Tragedi


Bangunlah rakyat Malaysia! Bangkitlah wahai Ummat!

Petikan dari AFP 29 September 1998
Anwar was allowed to testify about his treatment at the Bukit Aman federal police headquarters. He has
lodged a formal complaint.


He said police beat him "severely, causing serious injuries" until he "virtually passed out until the next morning."

"I was blindfolded and handcuffed. The moment I arrived at the lock-up, they took off the blinds and the cuffs but a few minutes later they put it on again," he told the court.

"I was boxed very hard on my lower jaw and left eye. I was also boxed on the right of my head and they hit me on the left side of my neck very hard," Anwar said.

"I was then slapped very hard left and right until blood came out fron my nose and my lips cracked. Because of this, I could not see and walk properly."

He said he was moved to solitary confinement on the third day of his arrest and a doctor was only allowed to see him on the fifth day.

Satu Tragedi kepada Negara:

Datuk Seri Anwar dalam perjalanan pada sesi mahkamah 29 Sept. 1998


1 Pada 29 September 1998 di mahkamah sesyen terbongkarlah rahsia yang dipendamkan sejak hari Isnin yang lalu 21 September mengapa Sdr. Anwar tidak dibawa ke mahkamah pada hari tersebut untuk didakwa.

Mahathir dan Rahim Noor berbohong kepada rakyat, dengan mengada-adakan alasan palsu mengapa Sdr. Anwar tidak di bawa ke mahkamah pada 22 September 1998 dengan secara tidak langsung menjadi Perdana Menteri serba boleh dunia termasuk Pembelit Besar. Justeru itu berikut adalah sebab mengapa beliau tidak mendakwa Sdr. Anwar pada hari tersebut:

1.1 Ternyata Sdr. Anwar tidak dibawa kerana beliau tidak sedar diri setelah disiksa, dipukul, ditumbuk, disepak dan sebagainya sehingga timbul keresahan untuk dibawa ke mahkamah dalam keadaan tenat. Ini akan menyebabkan pihak polis lebih diragui. Mahathir membuat tomahan dan propagandanya dengan menyatakan kes ini tidak dibawa ke mahkamah kerana perhimpunan rakyat yang diistilahkan oleh Mahathir sebagai merusuh.

1.2 Terdapat maklumat dari Bukit Aman bahawa penyiksa Sdr. Anwar yang paling sadis adalah Mahathir dan Rahim Noor sendiri kerana mereka begitu marah dengan pesanan Sdr. Anwar sebelum ditangkap yang yang divideokan. Mereka berbuat demikian dengan penuh rasa busuk hati dan tidak mempedulikan nyawa Sdr. Anwar.

1.3 Persoalannya, mengapa beliau membawa Sdr. Anwar ke mahkamah pada 28 September 1998 sedangkan Sdr. Anwar masih belum sembuh sepenuhnya. Saya yakin Mahathir dan koncu-koncunya didesak oleh pihak tertentu agar menyelesaikan kes ini dengan secepat mungkin. Apakah YAM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong dan Raja-raja mendesak dengan begitu kuat? Raja-raja lebih sensitif akan rasa hati rakyat. Apakah pihak Angkatan Tentera Malaysia yang kita sanjungi datang membela kita dengan semangat keperwiraan mereka? Ternyata Mahathir didesak.

2 Pada 29 September 1998 juga di Dewan Rakyat, Mahathir memaklumkan bahawa beliau menahan Sdr. Anwar bawah ISA kerana beliau membuat andaian ucapan Sdr. Anwar di Masjid Negara boleh mempengaruhi rakyat agar merusuh. Beliau sendiri mengakui bahawa Sdr. Anwar tidak menyuruh rakyat merusuh tetapi ucapan Sdr. Anwar boleh disalah taksirkan sehingga mengakibatkan rusuhan.


2.1 Orang yang hidup dalam ketakutan sahaja yang membuat tafsiran yang bukan-bukan. Anwar kerap kali mengingati penyokongnya agar jangan merusuh dan membuat kacau-bilau kerana pihak Mahathir akan mengambil kesempatan seandainya berlaku kacau-bilau. Apa yang diberitakan, pecah masuk ke galeri UMNO adalah selepas penyokong Reformasi meninggalkan PWTC. Terdapat saksi yang melihat satu kumpulan lain yang masuk memecahkan gambar-gambar. Fikirlah secara logik, seandainya penyokong Anwar mengamuk dan merusuh di PWTC, hancur-leburlah peralatan di sana. Maka tidak masuk akal cuma beberapa gambar menjadi pilihan pemusnahan. Pihak UMNO tidak mahu kerugian besar, sebab itu kaki pukul orang UMNO Mahathir ini memusnahkan yang perlu saja.

2.2 Perarakan ke rumah Anwar disertai oleh polis berpakaian biasa. Mereka inilah yang merusuh dan membuat kacau dalam setiap perhimpunan termasuk di Sri Perdana. Cuba lihat gambar dalam Harakah, mereka memakai baju belang. Bilangan yang berbaju belang hampir sama ramai kerana mudah dikenali oleh FRU agar mereka tidak dibelantan atau dielektrikkan oleh cotar elektrik.
Mahathir dan Rahim Noorlah yang menjadi penganjur rusuhan dengan tujuan untuk menfitnah rakyat yang berkumpul secara aman. Apa punya pemimpin yang hatinya sebusuk ini sehingga sanggup menggunakan rakyat sebagai mangsa agar politik beliau yang menjunam ini dapat diselamatkan.


3 Di Dewan Rakyat pada 29 September, Mahathir dengan lesunya membuat tuduhan kepada Anwar tanpa mendapat sokongan reaksi atau memek muka sokongan kepada Mahathir. Ahli Dewan rakyat yang merupakan wakil kepada rakyat wajib, Wajib berperanan menjalankan tanggung-jawab masing-masing. Rakyat akan mendakwa dan Allah akan bertanya sama ada amanah rakyat ini dilaksanakan. Kebenaran akan terbukti bukan saja sewaktu pilihan raya nanti, malah yang sahnya, apabila mereka berhadapan dengan Allah, apa lagi alasan yang akan mereka bawa. Janganlah terpedaya dan takut kepada pemimpin yang bersifat munafik. Kembalilah kepada Al Quran dan Sunnah. Laksanaklah tanggung-jawab sebagai wakil kepada rakyat dan rakyat akan menghargainya.

Mahathir dalam ucapanya mengakui Anwar pemimpin pelajar secara tak langsung menerima kewibawaan Sdr. Anwar. Beliau berkata lagi bahawa Anwar petah berhujah dan bersyarah, maka ternyata Sdr. Anwar adalah seorang yang berani berkata-kata dan menyampaikan pendapatnya dengan baik.
Satu perkara yang Mahathir tidak terfikir untuk menyebut ialah Sdr. Anwar berkata dari suara hati, lahir dari lubuk hati dan beliau dapat rasa serta menghayati apa yang beliau katakan. Suara-suara hati inilah yang mampu mengetuk pintu hati para rakyat, menggerakan jiwa dan tulang empat kerat serta menghidupkan semangat juang yang membangunkan rakyat dari kealpaan tipu helah Mahathir.

Mahathir tidak akan berhenti dari sifat menipunya. Entah apa dalih yang yang akan diberikan bagi menjawab lebam dan tanda kecederaan pada tubuh Sdr. Anwar. Beliau yang terkenal dengan seribu alasan akan terus berhelah.