Subject:      Kenapa takut? (bhg 1)
From:         Anonymous <nobody@replay.com>
Date:         1998/10/19
Message-ID:   <199810190358.FAA31895@replay.com>
Newsgroups:   soc.culture.malaysia 
[More Headers]

Article segment 1 of 3 - Get Next Segment - Get All 3 Segments

KENAPA TAKUT ?

Daripada: http://www.geocities.com/Pentagon/Bunker/1711/kenapa.html

Saya bukanlah ahli politik atau pakar dalam politik. Saya juga bukan
penulis politik atau pakar menulis. Saya hanyalah rakyat biasa yang
perihatin mengikuti perkembangan kes Dato' Sri Anwar Ibrahim dengan
teliti.
Apa yang saya tuliskan ini hanyalah pengamatan saya tentang
kejadian-kejadian rekaan malah palsu dari pemerintah. Saya dapat melihat
bahawa mereka-mereka ini kini berada dalam KETAKUTAN yang nyata. Saya
catatkan apakah KETAKUTAN-KETAKUTAN yang telah melanda mereka semua
untuk
difikirkan bersama.

1. Mengapa Mahathir TAKUT pada DS Anwar Ibrahim untuk dia terus berada
dalam kabinet sehingga terpaksa memecat beliau dengan alasan kononnya
tidak
bermoral. Apakah menteri-menteri lain cukup bermoral? Lihat sahajalah
kes
Rahim TC, kes Mohamad Taib, Najib, Isa dsbnya.

2. Mengapa Mahathir TAKUT dan dengan tiba-tiba sahaja bergegas pulang ke
kampungnya (Kubang Pasu) untuk bertemu rakyat pada 2/10/98. Kenapa Kedah
sahaja dan kenapa tidak kesemua negeri? Mengapa tidak PM lakukan semasa
beliau menjelajah Malaysia semasa memberi keterangan masaalah ekonomi
negara tempuhari?

3. Mungkin Mahathir dah TAKUT sekarang ni kerana agenda 'Sepetang
bersama
Perdana Menteri' di Jitra cuma dihadiri kira-kira 2000 orang (yang
terpaksa
datang) sahaja. Mahathir tahu yang dia kini sudah kehilangan sokongan.
Oleh
itu Mahathir tidak pergi kesemua negeri kerana takut-takut dinegeri lain
pun akan dia akan hilang sokongan juga.

4. Mengapa Mahathir TAKUT untuk melantik TPM sekarang ni. Bukankah kuasa
mutlak ditangan PM. Bukankah sekarang ni ada 2 naib presiden?
(sebenarnya
ada 3 orang. Satu tu dah tak 'minat' dah sebab sibuk mengira duit yang
berjuta-juta tu) Apakah Mahathir takut nanti UMNO akan berpecah lebih
teruk
lagi? sampai 3 atau 4 kem atau Mahathir dah tak percaya lagi dengan
naib-naibnya. Atau pun Mahathir mungkin ada calonnya sendiri yang hendak
dia ketengahkan semasa perhimpunan UMNO tahun depan. Mahathir memang
susah
nak diagak tetapi semua ini mesti bertujuan untuk kesenangannya,
kesenangan
anak-bininya dan kesenangan kroni-kroninya. (Yang ni memang senang nak
agak)

5. Mengapa Mahathir TAKUT untuk mengadakan pilihanraya umum sekarang
juga
bagi memastikan benar-benar sokongan padu rakyat kepadanya. Tetapi PM
berdalih katanya sekarang ni dia nak tumpukan pada pemulihan ekonomi.
(yang
sebenarnya Mahathir tahu jika diadakan pilihanraya sekarang ni sudah
tentu
beliau akan kalah terok! Sebab itu dia tak berani) Kalaulah dibuat
pilihanraya dan ditakdirkan Mahathir kalah. Tak kanlah penggantinya tak
mampu dan tak bijak untuk memulihkan ekonomi? Mahathir beranggapan
bahawa
orang lain tak boleh pulihkan ekonomi. Semua orang lain tak boleh pakai.
Hanya dia sahaja yang boleh buat apa saja. Mahathir cakap besar!

6. Tak TAKUT kah Mahathir. Sekarang ni sekiranya berlaku apa-apa kepada
negara, ekonomi tak pulih-pulih juga, barang-barang keperluan semakin
naik
harga, ramai kena berhenti kerja, ..... aaaaaa..... pada masa tu tiada
siapa lagi yang boleh dipersalahkan kecuali Mahathir seorang sahaja.
Sebabnya dia PM, dia juga TPM, menteri kewangan, menteri dalam negeri,
malah semua jawatan menteri. Negara kita tanggungjawab Mahathir
seorangsahaja.

7. Mengapa Mahathir TAKUT untuk melawat Indonesia pada bulan hadapan
untuk
berucap diforum tu. Adakah kerana merajuk disebabkan presiden Habibi
tidak
datang ke Malaysia. Atau mungkinkah sebenarnya TAKUT pada rakyat
Indonesia
yang mungkin akan mengadakan demonstrasi bagi pehak penyokong REFORMASI.
Atau mungkin mereka akan berdemo disebabkan Mahathir dah hantar mereka
pulang beramai-ramai dahulu? Manalah tahu, mungkin kena baling batu ke
atau
kayu. Manalah tahu.

Article segment 1 of 3 - Get Next Segment - Get All 3 Segments


Subject:      Kenapa takut? (bhg 1)
From:         Anonymous <nobody@replay.com>
Date:         1998/10/19
Message-ID:   <199810190358.FAA31895@replay.com>
Newsgroups:   soc.culture.malaysia 

Article segment 2 of 3 - Get Previous / Next Segment - Get All 3 Segments

8. Mengapa TAKUT pada penyokong REFORMASI sedangkan penyokong REFORMASI
selama ini tidak merusuh dan tidak ganas sehingga FRU bekerja 'keras'
(ganas, sepak-terajang, maki-hamun, dsb pada orang awam). Kejadian pecah
galeri UMNO pada 20/9/98 itu sebenarnya adalah dari dalang-dalang upahan
kerajaan semata-mata untuk menunjukkan bahawa penyokong REFORMASI ini
perusuh dan pengganas.

9. Mengapa TAKUT pada penyokong REFORMASI, sehingga untuk menyuraikan
mereka, FRU menggunakan belantan, gas pemedih mata, meriam air, dsbnya..
sedangkan penyokong REFORMASI cuma bawa sepanduk, gambar DS Anwar
Ibrahim
serta suara-suara dari mulut mereka (yang mengidamkan keadilan). Tak ada
satu senjata merbahaya pun.

10. Mengapa TAKUT jikalau pelajar-pelajar, pekerja sektor kerajaan dan
ahli-ahli UMNO sendiri menyertai REFORMASI sehingga masing-masing
sibuk nak
mengugut. MB Selangor, Abu Hassan Omar mengugut untuk menarik balik
biasiswa sekiranya ada pelajar menyertai REFORMASI. KSN sibuk ugut
pekerja
kerajaan supaya jangan menyertai REFORMASI. Jika tidak, tindakan akan
diambil. Datuk Najib sibuk suruh Naib Canselor jaga anak buahnya di
universiti supaya jangan sertai REFORMASI. Apaaa ni? Semuanya nak
mengugut.
Kalau macam ni betullah pepatah ada mengatakan 'Bapa borek anak rintik'.
Budaya mengugut ni agaknya dah biasa dalam politik Mahathir. Kalau
Mahathir
tak buat tak kan anak buahnya semuanya terdiri dari 'spesis' yang nak
mengugut juga. Jadi nampak sangatlah budaya ugut memang berlaku sekarang
ni. Lihatlah..... polis asyik mengugut aje. Tidak hairanlah kalau Dr.
Munawar dan Sukma diugut. Hakim diugut. Peguambela Anuar diugut. Dr. Wan
Azizah diugut. Saya pun tak tahu berapa ramai lagi yang kena ugut.

11. Mengapa Mahathir, menteri-menteri, polis dan semua konco-konco
Mahathir
TAKUT pada perhimpunan. Mengapa selalu menganggap perhimpunan ini
semuanya
negatif? Apakah perhimpunan bagi meminta keadilan itu dianggap negatif?
Apakah rakyat pernah membuat perhimpunan sebelum ini? Mengapa agaknya
rakyat membuat perhimpunan? Ia adalah kerana rakyat meminta keadilan!
Saluran-saluran demokrasi yang dikatakan boleh rakyat bersuara
sebenarnya
tidak ada. Menteri-menteri, wakil-wakil rakyat tidak menyampaikan suara
rakyat yang sebenarnya. Parlimen cuma dimonopolikan oleh mereka-mereka
yang
rakus kuasa dan duit. Cadangan parti pembangkang hanya diketawakan
sahaja
(cadangan PAS membawa Akta Hudud dan Murtad) Rakyat sebenarnya selama
ini
tidak boleh bersuara. Fikirlah, jika kerajaan adil, rakyat tak akan buat
perhimpunan sepertimana yang ada sekarang.

12. Mengapa ulama-ulama UMNO seperti Dr. Abd Hamid, Dr Yusof Nor, Wan
Mokhtar TAKUT untuk menyatakan yang benar. Mereka ini sepatutnya tidak
TAKUT untuk menasihati Mahathir bahawa menuduh orang liwat dan memfitnah
itu salah dari sisi agama tanpa saksi-saksi yang sah. Tak kan pak
menteri
ni tak tahu fasal hukum agama. Bukankah semua mereka mempunyai kelulusan
tinggi dalam bidang agama. Bukan apa mereka-mereka ni TAKUT nanti kena
tengking oleh Mahathir. Ingatlah wahai 'ulama'. Orang yang tahu
hukum-hakam
agama dan berilmu tetapi tidak mempraktiskannya atau mengamalkannya akan
diseksa oleh Allah lebih teruk daripada orang yang tidak ada ilmu.

13. Mengapa JAKIM, Pusat Islam dan mufti-mufti kerajaan TAKUT untuk buka
mulut sekarang ni. Apa pendapat mereka, kalau tuduh orang liwat tanpa
mengikut lunas-lunas agama Islam. Semuanya macam kerbau kena cucuk
hidung.
Nak jaga periuk nasi sendiri ke?

Article segment 2 of 3 - Get Previous / Next Segment - Get All 3 Segments



Subject:      Kenapa takut? (bhg. 2)
From:         Anonymous <nobody@replay.com>
Date:         1998/10/19
Message-ID:   <199810190409.GAA32614@replay.com>
Newsgroups:   soc.culture.malaysia 
[More Headers]

Article segment 1 of 4 - Get Next Segment - Get All 4 Segments

21. Mengapa TAKUT untuk hadapkan DS ANWAR IBRAHIM ke mahkamah pada
masa tu
dengan segera sedangkan Mahathir kata bukti dah cukup dan dah melambak.
Sebaliknya DS ANWAR IBRAHIM menunggu begitu lama dan tertanya-tanya
mengenai tuduhan resminya. Mahathir saja tunggu supaya DS ANWAR IBRAHIM
boleh ditangkap dibawah ISA. Taktik kotor Mahathir memang boleh kita
baca.

22. Mengapa TAKUT pada DS ANWAR IBRAHIM sehingga untuk menangkapnya
terpaksa menggunakan kaedah ala-gerila samseng (ganas, pecah pintu, bawa
buluh runcing, pakai tutup muka, dsb). Lim Kit Siang bila tanya Mahathir
dalam parlimen pun tak boleh nak jawab. DS ANWAR IBRAHIM dan
penyokongnya
pada masa tu bukannya pengganas. Saya dimaklumkan bahawa orang-orang di
Johor dapat melihat berita dari TV Singapura yang merakamkan suasana
ganas
tersebut.

23. Mengapa TAKUT untuk menahan DS ANWAR IBRAHIM sahaja didalam tahanan,
tanpa dibelasah dan ditumbuk pada matanya. Beliau tidak pernah
membelasah
atau menumbuk mana-mana polis. Tak kanlah bekas TPM diberi layanan
macamanjing.

24. Mengapa TAKUT apabila diminta untuk menubuhkan satu suruhanjaya
bebas
bagi menyiasat dakwaan DS ANWAR IBRAHIM bahawa beliau telah dibelasah
oleh
Polis. Sebaliknya polis melantik pehak polis sendiri untuk menyiasat
polis.
Mana adilnya? Mana logiknya? Yang hairannya......... masih lagi tak
habis
menyiasat. Katakanlah hasil siasatan itu mendapati polis memang
bersalah,
sudah tentu imej polis akan buruk. Macam kat Kelantan tu. Polis tembak
pegawai BPR. Sudah tentu juga polis yang menyiasat tu mungkin akan kena
buang atau kena tindakan atau ugut. Sebaliknya sekiranya hasil siasatan
mendapati Anwar mencederakan dirinya sendiri dan bukan polis yang buat,
sudah tentu rakyat tidak akan percaya. Orang ramai akan terus memberi
sokongan padu pada DA ANWAR IBRAHIM. Perhimpunan demi perhimpunan akan
diadakan. Kita tunggulah hasil siasatan tersebut.

25. Mengapa TAKUT DS ANWAR IBRAHIM menang dalam perbicaraannya nanti
sehingga peguambelanya disoal-siasat. Bukankah telah dijanjikan bahawa
DS
ANWAR IBRAHIM akan dibicarakan secara adil. Jadi biarlah peguambelanya
menyusun strategi mereka. Mengapa perlu disoal-siasat mereka. Mengapa
perlu
ditakut-takutkan mereka.

26. Mengapa TAKUT untuk menunjukkan muka Sukma apabila beliau keluar
dari
mahkamah tempuhari semasa membuat 'pengakuan diliwat' bersama-sama Dr.
Munawar. Mengapa tak tutup muka Dr. Munawar juga. Mungkinkah Sukma telah
dibelasah atau ditumbuk juga bagi membuat pengakuan?

27. Mengapa TAKUT dan melenting apabila ada kritikan-kritikan dari luar
negara. Sedangkan Malaysia sendiri juga pernah mengkritik negara-negara
luar dengan lantang. Semua orang tahu. Seperti baru-baru ni Mahathir
membidas tindakan Amerika mengebom Afgan dan Sudan sebagai satu tindakan
yang BACUL. Mungkin negara luar kata pulak tindakan Mahathir memecat DS
ANWAR IBRAHIM dengan rasionalnya yang tidak menasabah adalah satu
tindakan
yang BACUL juga.

28. Mengapa TAKUT pada lapuran media asing yang kononnya melapurkan
berita
yang tidak benar dan berat sebelah. Cuba selidik sikit, apakah media
tempatan tidak berat sebelah yang hanya melapurkan berita untuk
kepentingan
pehak kerajaan sahaja.

29. Mengapa media tempatan TAKUT untuk menyiarkan afidavit Dato Nalla
bagi
menafikan afidavit polis. Mengapa? Mengapa? Kerana afidavit yang
dikemukakan oleh Ketua Peguam Negara itu adalah dengan mendapatkan tanda
tangan Dato Nalla secara paksa dan Dato Nalla sendiri tidak tahu apa isi
kandungannya. Lihat! Awal-awal lagi polis telah menipu!

Article segment 1 of 4 - Get Next Segment - Get All 4 Segments

Subject:      Kenapa takut? (bhg. 2)
From:         Anonymous <nobody@replay.com>
Date:         1998/10/19
Message-ID:   <199810190409.GAA32614@replay.com>
Newsgroups:   soc.culture.malaysia 

Article segment 2 of 4 - Get Previous / Next Segment - Get All 4 Segments

30. Mengapa TAKUT lagi yang rakyat tak faham mengenai kes pemecatan DS
ANWAR IBRAHIM sehingga terpaksa mengedarkan pita video ucapan Mahathir
kepada orang ramai di Pulau Pinang. Pelik betul? Dah guna TV, dah guna
akhbar, dah buat sesi penerangan pada semua ceruk tempat, dah kerah MB
untuk buat penerangan (sampai MB Kedah sanggup menipu untuk membuat
penjelasan) masih tak cukup lagi? Mengapa bersusah payah untuk terbitkan
ucapan itu dalam video? Mengapa tak siarkan sahaja ucapan itu secara
langsung supaya semua rakyat tahu? Mengapa mesti nak membazir untuk
mengeluarkan pita video itu. Saya rasa bukan apa, kalau ucapan itu
disiarkan secara langsung, sudah tentu semua rakyat lagi tidak percaya
dan
dah tak suka tonton cerita jijik Mahathir.

31. Mengapa TAKUT pada lapuran-lapuran.yang dibuat oleh Dr. Rahim Ghouse
dan Ezam, dari luar negeri. Nampak marah bukan main. Mengata mereka
bacul
dsb. Selalunya bila marah tu bermakna memang betullah apa yang mereka
kata.
Kalau tak ada angin masakan pokok bergoyang. Mereka ini berundur bagi
menyusun strategi. Dalam peperangan, berundur tidak semestinya kalah.
Berundur untuk menyusun strategi sebelum menyerang kembali. Biasanya
serangan selepas berundur ini selalunya membawa kemenangan. Alaa..
senang
aje...! Geng-geng konspirasi tu rekalah satu tuduhan atau fitnah baru
untuk
mereka. Beritahu media asing atau negara berkenaan bahawa mereka tu
sakit
jiwa ke, atau baru keluar dari hospital permai ke , atau ada penyakit
berjangkit ke....... ah! boleh buatlah. Tak kan pada DS ANWAR IBRAHIM
boleh
buat pada mereka ni tak boleh.

32. Mengapa KPN Rahim Noor TAKUT untuk membuat sebarang sidang akhbar
kini,
selepas sidang akhbarnya yang terakhir sekali yang celupar dan
'emotional'
apabila di 'cucuk' sikit oleh pemberita luar negeri. Sayang sungguh,
Mahathir mempunyai KPN yang tidak profesional. Setengah orang kata KPN
dah
lumpuh. Saya rasa PM dah tak bagi lagi dia buka mulut. Takut tersilap
celupar lagi.

33. Mengapa Ali Rostam TAKUT pada pemandu-pemandu teksi sehingga
melarang
mereka untuk bercerita kes DS ANWAR IBRAHIM kepada para penumpang. Apa
salahnya Datuk.......! Kalau mereka tak bercakap semasa memandu, takut
pula
pemandu-pemandu ni mengantok. Karang accident pulak!

34. Mengapa Hishamuddin dan Anuar Musa TAKUT dan 'kecut' untuk buka
mulut
semasa DS ANWAR IBRAHIM masih lagi didalam kabinet. Sekarang ni bila DS
ANWAR IBRAHIM dah dipecat, wahhhhh...... bukan main lagi mereka berdua
ni
nak tunjuk belang.

35. Mengapa Hishammudin TAKUT bila melihat gambar-gambarnya terpampang
dalam internet tengah menonggeng air-kencing syaitan. Kerana orang ramai
sudah tahu siapa Hishammudin Hussien Onn yang sebenarnya. (Betapa
sedihnya
roh ayahmu) Tak kanlah nak menafikannya lagi. Gambar-gambar tu tak
menipu.
Orang yang didalam gambar tu yang sebenarnya berbohong dan menipu.

36. Mengapa Ibrahim Ali TAKUT untuk menyokong DS ANWAR IBRAHIM
sepertimana
yang telah dilafazkan oleh nya iaitu beliau akan menyokong DS ANWAR
IBRAHIM
sekiranya DS ANWAR IBRAHIM berani bersumpah dengan ALLAH. Sekarang ni DS
ANWAR IBRAHIM telah bersumpah sebanyak 2 kali dah. Ibrahim masih
mendiamkan
diri. Nak bersumpah macam mana lagi Ibrahim?

37. Mengapa ahli MT UMNO/menteri TAKUT untuk ingatkan Mahathir tentang
kata-kata hikmah beliau iaitu 'innocent until proven guilty' yang
digunapakai pada Rahim Tamby dan Muhamad Taib tetapi tidak pula
digunapakai
pada DS ANWAR IBRAHIM. Cakap Tara Serupa Bikin!

38. Mengapa Zahid dengan tiba-tiba berubah dan TAKUT untuk menyatakan
pendiriannya yang sebenar. Sejak keluar dari ISA Zahid telah bertukar
haluan 360 darjah. Malah sanggup pula untuk membantu bagi memberi
penerangan.... Mengapa ni Zahid? Apa habuan yang telah dijanjikan untuk
kau? Cerita mengenai 'anu' kau dijentik adalah sangat memilukan.

Article segment 2 of 4 - Get Previous / Next Segment - Get All 4 Segments