Make your own free website on Tripod.com

UMNOYOUTH@TM.NET.MY

Message 120

 

From:

lanun ala Mossad (REFORMASI)

To:

ALL

1 of 3

Posted:

10/10/98 8:32 AM

Reply to:

New Thread

Next

TV3 mengumumkan sebentar tadi melalui Buletin Utama Sabtu, 10/10/98 mengenai Sekretriat Sokongan Kempen kepada Malaysia yang dianjurkan oleh Pemuda UMNO setelah perhimpunan di Bukit Jalil dibatalkan. Mereka menyeru rakyat semua menyokong melalui e-mail yang baru di create di atas :-

umnoyouth@tm.net.my

Penyokong GERAK / REFOMASI semua diSERU untuk menghantar e-mail (biar JAM mailbox depa) ke alamat di atas dan menyatakan BANTAHAN (bukan sokongan) atas perkara-perkara berikut :-

1. Pemuda UMNO menghentikan kepura-puraan kononnya rejim mahathir masih lagi teguh dan mendapat sokongan mutlak rakyat.
2. Mahathir meletak jawatan SEGERA
3. IGP meletak jawatan SEGERA
4. Anwar dan semua tahanan ISA dibebaskan tanpa syarat
5. Menghentikan segala usaha "penyapuan" wang rakyat/orang kampung untuk tujuan menyelamat kroni Mahathir spt. RENONG RM 10.5 billion.
6. Semua "ulanyak" UMNO spt. hamid othman, yusop nor, wan mokhtar, zainal abidin, brahim ali, bertaubat dan menyesal kerana bersubahat dan merelakan fitnah ke atas DS Anwar oleh Mahathir.

E-mail SEKARNG JUGA !!!!!!

Reply

 

Forward

Top of Page

Message 121

Previous

From:

zamrii (ZAMRII)

To:

ALL

2 of 3

Posted:

10/10/98 10:38 AM

Reply to:

120

Next

As/kum,
Saya dah hantar dah e-mail saya tadi. Ini kandungan warkah saya kepada Hishammudin anak Tun Hussien Onn:

As/kum,
Buat saudaraku Hisshammudin bin Tun Hussien Onn. Ketahuilah bahawa rakyat jelata tidak lagi bersama pimpinan yang ada sekarang ini. Buat pengetahuan anda, seluruh kaum keluarga saya iaitu adik-adik, abang, kedua orang tua, isteri, keluarga sebelah isteri, jiran-jiran dan rakan taulan semuanya tidak menyokong tindakan Dr Mahathir. Ini adalah kenyataan dan ini adalah benar. Percaya atau tidak? Cubalah tinjau secara aman pendapat rakyat jelata di bandar-bandar mahupun dikampung-kampung yang tidak mempunyai apa-apa kepentingan jawatan dalam kerajaan. Kami semua mahukan supaya Dr Mahathir berundur. Cukuplah... sudah tiba masanya beliau berundur. Berundurlah secara terhormat sementara masa masih ada. 17 tahun adalah jangkamasa yang cukup lama buat beliau. Fahamilah perkara ini. Terimalah kenyataan walaupun ianya pahit wahai Hishammudin Tun Hussien Onn.

Wassalam.
dari rakyat untuk rakyat

Reply

 

Forward

Top of Page

Message 128

Previous

From:

gerko (SAMSURI1)

To:

zamrii (ZAMRII) UNREAD

3 of 3

Posted:

10/10/98 11:30 AM

Reply to:

121

 

tinjauan rambang dikampung-kampung, ahli-ahlimasjid, yang tua, yang muda, sangat kecil bilangan, yang tidak menyokong reformasi. mereka mahu ditegakkan keadilan dan kebenaran.
malah, kanak-kanak juga sudah bisa menyebut reformasi.

Reply

 

Forward