Make your own free website on Tripod.com

TERIMA KASIH ANWAR PADA JIRAN

KUALA LUMPUR, 9 Sept. (Rabu) --- Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan keluarganya telah menghantar sepucuk surat kepada seluruh jiran terdekatnya yang antara lain memohon maaf di atas kesulitan yang terpaksa mereka hadapi sejak mereka berpindah semula ke Bukit Damansara minggu lalu.

Surat tersebut yang ditanda tangani oleh isteri beliau, Datin Sri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menjelaskan, sejak mereka berpindah semula ke kediaman mereka di Bukit Damansara, orang-ramai semakin membanjiri kawasan sekitar dan ini telah menimbulkan suasana bising, kesesakan dan kotor yang belum pernah dialami oleh mereka.

"Ingin saya nyatakan di sini, pengorbanan dan sikap toleransi yang tinggi yang telah ditunjukkan oleh anda semua akan sentiasa diingati dan dihargai oleh kami sekeluarga. Semoga tuhan memberkati anda," bunyi surat tersebut.

ENDS