datuk Rahim Noor supaya jangan menahan atau menyoal siasat adik angkat DS Anwar setelah DS Anwar memohon kepadanya supaya perkara ini tidak dilakukan kepada Sukma Darmawan. Betapa besarnya kuasa seorang Perdana Menteri bernama Dr Mahathir sehingga boleh mengarahkan Ketua Polis Negara melakukan apa sahaja. "Siasat orang ini. Jangan siasat orang ini. Dakwa orang ini! Jangan dakwa orang ini. Guna ISA untuk orang ini! Buktikan orang ini bersalah!". Datuk Seri Dr Mahathir terlibat secara peribadi ke atas siasatan pihak polis terhadap DS Anwar.
Menafikan ini bermakna Dr Mahathir membohongi dan memperbodohkan seluruh rakyat Malaysia yang menonton kenyataan akhbarnya dan kenyataan akhbar Tun Haniff Omar di dalam Buletin TV3 dan Berita RTM serta akhbar tempatan yang pro-kerajaan. LUAR BIASA.

Kenyataan 15: Kaedah serbuan ala komando dan penangkapan DS Anwar menggambarkan DS Anwar seolah-olah penjenayah besar yang mempunyai kelengkapan dan tentera peribadi bersenjata. Peguam DS Anwar dan beliau sendiri telah pun memaklumkan berulangkali bahawa dia akan menyerah diri secara aman jika diberitahu supaya menyerah diri. Serbuan ala komanda ini mendapat arahan dari pegawai tertinggi (Menteri Dalam Negeri ?) seolah-olah ingin memberitahu dunia bahawa DS Anwar penjenayah besar yang amat berbahaya. Sebaliknya serbuan ala filem hollywood ini diketawakan oleh orang ramai kerana memikirkan DS Anwar dan rakan-rakannya tidak mempunyai apa-apa senjata. LUAR BIASA.

Kenyataan 16: Nalla ditahan di bawah ISA yang membawa kepada hukuman mati kerana 125 biji peluru. Beberapa minggu sebelum itu seorang bekas Jeneral ditahan bersama sejumlah peluru-peluru hidup dan pelancar roket tidak pula ditahan di bawah ISA. Perkara ini tidak pernah sekali pun dijelaskan oleh pihak polis terutamanya Ketua Polis Negara kepada orang ramai yang tertanya-tanya. LUAR BIASA.

BERSAMBUNG.... ATAU ADA SESIAPA YG INGIN SAMBUNG ?