!! TOLONG SEMUA BACA !! Segala-galanya didedahkan!!


[ Follow Ups ] [ Post Followup ] [ KK ] [ FAQ ]

Posted by Keadilan on September 05, 1998 at 02:41:54:

209.75.196.2
TRAGEDI PEMECATAN DATO' SERI ANWAR
Pemecatan Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai timbalan perdana menteri
dan menteri kewangan merupakan natijah dari usaha yang telah berjalan
selama lebih satu tahun untuk memusnahkan beliau. Ia telah bermula
secara sistematik sejak tahun lalu dengan berbagai surat layang
diedarkan untuk memburuk-burukkan beliau. Ini termasuklah dakwaan
mengenai skandal seks. Pada tahun ini, kesemua surat-surat layang ini
telah dihimpunkan dan diterbitkan dalam bentuk buku "50 Dalil Kenapa
Anwar Tidak Boleh Menjadi PM".

Di antara dakwaan yang tedapat di dalam buku ini ialah bahawa i)
Anwar mempunyai hubungan sulit dengan isteri setiausaha sulitnya dan
telah mendapat anak luar nikah ii) terdapat surat dari Ummu Hafida,
adik setiausaha sulitnya, mengadu kepada Perdana Menteri mengenai
hubungan ini dan iii) Anwar telah mengadakan hubungan homoseks dengan
bekas pemandunya. Kepalsuan fitnah-fitnah ini terbongkar apabila ujian
DNA oleh setiausaha sulitnya dan semua anak-anak yang dilahirkan
isterinya membuktikan mereka memang anaknya. Kemudian Ummu Hafida
yang dikatakan menulis surat kepada PM telah mengemukakan surat akuan
bersumpah di hadapan pesuruhjaya sumpah yang menafikan beliau menulis
surat berkenaan. Demikian juga, bekas pemandunya juga telah membuat
surat akuan bersumpah menafikan beliau pernah mengadakan hubungan
homoseks dengan Anwar.

Selain dari penafian melalui surat akuan bersumpah, kedua-dua
individu ini juga telah mendedahkan bahawa mereka dibayar untuk
terlibat dalam pakatan untuk mencemar Anwar. Ummu Hafida telah
menyatakan bahawa beliau telah dibayar RM1.5 juta untuk mengaku bahawa
surat itu ditulisnya. Wang diberikan oleh Daim Zainuddin, Tengku
Razaleigh dan Tengku Adnan dengan setiap seorang menyumbang sebanyak
RM500,000. Ummu Hafida juga mendedahkan bahawa Megat Junid dan Ziela
Jalil sebagai orang yang cuba melatihnya dalam membuat pengakuan
berkenaan. Bekas pemandu Anwar pula mendedahkan beliau diberi RM1 juta
oleh Daim untuk mengaku pernah mengadakan hubungan homoseks dengan
Anwar.

Di antara pihak lain yang terlibat ialah Sanusi Junid dan Rahim Tambi
Cik. Mereka merupakan "gurkha" dalam konspirasi ini. Turut terlibat
ialah Aziz Shamsudin, bekas setiausaha politik Mahahtir. Beliau telah
memusuhi Anwar sejak Anwar memimpin ABIM lagi.

Kesemua ini dilakukan dengan tujuan menjatuhkan Anwar. Mereka ini
sedar sukar nak dikatakan Anwar korup. Rakyat tidak akan
mempercayainya. Oleh itu, mereka mereka-rekakan fitnah skandal seks
ini. Isu ini diketengahkan kerana mudah diupah orang untuk
mengakuinya. Namun fitnah-fitnah ini nyata palsu dengan berbagai
pengakuan bersumpah yang telah dibuat oleh mereka yang dikatakan
terlibat. Langkah seterusnya ialah cuba memaksa orang mengaku menjadi
orang tengah di antara Anwar dengan pelacur. Untuk tujuan ini mereka
telah menangkap Dato' Nallakarupan. Ketika dalam tahanan polis beliau
telah dipaksa untuk mengaku bahawa i) beliaulah yang menjadi orang
tengah di antara Anwar dengan pelacur-pelacur dan ii) beliau menyimpan
harta dan kekayaan Anwar yang berjumlah RM17 juta. Namun beliau enggan
dan akibatnya sejumlah peluru "dijumpai" dirumahnya dan beliau didakwa
di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri yang membawa hukuman mati
mandatori. Setakat ini, beliau masih bertahan.

Satu persoalan yang timbul ialah siapakah yang sebenarnya disebalik
kesemua ini? Apkah motif mereka? Seluruh konspirasi dan komplot ini
telah melibatkan pihak polis dan juga kehakiman. Sebagai contoh,
hakim yang melarang penerbitan dan pengedaran buku "50 Dalil" telah
dipindahkan ke Johore Baru sebaik selepas perbicaraan. Demikian juga
dengan penglibatan polis dalam percubaan memaksa Nalla membuat
pengakuan. Pihak polis bukan lagi pihak berkecuali tetapi telah
menjadi alat untuk percaturan politik dalaman UMNO. Pengedaran dengan
mudah dan secara berleluasa buku "50 Dalil" menunjukkan pihak berkuasa
tidak bertindak menghalangnya. Bayangkan jika buku ini mengandungi
dakwaan terhadap Perdana Menteri. Sudah pasti ia diharamkan tanpa
perlu dibawa ke mahkamah dan penulis dan penerbitnya di tahan di bawah
ISA.
Kesemua ini hanya dapat dilakukan dengan restu, arahan dan penglibatan
orang yang paling berkuasa di Malaysia, iaitu Perdana Menteri.
Akhirnya, beliaulah yang bertanggungjawab terhadap konspirasi ini.
Mustahil Daim, Megat Junid, Rahim Tambi Cik, Sanusi Junid, Aziz
Shamsudin, Tengku Razaleigh dan Tengku Adnan mampu melakukan semua ini
dan menggunakan berbagai jentera kerajaan tanpa persetujuan Perdana
Menteri.

Kenapakah ini berlaku dan apakah motifnya? Bagi Perdana Menteri dan
Daim, ia berkait dengan masalah kewangan yang dihadapi oleh anak-anak
dan kroni mereka. Mereka perlu menyelamatkan kroni-kroni ini kerana
mereka adalah proksi yang memegang kekayaan PM dan Daim. Kroni-kroni
ini termasuklah Ting Pek Khing, Ananda Krishnan, Vincent Tan dan Lim
Goh Tong. Dua sumber wang yang banyak di negara kita ialah KWSP dan
Petronas. Namun, akta parlimen yang menubuhkan agensi-agensi ini
menyatakan secara khusus bahawa hanya menteri kewangan boleh
meluluskan penggunaan wang agensi-agensi ini. Anwar enggan membenarkan
mereka menggunakan wang ini untuk menyelamatkan kroni-proksi mereka.
Oleh itu, mereka mesti melucutkannya dari jawatan menteri kewangan.

Bagi golongan seperti Megat Junid, Aziz Shamsuddin, Rahim Tambi Cik
dan juga Daim, Anwar dilihat sebagai satu ancaman kerana pegangan
Islamnya dan pendiriannya yang tegas dalam isu rasuah. Mereka merasa
tergugat dengan Akta Pencegahan Rasuah yang dikemukakan Anwar dan
diluluskan Parlimen semasa beliau memangku jawatan Perdana Menteri.
Oleh itu, mereka perlu menghapuskan Anwar untuk memastikan beliau
tidak menjadi Perdana Menteri.

Langkah pertama mereka ialah dengan menimbulkan dakwaan skandal seks.
Apabila ini tidak berjaya mereka kini akan mendakwa beliau telah
membocorkan rahsia negara kepada orang luar. Selepas itu beliau akan
didakwa dibawah Akta Rahsia Rasmi dan ini akan membolehkan Anwar
dikenakan tindakan disiplin dan seterusnya dipecat dari UMNO. Berbagai
"bukti" telah direka untuk memfitnah Anwar dan beliau akan
dipenjarakan. Dakwaan-dakwaan skandal seks akan dimainkan semula.

Beberapa pelacur dan pondan yang telah diupah untuk tampil membuat
pengakuan hubungan seks mereka dengan Anwar. Watak-watak seperti Rahim
Tambi Cik dan Ghafar Baba akan muncul mengecam Anwar sebagai tidak
bermoral.
Selepas itu penyokong-penyokongnya dari dalam dan luar UMNO akan
ditangkap beramai-ramai dan ditahan di bawah ISA. "Bukti-bukti"
seperti senjata akan diletak oleh polis di rumah atau pejabat atau
kereta mereka untuk menyatakan mereka merancang untuk
memporak-perandakan masyarakat. Satu kemungkinan yang tidak boleh
diketepikan ialah kemungkinan Anwar dibunuh. Aziz Shamsudin, bekas
setiausaha politik, telah menyatakan beliau sanggup menembak Anwar
untuk memastikan dia tidak menjadi Perdana Menteri. Kini kita juga
sangsi keupayaan polis memberi perlindungan kepada Anwar.

Kesemua ini mendedahkan sifat sebenar PM sebagai seorang diktator
yang tidak berakhlak. Beliau sanggup melakukan apa sahaja untuk
kepentingan diri, suku-sakat dan kroninya. Ini termasuklah
merencanakan berbagai fitnah dan komplot. Sekiranya seorang timbalan
perdana menteri tidak boleh mendapat keadilan di negara ini, bagaimana
pula dengan rakyat biasa seperti kita. Segala jentera kerajaan, media,
polis dan kehakiman boleh diugut dan digembelingkan untuk menganiaya
kita.

Mahathir ialah seorang yang angkuh dan ego yang bersedia melakukan
apa sahaja untuk kepentingan dirinya. Kita jangan lupa pemecatan Tun
Saleh Abas sebagai Ketua Hakim Negara dan "perletakan jawatan" gabenor
dan timbalan gabenor Bank Negara. Mahathir juga bertanggungjawba
mengarah pemecatan Dato Ishak Baharom sebagai mufti Selangor. Beliau
hanya mengiktiraf dirinya sebagai mufti dan ulama. Para ulama semua,
termasuklah Dato' Harun Din, dihina dan dikecamnya. Mahathir
sebenarnya ialah musuh Islam yang pandai berlakun dan berpura-pura
Islam.

Oleh itu setiap rakyat mestilah bersedia bertindak. Kita mestilah
menunjukkan sokongan kita kepada Dato' Seri Anwar. Jika Anwar tumpas
akan tumbanglah keadilan yang sedikit yang mungkin masih ada.
Bayangkan siapa akan menjadi Perdana Menteri apabila Mahathir sudah
masuk kubur nanti. Ghafar Baba? Rahim Tambi Cik? Adakan majlis-majlis
sembahyang hajat di mesjid dan surau. Doakanlah perlindungan untuk
Anwar dan minta Allah turunkan bala dan musnahkan musuh-musuhnya yang
juga musuh Islam. Tulis surat kepada wakil-wakil rakyat anda
menyatakan kebimbangan anda. Jika anda seorang ahli UMNO, bawa isu ini
kepada kepimpinan bahagian dan cawangan anda.