Subject:      JERITAN BATIN KU
From:         "SiHelang Mawai" <impi183@tm.net.my>
Date:         1998/10/21
Message-ID:   <362d558d.0@news1.tm.net.my>
Newsgroups:   soc.culture.malaysia 
[More Headers]
Jeng jeng jeng.....  Kelmarin aku terima satu e-mail cakap lusa hari Jumaat
akan ada satu rapat raksaksa di Kuala Lumpur.  Perhimpunan akan bermula dari
Masjid Negara, kemudian berarak menuju Parlimen.  (Wah bijak penganjur
demonstrasi kali ni.  Sudah berjaya menembusi sawang-sawang minda stereotype
reformasi yang seboleh bolehnya mahu "gugur" di Dataran Merdeka [= Tiananmen
Square lah tu]).

Bagi kawan kawan yang tak biasa dengan persekitaran Kuala Lumpur, izinkan
aku cerita sikit tentang topografi (bentuk permukaan alam) di sekitar
Parlimen yang di panggil Lake Garden itu:

    *  Jika kamu datang dari Bank Negara menghala Parlimen, sebelah kiri
kamu Bukit Aman.  Depan sikit Lake Club yang berpagar besi tinggi dan tajam
hujungnya.

    *  Di sebelah kanan kamu, Padang Merbok yang luasnya dua padang bola.
Depan sikit Tugu Negara yang berada diatas cangkat yang curam tebingnya.

    *  Katakan kamu berada di atas jalan di antara Lake Club dan Tugu Negara
menuju ke Parlimen, sebelum sampai di Parlimen kamu kena melintasi jambatan
(overhead brigde).  Ketika kamu berada diatas jambatan ini kamu paling
terdedah atau "vulnerable."  Bi bawah jambatan ada jalan/lebuh raya, bukan
boleh terjun masok sungei.  Kat depan di pintu Parlimen FRU dan PGA dah
tunggu.

    *  Andaikan satu kumpulan FRU datang dari arah belakang kamu.  Dah kamu
terkepung.  Katakanlah kamu tak sempat sampai atas jambatan, tapi depan kamu
dah jadi kecoh, ke kanan kamu tebing curam Tugu Negara dan jalan lembah
menuju ke Kementerian Pertanian.  Di kiri kamu jalan lembah menuju ka
Damansara atau rumah PM.  Nah, kamu ingat FRU+PGA tak tunggu lembah lembah
tu?  Tak tahulah kot kot komander dia orang hari tu tengah migrain tak leh
nak fikir.

    *  Katakanlah kamu ni sebelum turun rumah dah pakai azimat/tangkal kebal
"penimbul."  Yakni setakat cotar FRU kamu tak heran.  Bagus lah.  Tapi aku
nak cakap sikit, kalau kamu ada sakit asma/semput jangan perjudikan
kesihatan badan.  Kulit dan daging kamu mungkin tak jejas, tapi penangan gas
pemedih mata ni, kiyai dulu dulu tak masukkan dalam jampi dan doa.  Tahun
1978 dulu aku dah tengok orang Kelantan yang terer terer kena gas pemedih
mata, muntah kuning brader.

Begini lah penyudahnya, demo demo jugaklah, itu hak kamu, tapi kalau agak
dah lama tak lari marathon atau tak boleh nak pecut 200 meter jika perlu,
duduk rumah atau cybercafe baca cerita dalam internet lagi bijak.

Waima, selamat berdemo.