Make your own free website on Tripod.com
Media Statement

Pelancaran Parti Keadilan Nasional (KeADILan)

Dengan takzimnya dimaklumkan bahawa saya dan beberapa rakan
seperjuangan dalam pergerakan reformasi dan ADIL telah mumutuskan
untuk melancarkan sebuah parti yang bernama Parti Keadilan Nasional.
Pelancaran ini akan berlangsung pada 4 April 1999, pukul 10.00 pagi,
di Hotel Renaissance (Grand Ballroom) Jalan Ampang, Kuala Lumpur.


Parti Keadilan Nasional atau (KeADILan) adalah sebuah pertubuhan
politik yang didaftarkan pada tahun 1990. Nama asalnya adalah Ikatan
Masyarakat Islam dan dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa pada tahun 1999,
parti ini dipinda namanya kepada Parti Keadilan Nasional (KeADILan),
sesuai dengan aspirasi perjuangan semasa. Kini dengan angin perubahan
yang semakin kuat melanda negara, parti ini mendapat nafas baru dengan
penyertaan sebahagian besar pendokong dan pemimpin reformasi. Misi
perjuangan adalah jelas: menegakkan keadilan dan kebenaran.


KeADILan adalah parti berbilang kaum dan agama yang terbuka
keahliannya kepada semua warga Malaysia. Butir-butir lain tentang
KeADILan akan diumumkan di majlis pelancarannya pada 4 April 1999.




Dr. Wan Azizah bte Wan Ismail

30 March 1999