.

Azizah nafi beliau ditangkap

KUALA LUMPUR, Okt 22 (AFP) - Isteri bekas Tim. Perdana Menteri, Wan Azizah Wan Ismail hari ini menafikan khabar angin yang kononnya beliau telah ditangkap ekoran dari kemunculannya di perhimpunan Sabtu lalu kerana menyokong suaminya.

"I tak faham mengapa ada khabar angin yang mengatakan saya ditangkap. Saya tak membuat apa-apa kesalahan yang membolehkan saya ditangkap," kata Wan Azizah selepas dikerumuni oleh pemberita di rumahnya.

Pada Sabtu lalu, Azizah memandu sendiri di ibu kota di kawasan membeli-belah yang penuh dengan mereka yang berdemonstrasi menyuarakan sokongan kepada Anwar.

Ditemani oleh anak sulungnya, beliau melambaikan kepada mereka yang berhimpun tetapi dengan penuh berhati-hati menjauhi mereka kerana larangan polis yang melarangnya dari membuat sebarang ucapan umum.

Pada hari semalam, Perdana Menteri Mahathir Mohamad berkata di Tokyo yang penyokong Anwar mahu "pihak polis menangkap isteri Anwar" dengan melibatkan diri Wan Azizah di dalam demonstrasi.

Tetapi Mahathir awal-awal menyatakan "kemaafan" untuk Azizah kerana "beliau melakukan sesuatu yang wajar membela suaminya."

Azizah berkata yang dia rasa gembira dengan "jaminan" Mahathir tersebut.

"Dia juga tidak mempunyai apa-apa alasan untuk menahan saya," katanya.

Ditanya apakah aktivitinya hari Sabtu lalu disalahertikan oleh pihak berkuasa, Azizah berkata: "Mereka boleh menyalahertikan apa saja."

"Apakah satu kesalahan saya pergi membeli belah di ibu kota? Apakah ianya bertentangan dengan undang-undang? Saya tak melakukan apa-apa kesalahan. Saya tidak menyertai perhimpunan itu. Saya hanya lalu sahaja di situ. "

Anwar, yang ditangkap pada September 20 dan masih meringkuk di penjara, akan dibicarakan bulan depan di atas empat tuduhan rahsuah. Dia juga menghadapi satu lagi tuduhan rahsuah dan 5 tuduhan liwat yang jika sabit beliau akan dipenjara semaksima 20 tahun..

Dia tidak mengaku bersalah ke atas semua tuduhan.

Balik ke Berita Bulan Oktober