Surat Terbuka Untuk Dr.M dari ahli UMNO

Message 119

 

From:

lanun ala Mossad (REFORMASI)

To:

ALL

1 of 1

Posted:

10/9/98 10:34 PM

Reply to:

New Thread

 

SURAT TERBUKA KEPADA DR. MAHATHIR MOHAMAD

Daripada : Muhammad Zahid bin Haji Md. Arip

No. Kad Pengenalan: 660622-04-5355

No. Ahli UMNO : 00461077

Tarikh : 28hb. September 1998


ALHAMDULILLAH, Segala puji-pujian Hanya Kepada ALLAH Yang Maha Berkuasa
Lagi Maha Adil. Selawat Dan Salam Ke atas Junjungan Mulia NabiMuhammad
S.A.W.

Saudara,

Inilah kali kedua dalam hidup saya, saya mengutus surat kepada saudara
Surat pertama saya pada tahun 1993 merupakan surat tertutup, berbeza
dengan surat ini yang ditulis secara terbuka. Saya sedar dengan ketibaan
surat ini ke pangkuan saudara, tidak dapat tidak ianya akan memberi
ruang dan peluang kepada pengampu-pengampu saudara untuk menyerang saya
dengan kenyataan-kenyataan hina dan jijik. Saya mungkin dituduh biadap
terhadap saudara – orang yang paling berkuasa di dalam UMNO dan Kerajaan
pada masa ini.
Sesungguhnya, saya tidak gentar sama sekali kepada saudara, apatah lagi
kepada pengampu-pengampu saudara kerana saya yakin saya di pihak yang
benar.Saya ingin tegaskan di sini, kerja tulis surat terbuka kepada
Perdana Menteri bukanlah kerja luarbiasa. Saudara dulu pun menulis surat
terbuka kepada Yang Teramat Mulia Tunku. Jika perbuatan ini dianggap
biadab dan kurang ajar, saudaralah guru dan bapak kepada sebarang
kebiadaban dan kekurangajaran saya. Bagi saya, saya rela ditudub biadab
etrhadap saudara.Saudara sendiri pernah biadab kepada Bapa Kemerdekaan
Almarhum Yang Teramat Mulia Tunku. Pada usia Yang Teramat Mulia Tunku 62
tahun pada tahun 1970, saudara pernah mengatakan Tunku telah nyanyok dan
patut berhenti. Sekarang umur saudara 73 tahun. Ini bermakna saudara 11
tahun lebih nyanyok dari Yang Teramat Mulia Tunku.Bagi saya, saudara
memang sudah nyanyok – orang nyanyok tidak lagi layak memimpin parti dan
negara. Oleh tiu, saya atas nama maruah dan anak jantan, saya cabar
saudara supaya meletakkan jawatan yang saudara sandang sekarang.
Bagaimanapun, saya tahu dan saya yakin pemimpin nyanyok dan tidak tahu
malu macam saudara tidak akan meletakkan jawatan.
Kenyanyokan saudara semakin terserlah akhir-akhir ini apabila saudara
selaku Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri, telah mengeluarkan
perintah menahan beberapa tokoh dari kalangan pemimpin UMNO dan NGO
yang dipercayai rapat dan menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim.Apa salah
jika mereka menyokong Datuk Seri Anwar? Tunjukkan kepada saya di mana
seseorang yang mereka hendak sokong? Inikah prinsip demokrasi dan
keadilan yang diamalkan oleh saudara?
Saudara sedarlah diri bahawa saudara sudah nyanyok. Memang menjadi
lumrah dan kebiasaan orang nyanyok tidak sedar dan tidak akan mengaku
bahawa dirinya telah nyanyok.
Antara yang ditahan ialah Yang Dikasihi Yang Berhormat Datuk Haji Ahmad
Zahid Hamidi, Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang dipilih melalui proses
parti. Beliau telah menumbangkan penyandang jawatan yang juga merupakan
tokoh bermoral tinggi yang bersih malah lebih bersih dari saudara
sendiri iaitu Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik. Datuk Zahid turut
menumbangkan Menteri Datuk Annuar Musa, Menteri Besar Tan Sri Isa Samad
dan ahli biasa Saudara Abdul Rahman Salleh.
Datuk Zahid telah hadir di rumah Datuk Seri Anwar sebagai tanda
simpati dan atas dasar persahabatan untuk beberapa waktu. Selepas
mesyuarat Exco memutuskan bahawa Datuk Zahid diminta tidak lagi
berdampingan dengan Datuk Seri Anwar sehingga nasibnya diputuskan oleh
Majlis Tertinggi UMNO, beliau telah akur dengan keputusan itu dan tidak
lagi dilihat bersama di rumah Datuk Seri Anwar. Dalam tempoh itu, beliau
telah menumpukan tugas-tugasnya sebagai Penegrusi di Bank Simpanan
Nasional dan di Kretam sebagai Ketua Pegawai Eksekutif. Beliau telah ke
Sabah atas urusan Kretam. Di Sabah, saudara telah mengeluarkan perintah
supaya beliau di tahan di bawah ISA.Terdahulu dari itu, dalam
Perhimpunan Agung Pemuda, Datuk Zahid telah dengan lantang membangkitkan
soal Nepotisme dan Kronisme yang pada pendapat Pemuda dan rakyat, gejala
buruk ini begitu berleluasa dalam kerajaan yang dipimpin oleh saudara –
pemimpin tua lagi nyanyok.Teguran Datuk Zahid itu, telah dibidas keras
oleh saudara dalam ucapan penggulungan di hari terakhir Perhimpunan
Agung UMNO yang turut disiarkan oleh TV 1 secara langsung di seluruh
pelusuk tanahair. Maka dilihat oleh sekelian orang rakyat Malaysia –
Melayu, Cina dan India bagaimana Presiden UMNO telah membelasah teruk
Ketua Pemuda UMNO.
Dari insiden ini, jelas dan nyatalah saudara adalah seorang pemimpin
yang sombong lagi bongkak yang tidak boleh ditegur dan menerima teguran.
Teguran akan dianggap mengkritik – berbeza pendapat akan dianggap
melawan. Selepas dari episod malang itu, Datuk Zahid telah dihujani
dengan surat dan telegram tahniah, kata-kata perangsang, sokongan dan
semangat dari handai taulan dan rakyat jelata. Rata-rata mereka
berpendapat Datuk Zahid telah dizalimi oleh saudara. Bagi saya, saudara
boleh memukul Datuk Zahid dengan niat mengajar, tetapi hakikatnya
saudara telah mandera Datuk Zahid sehingga beliau yang tinggi akal
budinya mendapat simpati orang ramai,khususnya pendukung -pendukung UMNO
di peringkat akar umbi.
Sekarang beliau ditahan di bawah akta zalim ISA. Kepada saudara saya
beri ingat – saudara telah menahan Datuk Zahid dalam keadaan beliau
sihat. Dan dalam keadaan ada kuasa saudara boleh siasat beliau, saudara
boleh kurung beliau, hatta saudara boleh berbuat apa saja ke atas beliau
– tetapi INGAT – sekiranya sesuatu yang buruk menimpa Datuk Zahid dalam
tempoh tahanan ini, biar saya tinggal seorang, tetap saya tuntut
pertanggungjawaban ini dari saudara dunia dan akhirat. Jangan saudara
fikir kuasa saudara besar sangat – Kuasa ALLAH Maha Besar.Saya ingin
bertanya, apakah mereka yang ditahan di bawah ISA ini
benar-benar mengancam keselamatan negara atau ditakuti mengancam
keselamatan politik saudara dan suku-sakat saudara?

Jawabannya ada pada diri saudara sendiri!.

Jika mereka ditahan kerana mengancam keselamatan negara, saudara perlu
menjelaskannya kepada rakyat ancaman yang bagaimana yang mereka lakukan
serta dengan bukti-buktinya sekalai. Saya yakin saudara boleh mengadakan
bukti. Bukankah saudara adalah pakar dalam mencipta bukti -bukti palsu.
Jika tidak, saudara tidak boleh menghalang saya dan
rakyat Malaysia yang lain mempercayai bahawa penahanan mereka di bawah
ISA adalah didorong oleh kepentingan politik saudara yang ingin terus
berkuasa sampai mati.Jika kepentingan politik saudara dijadikan alasan
menahan mereka, ketahuilah saudara telah hilang pertimbangan, hilang
keperimanusiaan – urusan UMNO, peribadi dan kerajaan telah
dicampuradukkan.Jika sebagai orang UMNO mereka bersalah – hukumlah
mereka melalui saluran UMNO. Terlanjur menyebut soal UMNO, saya ingin
tegaskan saya adalah orang UMNO. Saya cabar saudara memecat semua orang
UMNO yang menyokong Gerakan Reformasi yang dipelopori oleh Datuk Seri
Anwar. Saya yakin dan percaya pemimpin pengecut macam saudara tidak akan
berani berbuat demikian.
Sebaliknya saudara akan gunakan apa saja akta yang ada yang boleh
digunakan termasuk ISA dan Akta Hasutan untuk menhan saya jika surat ini
boleh mengancam keselamatan politik saudara. Di sinilah bezanya intan
dan kaca – Tunku dan saudara. Yang Teramat Mulia Tunku hanya pecat
saudara dari UMNO tetapi tidak menggunakan ISA atau mana-mana akta untuk
menahan saudara.
Tindak tanduk saudara sekarang ini, sebenarnya merugikan Bangsa Melayu.
Tanpa segan silu saudara sendiri mengaku bahawa saudara orang Melayu dan
menjadi Presiden Parti Melayu – UMNO. Mereka yang saudara arah untuk
ditahan di bawah ISA semuanya orang Melayu belaka. Begitu juga mereka
yang ditohmah merusuh adalah orang Melayu yang dipukul oleh polis dan
FRU Melayu juga. Polis dan FRU tidak bersalah, sebaliknya saudaralah
yang harus bertanggungjawab kerana saudara adalah menteri yang menjaga
mereka. Tidakkah saudara kasihan kepada orang Melayu ini. Ke manakah
hilangnya pertimbangan kemelayuan saudara?. Saya ingin bertanya, saudara
ini jenis Melayu yang macam mana?.Tindakan saudara ini sebenarnya telah
dan akan menyusahkan keturunan saudara jua. Saudara harus ingat saudara
ana anak yang berbakat besar dalam politik tanahair. Tindakan sedemikian
hanya meneydiakan musuh untuk dia hadapi apabila saudara tiada lagi du
dunia ini. Fikir-fikirlah sikit. Jangan kerana kita nak kenyang hari
ini, keturunan kita pula berlapar hari esok!
Pada kesempatan ini juga, saya ingin menyatakan betapa meluatnya saya
atas kenyataan biadab dan bongkak dari saudara yang telah memperkecil
-kecilkan dan mempertikaikan hukum hudud yang merupakan hukum ALLAH.
Saudara terus biadab apabila menghina dan mempersenda janggut
Rasulullah S.A.W yang merupakan sebahagian dari sunnah baginda. Saudara
juga telah menempelak para mufti dan ulamak serta memfitnah Ustaz
Profesor Dato’ Dr. Harun Din Al-Hafiz. Ini semua terkandung dalam tape
yang diedar di Arau dan tersiar dalam buku ‘Layakkah Anwar Memimpin
Reformasi’ karya Ahmad Lutfi Othman.
Sama ada saudara tahu atau tidak, hati rakyat yang beragama Islam
terguris sudah. Mereka begitu kecewa apabila mendapat tahu bahawa
Perdana Menteri mereka telah nyanyok dan sanggup membuat kenyataan
baidab yang sedemikian rupa.
Dari segi hukum Islam, cuba-cubalah saudara bertanya secara ikhlas
kepada mana-mana Ustaz dan Tuan Guru, apa hukumnya jika seseorang itu
mempertikai dan memperkecil-kecilkan hukum hudud serta memeprsenda
sunnah Rasulullah S.A.W.
Sehingga surat ini ditulis, belum ada sebarang penafian dari mulut
saudara mengenai perkara ini.

TAUBATLAH!!…SEBELUM TERLAMBAT!!…………

Menyentuh tentang malang yang menimpa Datuk Seri Anwar, sukalah saya
menegaskan bahawa saya percaya beliau tidak bersalah sebaliknya beliau
telah dianiaya oleh konspirasi politik yang barangkali dipimpin sendiri
oleh saudara – pemimpin tua, nyanyok lagi penakut – yang takut dicabar
oleh Datuk Seri Anwar.
Saya yakin, saudara sememangnya takut dengan pengaruh dan kredibiliti
Datuk Seri Anwar di dalam UMNO. Saudara lebih takut lagi apabila beliau
berada di luar UMNO, kerana beliau telahpun menyatakan kesediaannya
untuk mencabar saudara di Kubang Pasu dalam Pilihanraya yang akan
datang. Sebab itu, Datuk Seri Anwar segera ditangkap dan dikurung. Atas
dasar itu jugalah, proses mengaibkan beliau diteruskan setiap hari
dengan lebih hebat lagi. Tetapi saudara lupa masa depan politik saudara
belum tentu selamat dan INSYAALLAH Kekanda Dr. Wan Azizah akan
meneruskan perjuangan suaminya menentang dan mencabar saudara di Kubang
Pasu!.
Justeru itu, saya awal-awal lagi tidak terperanjat jika saudara akan
mengarahkan Suruhanjaya Pilihanraya untuk menambah mana-mana
peraturan baru bagi menghalang Dr. Wan Azizah dari bertanding mencabar
saudara. Barangkali jika perlu, Dr. Wan Azizah juga akan ditangkap dan
dikurung seperti suaminya atas arahan saudara. Kalau itu semua tidak
berlaku, setidak-tidaknya saya yakin saudara mungkin akan berpindah ke
kawasan lain yang lebih selamat buat saudara. Dan jika ini benar-benar
berlaku, ianya akan memberi gamabran kepada rakyat bahawa saudara
sememang penakut dan bacul. Selain dari cabaran yang saudara hadapi Dr.
Wan Azizah, saudara harus ingat, saudara juga akan menghadapi cabaran
dari dalam UMNO sendiri. Ini berdasarkan sudah wujud gerakan oleh Yang
Berhormat Senator Datuk Ibrahim Ali berserta rakan-rakan dari bekas ahli
Semangat 46 yang telah berkempen secara senyap-senyap untuk menabalkan
Yang Berhormat Mulia Tengku Razaleigh Hamzah bagi menerajui UMNO.
Baru-baru ini saya telah diberitahu, sekumpulan orang UMNO yang
bersimpati dengan Datuk Seri Anwar dan mereka ini begitu membenci dan
meluat kepada saudara telah ditemui dan dirayu oleh Datuk Ibrahim Ali
supaya mereka mengalihkan sokongan kepada Tengku Razaleigh. Mereka ini
dijanjikan dengan kepimpinan yang lebih bersih, lebih adil, lebih
terbuka dari kepimpinan saudara yang ada sekarang. Bahkan Datuk Ibrahim
Ali juga berjanji akan menemukan mereka ini dengan Tengku
Razaleigh.Kemungkinan Tengku Razaleigh mencabar saudara lebih jelas
lagi, apabila Tengku Razaleigh dalam satu kenyataannya di Poh, Perak
baru-baru ini telah menyatakan bahawa beliau tidak akan bertanding
mengisi kekosongan jawatan Timbalan Presiden UMNO. Mengenai gaya politik
dan watak Tengku Razaleigh sendiri, saya yakin beliau sebenarnya hanya
berhasrat bertanding Jawatan Presiden UMNO. Kalau ini berlaku, saya
ingin menjadi orang UMNO pertama mengucapkan Selamat Jalan Romeo kepada
saudara.Dalam apda itu, saya turut terfikir barangkali saudara
sememangnya merancang untuk menyerahkan kuasa kepada Tengku Razaleigh.
Saya yakin pada pertimbangan saudara, segala pekong dan kudis saudara
semasa memerintah negara ini akan ditutup oleh Tengku Razaleigh apabila
beliau berkuasa nanti.Mengenai dukungan saya terhadap Datuk Seri Anwar,
saya sedih selepas beliau dilucutkan jawatan Timbalan Perdana Menteri
dan Menteri Kewangan, keesokannya dipecat sebagai ahli UMNO dan hilang
jawatan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Anwar telah diserang hebat
oleh dua Naib Presiden UMNO yang masing-masing berlumba-lumba siapa yang
paling hebat mengecam Datuk Seri Anwar, kerana saya yakin pada
pertimbangan mereka siapa yang lebih hebat membelasah akan ada peluang
untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri. Kepada mereka ingatlah
peringatan ALLAH, "Kita merancang, ALLAH merancang, perancangan ALLAH
lebih baik". Selain mereka berdua, turut menyerang moral Datuk Seri
Anwar yang dikatakan buruk ialah tokoh-tokoh bermoral terpuji yang
selama ini diketahui umum seperti Datuk Megat Junid Megat Ayob, Datuk
Sabaruddin Chik, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik dan ramai lagi.
Bagi saya, saya tidak hairan, memang sudah menjadi resam dunia politik
tidak ada kawan dan musuh yang kekal. Hari ini berkawan esok berlawan,
hari ini berlawan esok mungkin berkawan. Tetapi ingatlah baik-baik, bila
pelepah bawah jatuh pelepah atas jangan ketawa, lambat laun akan jatuh
jua.Apabila bercakap soal moral, saya teringat kepada janji Puan Marina
Yusof dan saya jangka beliau akan mendedahkan perilaku tidak bermoral
saudara apabila tiba masanya nanti – saya harap saudara dapat bersabar
menunggu saat tersebut – tak akan lari gunung dikejar.
Pada tahun 1993, saya adalah penyokong kuat datuk saudara saya Tun Abdul
Ghafar Baba yang ketika itu dicabar oleh Datuk Seri Anwar. Tun Ghafar
memberitahu saya bahawa saudara berjanji akan menyelamatkan beliau.
Janji saudara kami tunggu. Akhirnya janji itu dikotakan oleh saudara
dengan membuat kenyataan yang memilukan Tun Ghafar di Kuala Terengganu –
Don’t overstay your welcome". Tun Ghafar nyata kecewa dan meletakkan
semua jawatan dalam parti dan kerajaan. Beliau telah ditipu oleh
saudara.. Dalam masa yang sama beliau mendendami Datuk Seri Anwar
sehingga kini. Dendambya bukan kepalang.Jika pertimbangan keluarga
diambil kira, saya sepatutnya memilih untuk bersama saudara dan Tun
Ghafar membelasah Datuk Seri Anwar. Memang sukar bagi saya untuk berlain
arah apatah lagi bertentang dan berbeza pendapat dengan Tun Ghafar –
tokoh yang cukup saya hormati suatu ketika dahulu. Saya berharap Tun
Ghafar tidak terperanjat dengan keputusan saya ini, sebagaimana saya
tidak terperanjat bagaimana beliau boleh bersama Tan Sri Abdul Tamby
Chik ke sana sini sekarang ini. Saya tidak boleh
bersekongkol mengizinkan dendam kesumat Tun Ghafar etrhadap Datuk Seri
Anwar mengatasi batasan keebnaran. Setelah meneliti sekian lama
ALHAMDULILLAH di saat genting begini ALLAH bukakan pintu hati saya
untuk membuat keputusan mempertahankan kebenaran yang ada pada Datuk
Seri Anwar. Kebenaran tetap benar. Nyatakanlah kebenaran yang baru mula
bertapak walaupun pembohongan sudah melata ke seluruh dunia.Bagi saya,
saya sememangnya mengelak untuk mencerna, apalagi mengaibkan Tun Ghafar
kerana mencerna dan mengaibkan beliau bererti menzalimi diri saya
sendiri. Saya yakin saya tidak mencerca dan mengaibkan beliau dalam
surat ini kerana apa yang saya sebutkan adalah peristiwa benar
yang telah menimpa beliau.