15 wanita dibebaskan

KUALA LUMPUR 20 Okt -- Polis hari ini membebaskan 15 daripada 17 wanita yang ditahan Sabtu lepas kerana dipercayai terbabit dalam perhimpunan haram di beberapa tempat di sini. Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Kamarudin Ali mengesahkan pembebasan itu.

Wanita-wanita itu merupakan antara 134 orang yang ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 27 Akta Polis 1967 kerana dipercayai terbabit dalam demonstrasi gerakan reformasi di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Dataran Merdeka dan Istana Negara petang Sabtu lepas. -- Bernama.

35 dari 134 tahanan dihantar ke hospital

Yang telah dirawat dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis

KUALA LUMPUR, Oct 20 -- Seramai 35 lelaki daripada 134 orang yang ditahan Sabtu lepas kerana dipercayai terbabit dalam tunjuk-tunjuk perasaan, dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) semalam untuk pemeriksaan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Kamarudin Md Ali, berkata 33 daripada mereka yang telah diperiksa dan menerima rawatan kemudian dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk ditahan semula.

"Dua lagi masih dirawat dan akan dibawa balik ke IPD yang sama setelah pemeriksaan selesai," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Beliau berkata kesemua mereka yang mengadu sakit kepada Majistret kelmarin dibawa ke HKL dengan dua buah trak polis yang dikawal untuk menjalani pemeriksaan dan rawatan.

Datuk Kamarudin berkata polis telah mendapatkan perintah tahanan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah terhadap kesemua 134 termasuk 17 wanita kelmarin.

Mereka akan ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 27 Akta Polis 1967 kerana dipercayai terbabit dalam perhimpunan haram.

Kesemua mereka kini ditahan di lokap IPD Dang Wangi, Balai Polis Pantai dan lokap wanita di Balai Polis Wangsa Maju.

Sabtu lepas, polis menahan 134 orang termasuk 17 wanita kerana dipercayai terbabit dalam perhimpunan haram gerakan reformasi di Dataran Merdeka, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Istana Negara di sini. -- Bernama.

2 pertubuhan membantah penahanan 133 penunjuk perasaan

Kuala Lumpur 19 Okt (AFP) - Dua pertubuhan Malaysia hari ini memprotes sambungan penahanan 133 orang semasa sebuah demonstrasi anti-kerajaan di ibukota semasa hujung minggu ini. Pertubuhan hak asasi manusia, Aliran, di dalam sebuah kenyataannya membantah penahanan berterusan 133 orang tersebut dan menyatakan bahawa ia adalah "serangan polis yang didahului tanpa sebarang provokasi ke atas sebuah tunjuk perasaan dan protes secara aman" pada Sabtu lalu. Mereka adalah di antara 10,000 orang penyokong bekas timbalan perdana menteri yang berdemonstrasi di ibukota selama lima jam Sabtu lalu mendesak Perdana Menteri Mahathir Mohamad meletakkan jawatan. "Dalam serangan ini, para peninuk perasaan - lelalki dan perempuan - dipukul dengan belantan, dirotan, ditendang, dicederakan dan dilukai," dakwa kenyataan tersebut. "Ini adalah penghinaan terhadap dakwaan kerajaan bahawa ia masih mengamalkan demokrasi dalam negara ini."

Aliran mendakwa polis telah menjadi "kian menekan, tidak bertolak-ansur ke atas sebarang ketidaksetujuan secara demokratik dan menghina 'rule of law'. "Kini, jelas bahawa rakyat Malaysia yang berjuang terhadap sebuah masyarakat yang adil dan demokratik bukan lagi dapat dikalahkan oleh kedegilan pihak berkuasa untuk membenarkan perhimpunan dan apa jua bentuk protes secara aman," katanya. Syed Husin Ali, presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM), menggesa polis menghormati hak-hak rakyat untuk mengadakan perhimpunan aman. "Hak ini adalah termaktub di dalam perlembagaan tapi sering dicabuli oleh polis," katanya di dalam sebuah kenyataan berasingan. "Kami menganggap keganasan polis sebagai tindakan-tindakan provokatif ke atas perhimpunan-perhimpunan aman bertujuan mencetuskan bebrapa kumpulan tidak bertanggungjawab untuk bertindak liar," tambahnya. Syed Husin dan Aliran mendesak pembebasan semua 133 tahanan.

Aliran juga mendesak sebuah siasatan bebas terhadap dakwaan-dakwaan mengenai penderaan polis dan penghapusan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Sementara itu, ahli-ahli keluarga dan rakan-rakan 133 tahanan membuat aduan hari ini bahawa mereka tidak dibenarkan menemui para tahanan dan ditakutkan oleh pihak polis dengan rotan. Jalan ke sebuah balai polis di ibukota di mana 688 orang dari mereka ditahan telah disekat dan polis menghalau kira-kira 50 orang yang menanti di luar. "Kami telah membuat laporan mengenai penyalahgunaan kuasa polis. Kami mengesali layanan tidak adil ini dan penafian hak-hak anggota keluarga," aktivis Lee Siew Hwa memberitahu polis. Lee memberitahu anggota-anggota keluarga menghadapi eksulitan memberi pakaian kepada para tahanan dan juga mendapatkan maklumat mengenai kesihatan mereka. Kira-kira 60 orang dari mereka telah dihanttar ke hospital besar untuk pemeriksaan perubatan berikutan dakwaan terhadap penderaan polis, tambahnya.


Polis menahan 134 orang dalam perhimpunan terbaru

Kuala Lumpur Okt 17 (AFP) - Polis Malaysia hari ini menahan 134 orang dalam perhimpunan antikerajaan terbaru menyokong bekas timbalan perdana menteri Malaysia, Anwar Ibrahim, menurut agneis berita rasmi Bernama.

Mereka yang ditangkap termasuk 17 wanita, kata laporan tersebut, dan memetik ketua polis Kuala Lumpur sebagai berkata bahawa para penunjuk perasaan tersebut ditahan kerana mereka tidak memiliki permit dan enggan bersurai ketika diarah berbuat demikian.

Kira-kira 10,000 penunjuk perasaan melancarkan sebuah lagi protes antikerajaan di tengah-tengah kota raya, meminta Perdana Menteri Mahathir Mohamad meletakkan jawatan.

Meskipun dikelilingi kehadiran polis yang besar, mereka terus dengan berani memegang sepanduk-sepanduk melaungkan "Undur Mahathir!" dan "Reformasi!"

Mereka kemudian bergerak ke Masjid Negara dan Istana Negara, mendesak Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agung campur tangan dan meminta Mahathir meletakkan jawatan, membubarkan parlimen dan mengisytiharkan pilihan raya.

Polis akhirnya hilang sabar dan menggunakan meriam air untuk menyuraikan mereka. Tidak merasa diancam, orang ramai terus ke tengah-tengah kota untuk konfrontasi akhirnya disuraikan lewat malam.

Demonstran Tuntut Mahathir Mundur

Kuala Lumpur, Sabtu, Okt 17

Sekitar 10,000 demonstran di Kuala Lumpur, Sabtu (17/10), menuntut Perdana Menteri (PM) Malaysia Mahathir Mohamad mundur sambil meneriakkan yel, "Reformasi". Wan Azizah Wan Ismail, istri mantan Wakil PM merangkap Menteri Keuangan Anwar Ibrahim hadir di tengah-tengah mereka.

Para demontran yang berpawai di tepi jalan, disambut hangat para pengendara kendaraan bermotor yang lalu lalang dengan lengkingan suara klakson seiring teriakan yel, "Reformasi", dan, "Mundur Mahathir!". Aksi itu seperti mengejek sekitar 200 polisi anti huru-hara yang mengawasi para demonstran.

Tiba-tiba di tengah kerumunan demonstran itu sebuah mobil sedan warna hitam bergerak perlahan, menguak kerumunan. Dari lubang atap mobil muncul Azizah. Dia melambaikan tangan dan ikut meneriakkan yel para demonstran. Kehadiran Azizah membuat semangat para demonstran makin menyala meneriakkan tuntutan agar Mahathir mundur.

Sebagian para pengunjuk rasa membawa slogan antipemerintah. Tiga di antara mereka ditangkap polisi. Meski demikian aksi penangkapan itu tidak membuat surut para pengunjuk rasa. Demonstrasi berlangsung selama lima jam.

Beribu-ribu Lancarkan Demonstrasi Terbaru di KL

KUALA LUMPUR, Okt 16 (AFP) - Beribu-ribu orang peyokong bekas Tim. Perdana Menteri berhimpun dan melancarkan demontsrasi anti-kerajaan di sini dan meminta Perdana Menteri supaya meletakkan jawatan.

Meskipun dengan kehadiran beratus-ratus anggota polis, lebih 10,000 orang menjerit "Mahathir berhenti" dan "Reformasi" di samping mengangkat papantanda-papantanda di luar sebuah ruang niaga Jepun yang ditutup awal.

Papantanda lain meminta Mahathir, yang kini dalam lawatan 5 hari ke Jepun, "turun atau diturunkan" sementara yang lain berbunyi "Kami Sayang Anwar".

Polis dilihat menahan seorang wanita dengan papantanda terlekat di badannya dan yang berhimpun kebanyakan golongan muda tetapi tidak mengambil apa-apa tindakan untuk bersurai.

"Kami tak akan berganjak, sekalipun disuruh polis," kata seorang dari mereka. Kami tak takut apa-apa, kami berjuang untuk keadilan. Kamu mahu Mahathir meletakkan jawatan semasa beliau berada di Jepun.

Sekurang-kurangnya 300 polis termasuk pegawai anti-rusuhan yang telah awal-awal bersiap-sedia di kawasan yang sibuk kerana pasar malam hujung minggu di tempat berkenaan.

Berpuluh-puluh mereka memegang rotan dengan berbelas trak polis, termasuk 2 yang lengkap dengan pemancut air, berkeliaran di sepanjang kawasan, kata seorang jurugambar AFP.

Kawasan tersebut merupakan kawasan yang kerap di gunakan oleh penyokong Anwar untuk berdemonstrasi. Minggu lepas lebih 10,000 orang berhimpun di sana tetapi disuraikan secara aman oleh polis setalah 5 jam.

Saksi menyatakan mereka menerima surat awal minggu ini meminta mereka berkumpul di kawasan tersebut untuk melakukan satu lagi demonstrasi dari tengahari hingga 6.00 petang.

Kembali ke Laman Sumber Reformasi Anwar