Pantun Perlunya Reformasi

Di KL banyak jalan sehala

Banyak kedai menjual barang-barang

Mahu obor perjuangan terus menyala

Tanggungjawab kita hanya berjuang

 

Barang barang turut dijual

Dibeli orang yang ada duit

Syurga perlu dibayar dengan harga mahal

Berjihad di setiap minit

 

Dalam dewan banyak kerusi

Sambil makan bersembang-sembang

Negara kita perlu reformasi

Yang korup saja yang meradang

 

Di waktu maghrib terbang kelawar

Bergayut sebentar di balairaya

Malaysia perlu kebebasan akhbar

Baru beritanya orang lebih percaya

 

Dari Segamat singgah di Bandar Maharani

Singgah di kedai makan mee johor

Wajib kita perjuangkan masyarakat madani

Baru bersih dari budaya kotor

 

Rakyat Malaysia suka makan nasi

Diimpot yang baik dari Siam

Pemimpin korup takutkan reformasi

Jahil tentang kebaikan Islam

 

Surat layang banyak tersebar

Boleh didapati tepi jalan

Negara mahu kebebasan akhbar

Supaya pembaca dapat panduan

 

Beli ubat di kedai farmasi

Makan sebiji hilang demam

Mari sertai gerakan reformasi

Baca terjemahan Quran boleh faham

 

Hang Jebat cukup berani

Si Tuah pula sangat sabar

Bila wujud masyarakat madani

Tidak lagi terkongkong akhbar-akhbar

 

Pakai tudung perlu berani

Berjalan kaki pergi masjid

Suasan aman masyarakat madani

Negara di pimpin orangnya mursyid

 

Musim hujan cuacanya sejuk

Beli minyak panas dari farmasi

Elok berhenti menghisap rokok

Gunakan wang untuk reformasi

 

Kedai farmasi menjual ubat

Didatangi oleh banyak famili

Penyebar fitnah boleh disebat

Jika empat saksi tidak diperolehi

 

Sakit jasmani mahu segera diubat

Roh dibiarkan tanpa ubat

Jasmani rohani perlu sihat

Jalannya ikut hukum syariat

 

Roh manusia perlu makanan

Iaitu ilmu pengetahuan yang hak

Berlumba-lumba membuat kebajikan

Dengan golongan madani kita memihak

 

Tauhid lawannya syirik

Iblis lawannya iman

Siksa neraka sangat terik

Mahu selamat ikut Quran

 

Dibukit banyak pokok hijau

Tempat burung membuat rumah

Ikut gerakan reformasi jangan risau

Hanya perlu penuh hikmah

 

Burung terbang berpasang-pasang

Waktu petang balik ke sarang

Bila berjuang jangan tinggal sembahyang

Masyarakat madani baik untuk semua orang

 

Manis betul isi langsat

Makan pula bersama keluarga

Rohani jasmani perlu sihat

Kebajikan rakyat perlu senantiasa dijaga