50 Dalil Anwar di FITNAH

Message 88 From: Lanun ala Mossad (REFORMASI) To: ALL 1 of 1 Posted: 10/4/98 5:54 AM Reply to: New Thread 50 Fakta "X-Files" Kes Anwar

(http://www.geocities.com/Yosemite/Trails/2882/)

Salam buat semua,

Kebelakangan ini para pemimpin UMNO dan pihak media tempatan memberi kenyataan bahawa para penyokong Anwar adalah "taksub" dan terlalu emosional. Untuk mendapatkan sokongan rakyat yang sebegitu ramai (lebih kurang 200, 000 semasa ceramah di Masjid Negara & Dataran Merdeka) dengan mengharapkan kepada 2 faktor tersebut adalah amat tidak munasabah.

Saya ingin mengulangi pendirian saya yang tidak menyebelahi Mahathir mahupun Anwar, tetapi saya adalah penyokong kuat KEADILAN. Analisis saya adalah berdasarkan logik semata-mata dan saya percaya kebanyakan para penyokong Anwar berfikiran serupa. Sehubungan dengan itu, banyak fakta-fakta kontroversi yang boleh dikategorikan sebagai "X-Files" di dalam kes Anwar ini :-

Fakta "X-Files" 1 Surat-surat layang yang menuduh Anwar melakukan perbuatan sumbang yang diedarkan secara berleluasa pada tahun lepas (1997) hingga ke masjid-masjid. Apakah motifnya dan siapakah dalang-dalang di sebaliknya?

Fakta "X-Files" 2 Berikutan penyebaran surat-surat layang tersebut, Anwar telah mengambil keputusan untuk membuat laporan polis. ASP Zull Aznam Haron telah membuat laporan polis pada 15 Ogos 1997. Sehubungan dengan itu, pihak polis telah menjalankan siasatan dan menahan Mohd Taib Salamon dan Tan Ah Kow @ Tan Beng Kim. Mereka telah menyamar sebagai Pegawai Polis Cawangan Khas dan telah menahan dan mengugut Ummi Hafilda Ali dan Azizan Abu Bakar. Ke manakah perginya laporan-laporan polis tersebut dan pihak mana yang telah melakukan ugutan? (Sila rujuk surat Anwar kepada PM)

Fakta "X-Files" 3 Penyiasatan pihak polis juga telah mengaitkan Daim, Megat Junid dan Sanusi Junid sebagai orang-orang yang disyakki terlibat di dalam penyebaran surat-surat layang tersebut. Ke manakah perginya laporan-laporan polis tersebut dan pengaruhnya terhadap penyiasatan Buku 50 Dalil? Nota : Daim dan Megat Junid menulis surat kepada Anwar menafikan penglibatan mereka. (Sila rujuk surat Anwar kepada PM)

Fakta "X-Files" 4 Mahathir tidak menggalakkan Anwar untuk mengambil tindakan undang-undang. Namun, Peguam Negara pada waktu itu berpendapat sebaliknya. Mengapa Mahathir tidak membenarkan dan menganggap bahawa tuduhan-tuduhan tersebut adalah tidak berasas dan tidak akan dilayan, tetapi setahun kemudian fikirannya berubah sama sekali? (Sila rujuk surat Anwar kepada PM)

Fakta "X-Files" 5 Khabar-khabar angin yang menyatakan Anwar telah mengarahkan BPR untuk melakukan penyiasatan terhadap Ketua Pengarah EPU, Peguam Negara dan Ketua Polis Negara. Anwar telah menafikan dakwaan tersebut dan menyatakan bahawa bekas Ketua Pengarah BPR boleh mengesahkan perkara tersebut. Siapakah sebenarnya dalang yang ingin melagakan pihak-pihak tersebut dengan Anwar? (Sila rujuk surat Anwar kepada PM)

Fakta "X-Files" 6 Buku 50 Dalil diterbitkan sebelum Perhimpunan Agong UMNO 1998. Anwar mendapatkan injunksi mahkamah untuk mengharamkan penerbitan, pencetakan dan pengedaran buku tersebut kerana ianya bukan dikategorikan sebagai surat layang lagi, ada pengarang dan penerbitnya. Mengapa Peguam Negara yang pada mulanya berpendapat tindakan undang-undang terhadap surat-surat layang patut diambil, tetapi bersikap "kurang puas hati" terhadap tindakan yang diambil oleh Anwar? (Sila rujuk surat Anwar kepada PM)

Fakta "X-Files" 7 Berhubung dengan tindakan Anwar mendapatkan injunksi mahkamah, mengapa Mahathir bersikap "tidak cenderung" terhadap tindakan tersebut atas alasan tidak munasabah walaupun pengarangnya, Khalid Jafri, terang-terangan mencabar Anwar untuk mendakwanya di mahkamah? Sekiranya ada buku yang menuduh Mahathir melakukan perkara-perkara sumbang, sudah semestinya buku tersebut akan diharamkan dan penulisnya akan ditahan di bawah ISA. (Sila rujuk surat Anwar kepada PM)

Fakta "X-Files" 8 Ketua Polis Negara memberitahu Anwar bahawa Buku 50 Dalil adalah "hambar" dan "rubbish" ("sampah") dan akan menyiasat perkara tersebut dengan terperinci. Mengapa pendirian KPN berubah secara drastik sekali? (Sila rujuk surat Anwar kepada PM)

Fakta "X-Files" 9 Cara penyiasatan pihak polis yang "pelik". Sepatutnya si penuduh iaitu pengarangnya, Khalid Jafri ditahan dan disiasat untuk membuktikan kebenarannya, tetapi pihak polis sebaliknya menyiasat tuduhan-tuduhan tersebut. Di manakah logiknya? Setakat ini, pihak polis masih belum memberikan kenyataan bahawa Khalid Jafri telah ditahan untuk siasatan. Mengapa???

Fakta "X-Files" 10 Di dalam satu perjumpaan dengan Anwar, Ketua Polis Negara memberitahu Anwar bahawa kes Buku 50 Dalil adalah "kompleks". Di dalam pertemuan itu juga, dijelaskan bahawa sebaik mungkin permasalahan politik dibereskan secara hati kehati di antara Anwar dan PM. Kalau difikirkan dengan teliti, kenyataan KPN tersebut memberikan gambaran bahawa Buku 50 Dalil terbit disebabkan adanya MASALAH POLITIK di antara Anwar dan Mahathir bukannya MORAL!!! (Sila rujuk surat Anwar kepada PM)

Fakta "X-Files" 11 Penguatkuasaan injunksi mahkamah terhadap Buku 50 Dalil oleh pihak polis adalah amat lemah. Buku tersebut diedarkan secara berleluasa tanpa perasaan takut. Mengapa pihak polis tidak bersikap tegas di atas peraturan tersebut???

Fakta "X-Files" 12 Buku 50 Dalil telah dimasukkan ke dalam beg "complimentary" para delegasi UMNO di Persidangan UMNO 1998. Pihak sekretariat UMNO (di bawah Sabaruddin Chik) adalah bertanggung-jawab di dalam pengurusan Persidangan UMNO tersebut. Bagaimana buku tersebut boleh didapati di dalam beg tersebut dan siapakah dalangnya?

Fakta "X-Files" 13 Hakim Mahakamah Tinggi yang telah memberikan injunksi terhadap Buku 50 Dalil telah ditukarkan ke Johor Bahru. Masa pertukaran tersebut amatlah dicurigai untuk menjustifikasikan sebagai pertukaran "biasa". Mengapa beliau ditukarkan???

Fakta "X-Files" 14 "Perletakan jawatan" serentak Ketua Pengarang Utusan Melayu, Berita Harian dan Ketua Penyiaran TV3. Apakah motif di sebaliknya dan siapakah dalangnya???

Fakta "X-Files" 15 Pengakuan bersumpah Ummi Hafilda yang menafikan beliau sebagai penulis surat kepada Mahathir dan penglibatan beliau di dalam Buku 50 Dalil. Siapakah sebenarnya penulis surat tersebut, Khalid Jafri??? (Sila rujuk surat sumpah Ummi Hafilda)

Fakta "X-Files" 16 2 pengakuan bersumpah Azizan Abu Bakar yang menafikan tuduhan hubungan "homoseksual" dan penglibatan beliau di dalam Buku 50 Dalil. Siapakah sebenarnya yang melakukan pertuduhan tersebut, Khalid Jafri??? (Sila rujuk surat sumpah Azizan Abu Bakar)

Fakta "X-Files" 17 Pengakuan bersumpah Kamaruddin Mat Nor yang mendedahkan adanya komplot untuk menjatuhkan Anwar selepas Persidangan Agong UMNO 1998 yang melibatkan Datuk Aziz Shamsuddin. (Sila rujuk surat sumpah Kamaruddin Mat Nor)

Fakta "X-Files" 18 Perletakan jawatan Gabenor dan Timbalan Gabenor Bank Negara. Mengapa???

Fakta "X-Files" 19 Penyiasatan pihak polis terhadap Hakim Mahkamah Tinngi, Pn. Zainon Ali yang bersikap prejudis serta tidak neutral. Soal-siasat seperti pihak PM atau TPM dan adakah terdapat hubungan seksual di antara beliau dan Anwar. Di manakah tanggungjawab "berkecuali" (neutral) yang dilaung-laungkan oleh pihak polis??? (Sila rujuk surat Anwar kepada PM)

Fakta "X-Files" 20 Penahanan Nallakaruppan di bawah ISA kerana terjumpanya peluru yang tidak berdaftar di rumahnya. Mengapa penahanannya di bawah ISA sedangkan kes sebelumnya yang melibatkan perkara yang sama (seorang Mejar bersara) telah ditahan dan didakwa di bawah akta jenayah sahaja???

Fakta "X-Files" 21 Affidavit Nalla yang mendedahkan bahawa beliau telah didera dan diancam oleh pihak polis semasa proses soal-siasat. Beliau juga telah mendedahkan bahawa pihak polis telah menyuruhnya menandatangani 3 fail yang telah disediakan untuknya sebagai pertukaran ke atas pembebasannya.

Fakta "X-Files" 22 Pemecatan Anwar secara mengejut oleh Mahathir daripada jawatannya sebagai TPM, Menteri Kewangan dan semua jawatan-jawatan yang berkaitan dengannya tanpa sebarang penjelasan yang konkrit. Waktu yang diambil (timing) menampakkan perancangan yang rapi. Pertama, Daim telah dilantik sebagai Menteri Tugas-tugas Khas khususnya untuk menangani masalah ekonomi (Ini boleh dipertikaikan sebagai pengambilihan peranan Menteri Kewangan). Kedua, "perletakan jawatan" secara mengejut ketiga-tiga ketua pengarang Utusan Melayu, Berita Harian dan TV3 (Ini boleh dipertikaikan sebagai pengambilihan "kontrol" ke atas media massa tempatan). Ketiga, penangkapan Nalla (Ini boleh dipertikaikan sebagai "bukti" untuk menyabitkan Anwar). Keempat, Mahathir "roadshow" ke seluruh negara di mana beliau memberitahu rakyat supaya bersedia menerima "tindakan drastik" kerajaan (Ini boleh dipertikaikan sebagai persiapan psikologi supaya rakyat tidak TERLALU TERKEJUT dengan tindakan mengejut/drastik yang akan diambil). Kelima, "pengasingan" matawang Malaysia daripada pasaran bebas antarabangsa (Ini boleh dipertikaikan SEBAHAGIANNYA sebagai mekanisma untuk "memutuskan connection" ketidaktentuan ekonomi Malaysia daripada pasaran bebas antarabangsa, yang tidak akan diporak-perandakan disebabkan oleh "impact" daripada pemecatan Anwar. Walaubagaimanapun, saya juga bersetuju SEBAHAGIANNYA dengan tindakan PM atas dasar polisi ekonomi). Akhir sekali, "timing" yang dipilih sebelum SUKOM (Ini boleh dipertikaikan sebagai taktik kerajaan untuk "menarik" sokongan rakyat atas nama "Kebanggaan & Layanan Baik Malaysia". Ia juga akan mengalih tumpuan rakyat daripada isu kontroversi pemecatan Anwar.

Fakta "X-Files" 23 Kelulusan pinjaman kepada RHB oleh Danaharta untuk mengambil-alih Sime Bank sehari selepas pemecatan Anwar. Adakah ini merupakan salah satu motif utama pemecatan Anwar kerana kelulusan tersebut mestilah diberikan oleh Menteri Kewangan???

Fakta "X-Files" 24 "Kebocoran" affidavit Penguasa Musa kepada pihak media di mana affdavit tersebut telah disiarkan dan diedarkan oleh akhbar Malay Mail pada pukul 2 petang. Walhal, affidavit tersebut sedang diberikan di mahkamah pada waktu yang sama. Bagaimana "kebocoran" tersebut boleh terjadi???

Fakta "X-Files" 25 Affidavit balas Penguasa Musa di dalam kes Nalla yang menyabitkan tuduhan-tuduhan terhadap Anwar. Majlis Peguam (Bar Council) telah menyatakan keperihatinan mereka terhadap prosedur affidavit tersebut yang tidak pernah terjadi (unprecedented) dan bagaimana pihak media boleh menyiarkannya sedangkan pada waktu itu hakim masih belum membuat keputusan bahawa affidavit tersebut boleh disiarkan sebagai dokumen umum (public document). Secara logiknya, bagaimana kes pertuduhan kepada Nalla boleh melibatkan pihak ketiga yang tidak terlibat danboleh diterima oleh hakim??? (Sila rujuk kepada kenyataan akhbar Majlis Peguam)

Fakta "X-Files" 26 Pemecatan Anwar sebagai Timbalan Presiden UMNO dan keahlian UMNO dengan alasan "tidak sesuai". Ke mana perginya logik "innocent until proven guilty" yang telah digunakan oleh Mahathir terhadap Rahim Thamby Chik dan Muhammad Taib? Mengapa harus dipecat, tidak digantung seperti mereka berdua?

Fakta "X-Files" 27 Prosedur pemecatan tersebut yang boleh dipertikaikan. Pemecatan Anwar sebagai Timbalan Presiden hanya boleh dilakukan oleh para perwakilan UMNO dengan majoriti sekurang-kurangnya 2/3. Majlis Tertinggi (MT) UMNO tidak mempunyai kuasa untuk memecat Anwar daripada jawatannya sebagai Timbalan Presiden. Namun, MT mempunyai kuasa untuk memecat keahlian seseorang dan MT telah melakukan ini. Sehubungan dengan itu, jawatan Anwar sebagai Timbalan Presiden dilucutkan secara otomatik. Secara logik, jawatan yang tinggi dilucutkan dahulu, kemudian barulah keahliannya. (Sila rujuk wawancara dengan Ghafar Baba di dalam Asiaweek)

Fakta "X-Files" 28 Kredibiliti Mahathir yang memanipulasikan pengumuman (Ciri-ciri kediktatoran?). Kenyataan akhbar Mahathir selepas mesyuarat MT yang menyatakan keputusan "sebulat suara" oleh MT untuk memecat Anwar. Adalah diketahui kemudiannya bahawa ketika mesyuarat, pembelaan telah dilakukan oleh Dato' Khalid Yunus, Dato' Ibrahim Saad, Dato' Afifuddin Omar dan Dato' Zahid Hamidi. Perkara yang sama berlaku ketika Persidangan Agong UMNO 1998 di mana beliau menempelak Zahid yang tidak menngunakan saluran yang sesuai (MT) untuk menyuarakan ketidakpuasan hatinya terhadap isu-isu nepotisme dan kronisme. Kemudiannya, adalah diketahui bahawa Zahid telah mencuba namun tidak diberi peluang langsung di dalam mesyuarat MT (sila rujuk majalah Tamaddun isu Julai 1998).

Fakta "X-Files" 29 Sikap media-media tempatan yang nyatanya berat sebelah. Namun ianya dinafikan oleh para pemimpin UMNO. Sebagai contohnya, laporan-laporan seperti di bawah oleh media-media tempatan :- a) Affidavit Nalla (hanya akhbar The Sun yang menyiarkan) b) Kenyataan-kenyataan akhbar Anwar (semuanya telah "disunting" sebegitu rupa, teramatlah pendeknya) c) Kenyataan akhbar Nalla oleh peguamnya (tidak ada penyiaran langsung!) d) Putar-belit laporan media tempatan mengenai sokongan Anwar terhadap permohonan pengampunan Lim Guan Eng daripada YDP Agong sebagai "persengkokolan" dengan DAP.

Fakta "X-Files" 30 Perletakan jawatan Pengerusi Tabung Haji, Datuk Harun Laban. Mengapa???

Fakta "X-Files" 31 Pendedahan kenyataan akhbar Nalla yang menyatakan bahawa surat-surat / dokumen-dokumen daripada korporat dan Kementerian Kewangan yang dijumpai di rumahnya tidak ada di dalam LIST BARANG YANG DIAMBIL POLIS. Ini telah disahkan oleh peguam Nalla. (Sila rujuk kenyataan akhbar Nalla).

Fakta "X-Files" 32 Percanggahan fakta di antara Mahathir dan Ketua Polis Negara. Mahathir telah menyatakan bahawa beliau telah mempunyai bukti-bukti yang cukup untuk "menjatuhkan" hukuman terhadap Anwar manakala KPN pula menyatakan masih dalam siasatan. Mahathir kemudiannya membuat kenyataan bahawa beliau telah menjalankan siasatannya sendiri. Di sebalik kesibukan Mahathir sebagai PM, Menteri Dalam Negeri, Menteri Kewangan I dll. Beliau masih lagi mempunyai masa untuk menjalankan siasatan??? Logikkah tindakan Mahathir sebagai penyiasat, pendakwa dan hakim sekaligus dengan sendirinya?

Fakta "X-Files" 33 Pertuduhan terhadap Anwar yang beliau melakukan hubungan seks sumbang di Tivolli Villa, Flamingo Hotel dll. Bilakah perkara ini berlaku (tarikh dan masa)? Semestinya sebagai seorang TPM dan juga Menteri Kewangan, Anwar mempunyai jadual yang ketat dan terhad. Keselamatan beliau juga diawasi oleh pihak polis setiap masa. Maklumat pertuduhan itu penting untuk memberikan kredibiliti tuduhan tersebut supaya pemeriksaan boleh dibuat di antara masa tuduhan dan jadual tugas-tugas beliau dan "buku log" pihak polis.

Fakta "X-Files" 34 Kenyataan akhbar Ketua Polis Negara yang mengesahkan bukti secara DNA bahawa kesemua anak Azmin & Shamsidar adalah anak mereka. Walaupun KPN masih mempertikaikan bahawa Anwar mengeluarkan kenyataan yang beliau telah memberikan sampel darah untuk ujian DNA, ujian DNA tersebut telah membuktikan bahawa tuduhan Khalid Jafri yang mengatakan Anwar mempunyai anak luar nikah dengan Shamsidar adalah BOHONG semata-mata. Beliau mengeluarkan kenyataan yang Khalid Jafri akan ditahan, namun Khalid Jafri sehingga sekarang masih belum ditahan. Sudah ada BUKTI yang jelas bahawa Khalid Jafri telah melakukan jenayah fitnah, mengapa beliau masih belum ditahan???

Fakta "X-Files" 35 Kredibiliti saksi-saksi yang terdiri daripada pelacur-pelacur yang telah dibawa oleh Daim, Sanusi Junid dan Megat Junid kepada Mahathir. Anwar telah menyatakan kepada Mahathir adalah tidak sukar baginya untuk mendapat 100 orang pelacur yang mengakui mempunyai hubungan seksual dengan Mahathir. Ini telah diakui sendiri oleh Mahathir. Bagaimana Mahathir boleh menerima pengakuan saksi-saksi tersebut dengan alasan beliau telah memberikan jaminan keselamatan kepada mereka untuk bercakap benar??? Sekiranya Mahathir begitu yakin dengan pengakuan mereka, maka pendakwaan terhadap Anwar telah boleh dijalankan kerana telah ada bukti yang kukuh. Mengapa pendakwaan tidak dilakukan??? (Sila rujuk kepada surat Anwar kepada PM).

Fakta "X-Files" 36 Larangan penggunaan masjid-masjid untuk kegiatan "politik" dan pengedaran risalah-risalah mengenai kes Anwar. Mengapa larangan tersebut tidak diadakan ketika surat-surat layang terhadap Anwar bertaburan di masjid-masjid seluruh tanahair???

Fakta "X-Files" 37 Walaupun Buku 50 Dalil telah mendapat injunksi mahkamah, namun penyebarannya masih berleluasa. Buku-buku tersebut telah dihantar melalui pos ke seluruh masjid di Malaysia beralamatkan imam masjid. Siapakah yang menghantar buku tersebut dan sipakah yang membiayai kos buku dan penghantaran???

Fakta "X-Files" 38 Tahanan reman ke atas Sukma Darmawan (Adik angkat Anwar) dan Dr Munawar Anees (penulis ucapan Anwar) yang "pelik". Mengikut prosedur biasa, untuk mendapatkan kebenaran tahanan reman, pihak polis mestilah membawa tahanan ke mahkamah magistret untuk mendapatkan kebenaran. Di dalam kes mereka berdua, magistret telah dipanggil ke Bukit Aman untuk memberikan kebenaran tahanan reman. Mengapa ianya dilakukan secara tergesa-gesa sebegitu rupa???

Fakta "X-Files" 39 Penggunaan ISA terhadap Sukma dan Dr Anees semasa mula penahanan. Namun apabila pendakwaan dilakukan di mahkamah, mereka telah didakwa di bawah akta jenayah 377D (perlakuan seks luar tabii). Ini menunjukkan penyalahgunaan kuasa oleh pihak polis dalam menjalankan siasatan mereka i.e. menggunakan ISA dengan sewenang-wenangnya.

Fakta "X-Files" 40 Pihak keluarga dan peguam yang dilantik oleh keluarga Sukma dan Dr Munawar tidak dibenarkan berjumpa sama sekali oleh pihak polis. Mereka telah dibawa terus dari Bukit Aman ke mahkamah dengan peguam-peguam yang telah dilantik oleh pihak polis sendiri. Peguam yang mewakili Sukma, Mohd Nor Don, adalah bekas pegawai polis. Di manakah KEADILAN??? Ketika perbicaraan dan selepas perbicaraan, pihak polis masih tidak membenarkan pihak keluarga berjumpa dengan mereka walaupun telah dibenarkan oleh Hakim. Mengapa???

Fakta "X-Files" 41 Kecepatan dan kecekapan mahkamah menjalankan pembacaan dakwaan, perbicaraan dan keputusan hakim dengan amat "efficient" (Dalam masa sejam dua). Ini merupakan satu rekod bagi mahkamah Malaysia dan mungkin juga dunia!!!

Fakta "X-Files" 42 Logik di mana orang yang diliwat dihukum terlebih dahulu daripada orang yang meliwat!!! Satu perkara yang menghairankan ialah mengapa undang-undang tersebut tidak digunakan ke atas para mak nyah ketika Malaysia sedang dilanda "keruntuhan akhlak" di kalangan para remajanya. Adakah ulamak-ulamak UMNO tidak mengetahui mengenai undang-undang ini???

Fakta "X-Files" 43 Dakwaan terhadap Anwar masih belum diberikan di mahkamah sejak pemecatannya (2/9/98) sehinggalah ke hari ini (24/9/98). Bagaimana pendakwaan tidak dilakukan, manakala "hukuman" telah dijatuhkan berlandaskan bukti-bukti yang ada pada Mahathir??? Bagaimana pula Peguam Negara tidak dapat memulakan pendakwaan, adakah kerana tidak cukup BUKTI atau TIDAK ADA BUKTI???

Fakta "X-Files" 44 Persaraan Pilihan (optional retirement) oleh Ketua Pengarah Cawangan Khas (Special Branch). Mengapa beliau meminta persaraan pilihan di waktu yang cukup genting (penangkapan Anwar) dan pada umur 52 tahun (lagi 3 tahun untuk mendapatkan pencen penuh)???

Fakta "X-Files" 45 Peguam Azmin Ali (Setiausaha Peribadi Anwar) mendedahkan sejurus selepas pembebasan Azmin daripada tahanan reman oleh magistret Azhar Othman bahawa pihak polis mahu mengadakan ujian DNA sekali lagi ke atas Azmin dan Syamsidar dengan alasan ujian yang lama telah dicemari (tampered). Di manakah logiknya kemahuan pihak polis setelah KPN sendiri yang membuat kenyataan akhbar menyatakan ujian DNA yang lalu telah membuktikan kebenaran tersebut???

Fakta "X-Files" 46 Pengumuman Mahathir yang beliau telah dimaklumkan oleh Tun Haniff Omar (Bekas KPN) yang Anwar ada melakukan perkara-perkara sumbang pada tahun 1993. Sekiranya siasatan telah dijalankan, di manakah laporan-laporan polis untuk mengesahkan kenyataan tersebut??? Mengapa Tun Haniff Omar tidak tampil ke hadapan selepas Anwar dipecat sebaliknya hanya tampil setelah Mahathir membuat "pengumuman". Adakah ini satu lagi "pengumuman" kediktatoran Mahathir (Sila rujuk fakta "X-Files" 28). Tambahan pula mengapa pegawai-pegawai polis Bukit Aman berjumpa dengan Tun Haniff Omar sebelum sessi kenyataan akhbar??? Ini telah dilaporkan oleh berita NTV7.

Fakta "X-Files" 47 "Censorship" yang dilakukan oleh Astro ke atas berita-berita dari stesen TV luar negara yang berkaitan dengan kes Anwar. Mengapa kerajaan amat "jumpy" (melompat) terhadap berita-berita dari luar negara mengenai kes Anwar. Mahathir membuat pengumuman bahawa media-media luar negara membuat liputan dengan memanipulasikan fakta untuk kepentingan mereka sahaja (menggambarkan keburukan Malaysia). Bagaimana pula dengan media-media tempatan? Tidakkah kerajaan memanipulasikan media-media tempatan dengan secukup-cukupnya untuk "menghukum" Anwar???

Fakta "X-Files" 48 Kredibiliti Dr. Munawar Anees yang merupakan seorang cendiakawan Islam yang amat disegani di US dan UK. Beliau adalah pengarang kepada 15 buah buku dan juga adalah ahli kepada "world intellectual society" yang hanya mempunyai 14 orang ahli setakat ini. Di manakah logiknya "ugutan" takut kehilangan sumber mata pencarian dan status PR di Malaysia sekiranya tidak mahu mengadakan "hubungan" dengan Anwar??? Beliau boleh bekerja di mana-mana sahaja dengan reputasinya yang cemerlang. Satu lagi persoalan logik yang amat "ringan", mengapa Anwar cari yang tua sekiranya beliau benar-benar melakukan perbuatan tersebut???

Fakta "X-Files" 49 Kredibiliti sokongan ulamak terhadap Anwar seperti Datuk Harun Din dan Yusof Qardawi jika dibandingkan kredibiliti sokongan penyokong-penyokong kuat Mahathir seperti Ibrahim Ali, Sanusi Junid dan Megat Junid adalah amat jauh berbeza. Mengapa para ulamak yang sentiasa diberikan hidayah oleh Allah menyokong Anwar??? Adakah Anwar berkemungkinan besar tidak bersalah???

Fakta "X-Files" 50 Kredibiliti Anwar sebagai seorang yang warak. Amat susah untuk mempercayai bahawa Anwar melakukan perbuatan-perbuatan sumbang seperti di dalam tuduhan. Tambahan pula beliau telah BERSUMPAH dengan nama ALLAH bahawa beliau tidak pernah melakukan perbuatan-perbuatan terkutuk tersebut ketika mengadakan ceramahnya di Batu Pahat dan Masjid Negara. Sebagai seorang muslim, kita tahu bahawa ianya adalah perkara yang amat serius dalam konteks Islam. Namun, pihak kerajaan (UMNO) tidak akan dan masih tidak berpuas hati dan akan meminta sesuatu yang lebih tinggi e.g. junjung Al-Quran!!! Untuk pengetahuan semua Al-Quran bukannya untuk dijunjung, ianya adalah untuk dibaca, difahami dan dipraktikkan dan UMNO sepatutnya berbuat demikian!!!

ANWAR AKAN DIDAPATI BERSALAH Thu Oct 1 04:27:33 1998 - RIN