PERHIMPUNAN SEJUTA REFORMASI

Message 160

 

From:

ZORRO MALAYSIA (FADZAS)

To:

ALL

1 of 1

Posted:

10/16/98 4:08 AM

Reply to:

New Thread

 

PERHIMPUNAN SEJUTA REFORMASI

AL SAHIBUL HIKAYAT....maka pada tanggal 10 hb Oktober 1998 bersamaan dengan hari Sabtu, terciptalah suatu sejarah didalam arena politik tanahair dimana rakyat Kuala Lumpur dari berbilang kaum telah bersatu hati dengan mengadakan suatu perhimpunan secara besar-besaran yang dinamakan PERHIMPUNAN SEJUTA REFORMASI di sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman. Rakyat Malaysia seharusnya berasa bangga kerana perhimpunan ini telah sekali lagi membuktikan MALAYSIA BOLEH....Perhimpunan yang TERpanjang pernah diadakan ini juga bertepatan dengan hasrat serta wawasan Mahathir untuk meletakkan Malaysia dengan jelas diatas peta dunia....MALAYSIA MEMANG BOLEH !!!!

Kemanakah Mahathir semasa perhimpunan tersebut....?Adakah dia tidak menyaksikannya kerana helikopter dia tak ada minyak...? Walau apapun alasan...Mahathir patut tahu perihal fakta penting yang TERSIRAT disebalik pemikiran dan tindakan rakyat yang tidak pernah TERSURAT didalam akhbar-akhbar milik kerajaan ( yang semakin tidak laku kerana pembohongan yang semakin berleluasa ) mahupun di tatapan telivisyen :-

# 1. PERHIMPUNAN AMAN DAN SUKARELA.

Jelas terbukti bahawa perhimpunan terssebut telah diadakan secara AMAN dan SUKARELA. Orangramai yang membarisi sepanjang jalan cuma melaungkan kata-kata semangat dan meminta para pemandu kenderaan membunyikan hon tanda protes kepada ketiadaan keadilan didalam sistem perundangan negara sekarang ini.

Perhimpunan ini juga melenyapkan sama sekali anggapan TAHYUL pembodek-pembodek PM bahawa para penyokong Anwar telah dibayar wang saguhati untuk hadir membuat demonstrasi. Sedarlah...bahawa kami lebih seronok dan lebih selesa jika dapat tidur ataupun pergi 'shopping' di petang Sabtu ( SOGO pun ada SALE hari tu !! ) daripada berdiri di tengah panas dari pukul 3.00 lebih hingga pukul 7.00 malam sambil berteriak hingga serak suara. Inilah BUKTI bahawa rakyat perihatin kepada pergolakan politik tanahair....Inilah HAK rakyat...!!! Hak rakyat adalah menuntut KEADILAN !!!

Apakah perhimpunan yang hendak diadakan oleh UMNO di Bukit Jalil dapat mengumpulkan orang seramai ini..?? Dengar khabar borang-borang yang diedarkan di pejabat-pejabat kerajaan banyak yang tidak diisi...yang sanggup hadir cuma lebih kurang 10,000 orang sahaja...itupun diberi elaun dan makan percuma. Kenapa harus POLIS tidak memberikan permit sedangkan POLIS adalah di bawah Kementerian Dalam Negeri...semua orang tahu bahawa itu semua adalah helah semata-mata. Dengan ini TERBUKTILAH kebenaran berpihak kepada siapa...!!! Kebenaran berpihak kepada rakyat yang inginkan KEADILAN...!!!

# 2. MAHKAMAH RAKYAT.

Cogankata Hari Kebangsaan tahun ini - NEGAR KITA TANGGUNGJAWAB KITA adalah amat bersesuaian dan bertepatan pada masanya. Rakyat telah sedar bahawa tiada siapa yang dapat membela nasib rakyat melainkan RAKYAT sendiri. Rakyat mahukan supaya keadilan yang telah pincang ditegakkan semula. Perhimpunan yang telah diadakan adalah merupakan simbol KUASA RAKYAT dimana ia menjadi MEDAN PERBICARAAN TERBUKA oleh rakyat ke atas pimpinan sekarang. Dengan laungan " We Want Justice " perbicaraan yang telah dihakimi oleh rakyat dan disaksikan oleh rakyat telah menjatuhkan hukuman dengan menggesa supaya " Mahathir Undur , Mahathir Undur ". Inilah perbicaraan sebenar , bukannya perbicaraan secara sembunyi-sembunyi sepertimana perbicaraan kes Anwar Ibrahim yang tidak dapat dinilai secara adil.

# 3. SIAPA LUDAH KE MUKA SENDIRI...?

Pada tahun 1970 , Dr.Mahathir pernah menghantar sepucuk surat kepada Tunku Abdul Rahman semasa beliau menjadi Perdana Menteri dahulu dan meminta supaya Tunku turun dari kerusi Perdana Menteri berdasarkan kepada umur Tunku yang pada ketika itu menjangkau 62 tahun dan menyatakan bahawa Tunku sudah cukup nyanyuk untuk memerintah negara.

Pada hari ini, sepertimana yang telah disuarakan oleh saudara Muhammad Zahid bin Haji Md.Arip didalam surat terbukanya , umur Dr. Mahathir sendiri telah melewati tempoh subsidi dan jika dibanding dengan Tunku maka Dr. Mahathir yang telah menjangkau umur 73 tahun adalah 11 tahun lebih nyanyuk dari Tunku dan ini merupakan sebab yang kukuh untuk beliau mengundurkan diri. !!! Sekarang siapakah yang meludah ke langit dan terkena ke muka sendiri...???

# 4. 100 TAHUN TAKKAN LUPA.

Isu kepincangan sistem keadilan negara didalam menangani kes 50-DALIL ke atas Anwar Ibrahim begitu menyentak rakyat yang selama ini selesa dengan buaian mimpi indah demi kemajuan pesat negara. Air yang tenang jangan disangka tiada buaya.Mengapa harus menjatuhkan seorang tokoh politik dengan sebegitu rupa..?? Cara menanganinya pula begitu gelojoh, tidak teratur dan tanpa menyemak prosedur yang harus dilalui secara sah. Bagaimana rakyat harus mempercayai TUDUHAN keatas orang yang dituduh tanpa menampilkan serta membicarakan orang yang MENUDUH..???

Dr Mahathir pernah menyatakan bahawa segala pertikaian, isu sensitif dan permasalahan yang tidak menyenangkan akan dapat dilupakan oleh rakyat jelata sekiranya diberikan tempoh selama 100 hari. Nampaknya teori ini telah menjadi begitu usang seusang pemikirnya. Rakyat sekarang hidup dizaman IT....zaman Information Technology atau zaman Informasi Telus....bukan zaman kertas dan 'typewriter' buruk...!!! Yang masih ujud sejak zaman "purbakala" ialah Utusan Merapu dan Berita Hairan yang tidak lagi dibaca orang...melainkan cuma layak menjadi bahan lawak harian dengan cerita-cerita gelagat para pembodek yang tidak henti-henti memberi komen-komen yang melucukan dan selalu membuka pekong sendiri...!!!

Walaubagaimanapun PINGAT EMAS Sukan Komanwel dalam acara LAWAK PALING HEBAT harus diberikan kepada Tun Ghaffar Baba....kerana kehebatannya yang tiada tolok banding dengan secara ' single-handedly ' berjaya meluap-luapkan perasaan para pemberita dan rakyat Indonesia sehingga beliau di 'post' balik ke Malaysia. PINGAT PERAK pula layak diberikan kepada KPN - Ketua Pirate Negara yang terkeluar dari 'script' yang telah ditetapkan semasa berlakon....." You come from where..? You shut up..!! " serta mengaku bahawa Polis bukannya Mossad ataupun Gestapo...tapi kalau LANUN tuu.....bolehlah jugak!!! Manakala PINGAT GANGSA pula boleh dikalungkan ke leher Tok Mat yang membawa cerita lucu bahawa terdapat 90 bahagian UMNO yang telah mendapat ' sumbangan ' bulanan dari Anwar Ibrahim....tetapi Menteri-menteri besar Melaka, Pahang, Terengganu dan Pulau Pinang pula seronok menafikannya. Siapa yang betul nii...!!!

Jadi kesimpulannya amat PAYAH dan AJAIB sekiranya rakyat dapat melupakan apa yang berlaku. Lebih-lebih lagi cerita-cerita lucu dan lawak memang menjadi kegemaran semua bangsa dan semua lapisan masyarakat....macam cerita P.Ramlee jugaklah...masih dijual di pasar-pasar malam. 100 tahun pun rakyat tak dapat lupa...!!!

# 5. ANTARA KEGAWATAN CUACA, EKONOMI DAN POLITIK .

Kalau ditenung-tenung dan ditilik-tilik, CUACA , EKONOMI dan POLITIK memang saling berkait dan tak dapat dipisahkan....itu untuk orang-orang yang ada mata dan tak buta hati lah...!!
Mula-mula dulu datang JEREBU...semua orang naik lemas, tapi yang disalahkan cuma hutan di Kalimantan dan Sumatera yang terbakar. Orang-orang yang mata terang 20/20 pun tak boleh nampak jauh....nak bernafas pun sesak.!! Tapi orang yang zalim dan tamak takkan ambil pengajaran. Kemudian didatangkan pula musim KEMARAU....takungan air surut, rumput kering, mandi pun selang sehari...ada pula yang kena menangguk air di jalan-jalan. Ini semua membayangkan apa yang sedang berlaku...! Tanpa dapat berbuat apa-apa, ekonomi negara yang dulunya dianggap hebat tiba-tiba merudum....angkara seorang DAJJAL yang bernama Soros. Tapi bukankah Tuhan pernah bagi amaran bahawa keatas sesuatu kaum yang zalim akan diturunkan suatu kaum yang lebih zalim untuk menghancurkannya. (Lihatlah apa yang terjadi kepada Bosnia Herzegovina). Tapi Tuhan Maha Adil lagi Kaya...orang-orang yang paling hebat terkena hanyalah orang-orang kaya-raya harta berbilion-bilion asalnya entah dari mana..!!

Dulu semasa tahun 80-an, kegawatan EKONOMI diikuti dengan kegawatan POLITIK. UMNO berpecah pun bertepatan dengan musim ekonomi merosot. Apakah orang-orang politik ni tak boleh hidup apabila ekonomi tidak sihat...mulalah hendak berpecah belah. Bak kata Dr.Mahathir...dalam POLITIK tidak ada kawan ataupun lawan yang kekal....dalam ertikata lain, para PEMIMPIN akan sentiasa saling tidak mempercayai antara satu sama lain...ibarat lalang ditiup angin. Kalau begini pemikiran orang-orang yang di panggil PEMIMPIN...bagaimana harus mereka menjadi PEMIMPIN....melainkan sepertimana KETAM mengajarkan anaknya berjalan....konon-konon dah luruslah tuu...!!!

Sekarang ini kita didatangkan pula dengan amaran fenomina LA NINA...banjir besar akibat peningkatan aras laut. Ingatlah...kaitan antara CUACA, EKONOMI dan POLITIK. Air adalah unsur kejadian yang sifat kuasa semulajadinya amat sukar untuk dibendung. Jika AIR menjadi penggerak cuaca, WANG pula menjadi penggerak ekonomi...manakala RAKYAT pula harus menjadi penggerak politik. Jadi menurut firasat TOK MUDIM, akan terjadi PEMBERSIHAN secara besar-besaran didalam suasana sekeliling kita. Banjir akan menyapu semua yang ada atas muka bumi. Ekonomi kita belum apa-apa lagi telah dibersihkan oleh Mamak Bendahara dan yang sekapal dengannya. Macam semut-semut yang suka mengumpul gula....akhirnya binasa kerana gula juga...!!! Yang tinggal untuk kita cuma POLITIK. Percayalah....KUASA RAKYAT yang bertindak secara besar-besaran, seperti juga kuasa air amat sukar untuk dibendung. Dengan itu adalah menjadi HAK kita untuk mengadakan suatu BANJIR BESAR di dalam arena POLITIK tanahair kita.

Sekian . Wassalam.

ZORRO MALAYSIA.

Ke Gambar

 

Ke Forum Gerak Reformasi