Pantun Dalam Kubur Seorang Diri

Buah rambutan buah pulasan

Boleh di beli di tepi jalan

Berani manusia membuat tuduhan

Nanti menyesal di Hari Kemudian

 

Sebelum ke sawah makan nasi

Lauknya hanya ikan kering

Kita kena sokong gerakan reformasi

Golongan korup akan terasing

 

Nasi lemak sedap dimakan

Walaupun banyak kolesterol

Perlu ikhlas dalam perjuangan

Menentang golongan yang bacul

 

Susukan anak di atas riba

Sambil berzikir mengingati Allah

Masa reformasi sudah tiba

Kumpulan komplot jahat akan kalah

 

Orang beriman sentiasa sabar

Sembahyang hajat setiap malam

Ketua reformasi ialah Dato Seri Anwar

Memang dianjurkan oleh Islam

 

Di majlis kahwin makan nasi beriani

Melihat dua pengantin sungguh ceria

Warga Malaysai perlukan masyarakat madani

Adil kepada semua bangsa

 

Menjatuhkan Anwar mereka tak sabar

Ada udang di sebalik batu

Rakyat perlu kebebasan akhbar

Baru rakyat Malaysia boleh bersatu

 

Dari langit hujan turun

Katak senyum dalam kolam

Dalam Quran ada jentera Firaun

Ajaran Nabi Musa dia tak faham

 

Kolam renang dalam rumah

Senang mandi dan hadas besar

Mari berjuang dalam jamaah

Menentang golongan mungkar

 

Hadas besar dan hadas kecil

Wajib tahu setiap orang Islam

Golongan komplot jahat akan terpencil

Bila konsep rakyat madani rakyat faham

 

Orang Islam wajib sembahyang

Membuat fitnah dikutuk Allah

Dato Seri Anwar banyak orang sayang

Tanpa beliau menghadapi masalah

 

Orang sembahyang perlu sabar

Berlumba-lumba membuat kebajikan

Akan menjelma suasana kebebasan akhbar

Kerajaan adil akan diujudkan

 

Kerja kebajikan mendatangkan pahala

Dapat membantu semua manusia

Muwujudkan masyarakat madani kewajipan kita

Yang hati busuk saja yang tak suka

 

Setiap manusia ada hati

Belajar tauhid akan kenal Allah

Dengan Anwar Ibrahim mengapa irihati

Sekarang siapa yang menggelabah

 

Hati manusia cintakan dunia

Persiapan akhirat langsung kosong

Pembuat fitnah akan kecewa

Apabila ke kubur mayat diusung

 

Apabila Izrael datang memanggil

Terkejut besar penyebar fitnah

Hukum Islam mereka jahil

Menjawab soalan dalam tanah

 

Dalam kubur seorang diri

Kain putih sebagai selimut

Geng penyebar fitnah cabut lari

Golongan madani mereka mahu ikut

 

Merayu-rayu kepada malaikat

Berilah peluang untuk bertaubat

Tubuh Anwar mahu dipeluk rapat

Tapi semuanya dah terlambat

 

Kedengaran suara memanggil Anwar

Meminta maaf kerana menyebar fitnah

Akan dilaporkan di semua akhbar

Geng komplot jahat sudah musnah