Subject:      Jenayah dan Dosa Mahathir: satu pendedahan
From:         "Republican" <reformasi@malaysia.com>
Date:         1998/10/07
Message-ID:   <6vfoiq$2hm$1@newnews.global.net.uk>
Newsgroups:   soc.culture.malaysia 

Article segment 7 of 7 - Get Previous Segment - Get All 7 Segments

1. Jangan menyokong Mahathir
2. Berikan sokongan kepada Kebenaran dan Keadilan
3. Membantu Sdr. Anwar dan tahanan ISA yang lain serta keluarga mereka
4. Bersatu menjatuhkan Mahathir melalui Reformasi dan GERAK

C. Apakah Tindakan kita

    Sebarkan rencana ini. Membantu mengedar risalah dan tape reformasi agar
    semua rakyat mendapat maklumat secukupnya.

    Menulis surat dan memorandum kepada wakil rakyat dan Ahli Parlimen
tempatan
    untuk menyokong Reformasi.

    Meminta pertubuhan tempatan membantah tindakan Mahathir dan menulis
surat
    menentang penangkapan di bawah ISA dan menyokong Reformasi.

    Berkumpul apabila diminta oleh kumpulan REFORMASI dan GERAK.

    Menziarahi mereka yang ditahan. Memberi nama dan alamat keluarga mereka
yang
    ditahan atau cedra kepada pertubuhan yang menyokong Reformasi dan GERAK.

    Bagi ahli UMNO, nyatakan pendirian kepada Ketua Cawangan dan Bahagian.

    Bagi Pemuda UMNO, buktikan Pemuda harapan Agama, Bangsa dan Negara.

    Membuat Solat hajat dan bacaan Yasin. Lakukan sekurang-kurangnya selepas
    Solat Jumaat dan Yassin pada malam Jummat. Berbincanglah kepada Imam di
    Masjid saudara. Bacaan khutbah Jumaat yang sesuai dengan perjuang juga
dapat
    membantu.

    Ambil maklumat dari pelbagai sumber termasuk sumber luar negara.
    Berkeyakinan dalam perjuangan kerana Mahathir bersama kroninya
menggunakan
    media dan agensi kerajaan yang kita membayar gaji mereka melalui cukai
    pendapatan untuk melemahkan serta menghancurkan agenda menegakkan
KEBENARAN
    dan KEADILAN melalui reformasi. Beristikhfar dan sentiasa merujuk kepada
Al
    Quran dan Sunnah serta perjuangan Rasulullah dan para sahabat jika
timbul
    keraguan.

    Bantulah keluarga mangsa ISA dengan menderma mengikut kemampuan.Terdapat
    badan yang bersama dengan REFORMASI dan GERAK ditempat saudara yang
boleh
    menguruskan kutipan derma ini. Dengan hanya satu ringgit ia memberi erti
    yang besar untuk menguruskan keluarga, anak-anak mangsa serta lain-lain
    tahanan yang dikenal pasti semasa perhimpunan..

    Doa khas untuk mereka yang dianiaya dan agar kemenangan di pihak Islam
    selepas Solat Isya+IBk- setiap malam.
    Takbir Allahuakbar dan berselawat selepas selesai Solat Isya+IBk- setiap
malam
    sebagai mengingati perjuangan belum berakhir. Bersalaman dengan semua
jamaah
    untuk mengiratkan lagi ukhuwah Islamiyah.
    Sentiasa berdoa agar kita umat Islam tidak dibutakan hati, sentiasa
diberi
    kesedaran, dikuatkan keimanan serta semangat Jihad dan agar kemenangan
dapat
    dicapai dengan segera.


D. Perkara yang jangan dilakukan

    Jangan menghalang polis atau pasukan keselamatan menjalankan tugas
kerana
    perbuatan sebegitu akan dijadikan alasan oleh Mahathir untuk bertindak
    dengan lebih zalim lantas melaksanakan undang-undang darurat.

    Jangan mengeluarkan kata-kata kesat, mencerca dan tidak sopan kepada
pihak
    pasukan keselamtan kerana perbuatan tersebut tidak mencerminkan konsep
    perjuangan REFORMASI.

    Jangan membuat ugutan berunsur keganasan kerana nanti lebih ramai
pejuang
    keadlian akan teraniaya. Gerakan REFORMASI dan GERAK akan dilabelkan
sebagai
    pengganas atau golongan ekstrimis atau fanatik.

    Jangan membantu Mahathir menganiaya rakyat lain. Jika hari ini kita
    bersubahat menganiaya orang, esok lusa mungkin dia menggunakan orang
lain
    untuk menganiayai kita atau keluarga kita.

    Jangan mempercayai bulat-bulat apa yang disogokkan oleh media kerana
kita
    tahu media tempatan telah dikuasai oleh kumpulan Mahathir.

    Jangan memecahkan rahsia REFORMASI kepada mereka daripada kaum yang
zalim.
    Rahsia REFORMASI adalah tanggungjawab kita.

Berkorbanlah, kerana Sdr. Anwar telah banyak berkorban untuk kita. Beliau
sudah
hilang segala-galanya untuk kita. Beliau boleh memilih kemewahan jika beliau
kehendaki tetapi beliau lebih sayangkan tanggungjawabnya kepada Agamanya,
Bangsanya dan Negaranya. Beliau pejuang kebenaran, keadilan dan sentiasa
istiqamah dalam perjuangan.

+ACI-Jika anda tidak melakukan tanggung-jawab anda+ADs- satu tahun, dua tahun atau
mungkin lima tahun lagi anda akan menangis menyesal dan berharap anda
berpeluang, diberi satu sahaja peluang untuk berada bersama menegakkan
keadilan
melalui reformasi ini.+ACI-