To: anwarxtpm@egroups.com, Subject: [anwarxtpm] Re: PERHATIAN :URGENT...TOLONG BACA... Sememangnya ini merupakam muslihat. Jangan patah semangat dan teruskan perjuangan kita secara aman. Pendapat saudara memang tepat sekali,,,
Malay Collegian wrote:
Assalammualaikum W.W. Disini terdapat beberapa komen mengenai Mingguan Malaysia hari ini....(4 Oktober 1998). So..renung dan fikirkanlah sendiri...
1.Di halaman pertama sekali ialah kenyataan Dato' Dr Haron Din mengenai penafian terhadap penglibatan beliau dalam gerakan REFORMASI.... MUSLIHAT DARI PIHAK KERAJAAN:... -supaya hilang keyakinan rakyat terhadap Dr Haron Din dan seterusnya rakyat akan melabelkan beliau adalah seorang yang "berbelit-belit" percakapannya (iaitu pandangan beliau terhadap kes Sdr Anwar).
2. Kenyataan oleh bekas-bekas tahanan ISA... MUSLIHAT DARI PIHAK KERAJAAN:... -Kenyataan mereka telah di tokok tambah oleh pihak AKHBAR agar mereka seolah- olah mereka tidak lagi menyokong Sdr Anwar dan mereka bagaikan memihak kepada kerajaan. Seems like they'd give up and betrayed Anwar.

3. Kenyataan oleh Timbalan KPN, Norian Mai:

PENJELASAN KEPADA RAKYAT SEKALIAN!!

Ini membuktikan bahawa bukan Norian Mai yang meletakkan jawatan dan mem"faks"kan surat "RINTIHAN DARI BUKIT AMAN", Besar kemungkinan pegawai polis itu ialah Bekas Pengarah Cawangan Khas (SB) yang digantikan oleh Yunus Abd Rahman pada 21 September baru- baru ini. Dalam hal ini, akhbar bertarikh 22 September, tiada sebab di nyatakan atas perlantikan Pengarah SB baru dan yang wujud hanyalah kenaikan pangkat Yusof dari Timbalan Pengarah 1 ke jawatan Pengarah.



KESIMPULAN
Memang tidak dapat dinafikan bahawa terdapat konspirasi tahap tertinggi dalam Tragedi Pemecatan Sdr Anwar. Kerajaan akan terus memanipulasikan media untuk mengabui mata rakyat dalam menunjukkan keamanan dan kesejahteraan yang palsu. Media juga diperkudakan untuk menggambarkan kepada rakyat bahawa kepimpinan sekarang (exclude Sdr Anwar) adalah baik, bersih dan tiada sebarang anasir yang tidak baik serta pemimpin yang sedia ada adalah bersahsiah tinggi walhal pada hakikatnya betapa suatu korupsi yang amat hebat telah berlaku...(lesapnya duit EPF dan Tabung Haji, cara Mahathir menangani kes Mirzan yang bankrupt dan sebagainya).
OLEH ITU, KEPADA PARA PENYOKONG REFORMASI dan GERAK....ISTIQAMAHLAH KALIAN DALAM PRINSIP-PRINSIP
KALIAN........Kita tidak boleh patah semangat....lebih-lebih lagi dalam
ketiadaan Sdr Anwar dalam pergerakan
ini... C'mon..keep up!! We had to strive ...
Kerajaan memang terlalu mengharapkan kita patah SEMANGAT!!!
TEGUHKAN PRINSIP KITA!!
..dan rasional lah dalam tindakan kita....
ALLAHUAKBAR!!!!
REFORMASI!!!!!!
wassalam..
regards,
Malay Collegian

kembali (return)