Subject:      Kenyataan Rasmi Mensyuarat di Ptg Paauh
From:         Jongkong Emas <jongkong@nym.alias.net>
Date:         1998/10/04
Message-ID:   <19981004090523.18501.qmail@nym.alias.net>
Newsgroups:   soc.culture.malaysia 
[More Headers]
X-Mime OLE : Produced by Sumpitan OLE V1.02
Organization: Cucu Cicit Cherok To'kun

KENYATAAN RASMI DAN PENDIRIAN PERGERAKAN PEMUDA UMnNo BAHAGIAN
PERMATANG Paauh BERHUBUNG ISU PEMECATAN YAB DATO' SERI ANWR BIN
Ibraahim DARIPADA JAWATAN TIMmBALAN PERDANA MENTERI, MENTERI
KEWANGAN, TIMBALAN PRESIDEN UMmNO DAN KEAHLIAN UMmNO. 

Merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terimakasih kepada pihak 
Pollis Di Raja Malaysia khususnya Ketua Pollis Daerah Bukit Mertajam
serta anggota-anggota dan pegawai-pegawai Pollis Cawangan Khas yang 
telah berusaha memastikan ketenteraman dan keselamatan di dalam 
kawasan Parlimen Permatang Paauh hasil daripada beberapa perbincangan
dan pertemuan yang telah diadakan dengan pihak Jawatankuasa Pemuda
UMnNo Bahagian Permatang Paauh. 

Bahawa Mesyuarat Khas Ahli-Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMnNo
Bahagian Permatang Paauh yang diadakan pada hari ini, 
2hb Oktober 1998, Jumaat jam 9.00 malam telah mengambil ketetapan 
seperti berikut :- 

Hasil daripada maklumbalas yang diterima daripada ahli-ahli Pergerakan
Pemuda UMnNo Bahagian Permatang Paauh di peringkat akar umbi, 
merumuskan bahawa tindakan yang diambil ke atas YAB Dato' Seri Anwr 
Ibraahim adalah tidak disokong oleh kerana bercanggah dengan 
prinsip-prinsip keadilan. 

Mendesak supaya keadilan ditegakkan dan ditunjukkan di sepanjang tempoh
perbicaraan dijalankan ke atas semua dakwaan yang dibuat terhadap 
YAB Dato' Seri Anwr bin Ibraahim. 

Menggesa supaya semua ucapan-ucapan dan kenyataan-kenyataan yang dibuat
berhubung isu ini, terutamanya yang berbentuk tuduhan dan mendahului 
keputusan Mahkamah hendaklah dihentikan segera oleh mana-mana pihak
atau individu dan menyerahkan sepenuhnya perkara ini kepada
Mahkamah untuk diadili dan ditentukan kebenarannya. 

Sebagai Ketua UMnNo Bahagian dan Timbalan Presiden UMnNo yang dipilih
melalui perwakilan yang sah, Pemuda UMnNo Bahagian Permatang Paauh 
mendesak supaya YAB Dato' Seri Anwr dikembalikan keahliannya sebagai
ahli UMnNo. 

Menggesa supaya diwujudkan sebuah Suruhanjaya Di Raja 
yang bebas untuk menyiasat dakwaan YAB Dato' Seri Anwr Ibraahim bahawa
beliau telah dipukul dan disiksa oleh pihak pollis semasa
penahanan beliau dan jika didapati benar dakwaan ini, pihak-pihak yang
terlibat hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya. 

Memutuskan untuk tidak menerima dan supaya tidak diadakan sebarang Majlis
Penerangan berhubung dengan isu ini di kawasan Parlimen Permatang Paauh, 
memandangkan ianya akan diambil kesempatan oleh pihak-pihak tertentu 
sebagai suatu tindakan provokasi yang boleh mencetuskan kegelisahan awam
di kalangan rakyat di Parlimen Permatang Paauh. 
Merayu supaya semua tahanan ISA yang terbabit dengan isu ini dibebaskan 
dengan kadar segera. 

Menegaskan bahawa Pergerakan Pemuda UMnNo Bahagian Permatang Paauh 
tidak akan menyokong mana-mana pihak yang cuba membuat perkara-perkara
yang melanggar undang-undang yang boleh menyebabkan huru-hara dan 
merumitkan lagi keadaan seperti merosakkan harta benda, rusuhan,
perhimpunan haram dan lain-lain lagi. 

Selaras dengan ini, Pergerakan Pemuda UMnNo Bahagian Permatang Paauh
berharap bahawa pendirian yang dibuat pada hari ini akan diberi
keutamaan sebagai hasil perbincangan yang sah melalui saluran rasmi
parti untuk dipanjangkan ke peringkat Majlis Kerja Tertinggi UMnNo Pusat. 

DIPERSETUJUI SEBULAT SUARA.