Temuramah dengan Saifuddin Nasution
OLEH SITI MARIAM MD.ZAIN (Petikan majalah MASSA)
SETIAUSAHA Pergerakan Pemuda UMNO, Saifuddin Nasution tidak berselindung mengatakan
beliau merupakan salah seorang penyokong kuat Anwar. Sifatnya itu jelas dilihat apabila beliau sering berada dirumah
bekas Timbalan Perdana Menteri itu selain merupakan antara orang terpenting ke arah menggerakkan reformasi menegakkan
keadilan yang dianjurkan oleh Anwar. MASSA setempat menemu bual beliau untuk mendalami hati dan perasaannya mengapa
beliau sanggup mengetepikan kepentingan parti semata-mata berjuang ke arah sesuatu yang belum tentu kepastiannya
lagi. Berikut antara sedutan temu bual tersebut yang diadakan sejurus berakhirnya mesyuarat Exco Pemuda UMNO yang
berlansung di Ibu Pejabat UMNO pada 10 September lalu:
Dalam keadaan di mana seseorang menuduh seseorang Muslim yang lain melakukan zina, dalam kes ini mereka mengatakan
mempunyai bukti-bukti yang kukuh tetapi tidak mengemukakan bukti-bukti itu kepada ahli. Bukti-bukti itu didapati
hasil temu bual saksi-saksi yang dibawa berjumpa. Berdas pada itu sahaja hukuman dijatuhkan kepada Anwar. Hukuman
dunia pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Timbalan Perdana Menteri (TPM) , Menteri Kewangan dan dalam UMNO
sebagai Timbalan Presiden bahkan keahliannya. Hukuman dunia ini telah mengaibkan seorang Muslim yang belum didapati
bersalah. Maknanya keputusan bersalah itu telah dijatuhkan sebelum diadili oleh sebuah institusi pengadilan melalui
proses perundangan. Maknanya di sini, proses perundangan itu mesti ada siasatan, mesti ada pembelaan, mesti ada
penghujahan kemudian hakim membuat keputusan.
Sampai sekarang rakyat masih tertanya-tanya apakah sebenarnya yang berlaku? Melainkan kaitan yang mengaitkan Anwar
dengan amalan iaitu tiga perkara: menerima RM 60 juta pengkhianat negara dan perlakuan seks yang rendah. Jadi soal
tuduhan seks itu yang saya kaitkan dengan ' qazaf ' - menuduh seseorang Muslim yang baik melakukan zina. Mengikut
Islam, orang yang menuduh berkewajipan mengemukakan saksi-saksi. Saksi-saksi itu pula saksi yang adil, tidak fasik-
kalau bercakap tidak bebohong, kalau berjanji tidak mungkir dan selagi dia tidak terlibat dengan dosa besar. Beban
mengemukakan bukti cukup berat dalam undang-undang Islam. Tanggungjawab mengemukan bukti itu cukup besar. Kalau
seseorang yang menuduh gagal mengemukakan bukti mengikut pertuduhan, dia itu hendaklah disebut 80 kali. Ulama tidak
ada perbezaan (percanggahan) pendapat tentnag perkara ini.
Jadi begitulah dalam soal ini. Dalam bab ini kita kena tengok dari segi agama dan segi politik. Saya berpendapat
kepentingan agama itu mestilah melampaui kepentingan politik. Apa dia kepentingan politik? Kepentingan politik
ialah perpaduan parti kita kena juga, pilihan raya kita kena pastikan menang, keputusan parti membuang pemimpin
begini, mistilah kita hormati, itu pertimbangan (kepentinagan) politik. Pada saya apabila wujud pertembungan politik
dengan kepentingan agama, dalam isu ini saya melihat kepentingan agama wajib didahulukan. Sebab saya melihat perlembagaan
UMNO pun menyebut tujuan UMNO diwujudkan ialah menegak, mengembang dan mempertahankan Islam. Itu fasal 3 perkara
3 perlembagaan UMNO.
Apa kaitan UMNO parti politik dan Islam. Tujuannya ialah menegak, mengembang dan menpertahankan Islam. Ertinya
yang saya faham ialah seluruh perjalanan politik UMNO mestilah ditundukkan dengan agama iaitu islam. Sebab itu
dalam kes ini apabila wujud masalah yang sebegini besar, melibatkan personaliti yang besar dan hebat, saya fikir
tanggungjawab berlaku adil itu juga besar. Keadilan ini jangan diukur dari segi kepentingan parti sahaja tetapi
harus dilihat dari segi kepentingan ummah, kepentingan agama. Sebab itu saya mengemukakan hujah menuduh seseorang
Muslim yang baik melakukan zina (afidavit) adalah tidak adil. Sehingga sekarang orang tidak tahu kedudukannya.
Polis masih menyiasat sementara polis meneruskan penyiasatan, kita telah menghukum. Bagaiman kita hendak menyakinkan
masyarakat? Jesteru prinsip sekarang yang dikhuatirkan ialah kalaulah keadilan tidak dapat ditegakkan ke atas seorang
penjawat jawatan penting dalam kerajaan, nombor dua dalam negara, apa jaminan keadilan yang boleh ditegakkan kepada
rakyat jelata?
Afidavit itu kekal sebagai dokumen penghujahan di mahkamah. Untuk peguam bela dan pendakwa berhujah. Tapi apa muslihat
disebalik semua media dikerah menulis perkataan demi perkataan, adakah meminta rakyat jelata mengendalinya, adakah
meminta akhbar mengendalinya sendiri? Sejak bila kita meletakkan institusi pengadilan kita kepad media? Kalau telah
melalui faktor keadilan (tadi) dan didapati Anwar bersalah, dia merayu kemudiannya, ditolak dan mahkamah memutuskan,
kita terima. Tetapi saya fikir kekuatan dalam isu ini, isu hukuman ke atas Anwar, kekuatannya ialah kepada jawatan
PM itu sendiri bukan Mahathir bin Mohamad.
Ada beberapa pemerhatian menarik yany saya buat. Kebetulan 3 September kita
media memainkan isu ini jatuh pada hari Jumaat. Pada hari itu semua akhbar tempatan berbahasa apa pun melapurkan
tentang kesalahan-kesalahan Anwar berdasarkan afidavit yang difailkan. Maknaya begitu sekali kesungguhan untuk
menyakinkan orang ramai supaya percaya. Kita tengok dalam masyarakat kita, isu moral, orang paling sensitif dengan
isu ini adalah orang-orang agama. Orang yang mendampingi masjid, orang ulama. Kalau mereka itu percaya, mereka
inilah yang akan menolak Anwar dari awal lagi.
Saya perhatikan ketika dia turun ke Masjid Damansara, saya bayangkan orang akan tolak dia atau orang tidak akan
bersalam dan orang tidak akan berdamping dengan dia. Apa perlu mendampingi pemimpin yang sejelik, yang sejijik,
yang seburuk itu akhlaknya? Hakikatnya dia berada dalam masjid rumah Allah itu, bila imam bagi salam dan baca doa,
jemaah tak bangun, jemaah serbu, peluk dan menangis serta minta Anwar berucap lima minit.
Macam, mana awak nak terangkan keadaan ini, orang masjid tidak tolak dia. Kalau mereka percaya mereka inilah orang
pertama yang akan nyahkan dia. Tetapi kita tidak lihat keadaan itu berlaku. Saya tengok sendiri keadaan itu. Ulama-ulama
seluruh dunia menghubungi dia. Saya dari hari pertama saya mengaku saya berada dengan dia, tidur di rumah dia ,
solat Subuh bersama dia, tazkirah subuh bersama dia, solat Maghrib bersama dia, tazkirah Maghrib bersama dia.
Saya mengaku, saya muncul di pentas dia. Pada waktu itu saya sudah tidak fikir jawatan saya penting. Saya fikir
saya diasuh untuk berani berkata benar. Saya tidak pandang hukuman itu dijatuhkan oleh siapa. Saya tidak akan semata-mata
kerana periuk nasi atau jawatan atau populariti saya atau kemegahan pangkat saya, saya harus pejam mata kerana
isu ini. Ini soal kemanusiaan, soal keadilan, soal saya bimbangkan kalau keadilan tidak diberi kepada dia, rakyat
terbanyak apatah lagi. Penerimaan orang agama, merupakan sokongan simbolik, tali petunjuk sama ada orang boleh
menerima atau tidak pendedahan keaiban dia. Anwar tidak diberi peluang untuk menjawab.
Pada masa yang sama saya tengok pemimpin-pemimpin negara menyangkalnya, kecualilah mereka melihat kepentingan perut
dan pangkat mengatasi segala-galanya.Mereka akan membelakangkan kepentingan agama, kecualilah mereka hendak menjaga
yang itu.Mereka akan pejam mata terhadap perkara yang sebenarnya. Cukup mudah untuk menjatuhkan Islam.
Saya tidak pernah menerima didikan ABIM, sebaliknya saya dididik dalam gerakan organisasi ini oleh Pas. Sepanjang
empat tahun saya belajar dan saya pegang jawatan presiden program (pertubuhan) pelajar dan sebagainya. Saya lebih
cenderung dengan idealisme ini. Kemudian apabila saya habis belajar dan saya mendampingi masyarakat saya tengok
rupanya platform UMNO lebih menyakinkan. Saya terima keadaan ini. Dia (Anwar) lebih dikenali sebagai aktivis ABIM
tetapi bila dia berada dalam UMNO saya melihat kekuatannya adalah pada kekuatan idealisme dia. Yang paling ketara
saya melihat,dia lebih mendalam dan memahami masalah rakyat bawahan. Hampir 17 tahun dia di dalam kerajaan,saya
dapati isu-isu dia adalah isu perumahan rakyat, isu pembasmian kemiskinan,isu pembangunan prasarana pembangunan
luar bandar, isu pembentukan masyarakat madani.
Latar belakang exco pelbagai, ada anak PM,ada anak bekas PM,ada anak bekas wakil rakyat, ada anak pemandu bas macam
saya, ada anak ustaz macam Zahid. Latar belakang kita mempengaruhi cara kita bertindak, sebab itu saya paling dekat
dengan isu-isu yang berkaitan dengan penanam padi dan penoreh getah, sebab itu dunia saya. Hendak dengar anak PM
dan bekas PM bercakap soal kemiskinan, mereka tidak akan ada penghayatan,sebab tidak pernah melalui kepayahan.
Mereka boleh bercakap tetapi tawar.
Saya berkata demikian tanpa niat mempertikaikan kehebatan dan kejaguhan PM menerajui negara. Dia telah membuat
banyak kebaikan negara. Di sebalik kehebatan itu, saya berpendapat masih ada beberapa perkara sekalipun kecil tetapi
masih boleh diperbaiki untuk memperbaiki kesempurnaan. Sebab itu, saluran yang saya ada melalui parti, saya cuba
gunakan.
Saya tengok isu-isu Anwar ialah isu-isu rakyat dan saya tengok dia cukup kritikal terhadap pembolotan kekayaan
kepada segelintir golongan. Sebab itu dia slogankan Profitibility is Social Responsibility . Saya ikuti semua itu,
dan itu menjadi motivasi kepada saya apabila saya diberi peluang berada dalam pergerakan pemuda, tetapi ada pucuk
pimpinan pemuda mesti tegakkan dua perinsip :
1- Mesti lebih lantang daripada kerajaan.
11- Mesti prokerajaan daripada kerajaan.
Sebab itu kalau pemuda UMNO membangkitkan sesuatu perkara,mempertikaikan umpamanya perlaksanaan dasar-dasar kerajaan,kadang-kadang
kita akan ditafsirkan sebagai tidak menyokong kerajaan. Saya beri satu contoh. Saya pernah buat kajian kecekapan
pengagihan peruntukan kepada petani-petani. Saya dapati kajian saya itu menemui hanya 30 peratus peruntukan itu
sebenarnya tiba kepada petani- subsidi baja, subsidi racun, subsidi benih manakala 70 peratus lagi- belanja pentadbiran,
make-up pejabat,tukar kereta, lawatan sambil belajar,elaun kakitangan.
Jadi saya berpendapat dalam kes ini bukan dasar pertanian dalam pembelaan petani yang salah. Yang salah ialah kecekapan
pelaksanaan harus di pertingkatkan. Jadi kalau pemuda kemukakan isu ini, itu tak bermakna kita menentang kerajaan.
Tapi kalau dilihat mengikut perinsip kedua tadi, kita tidak boleh mempertikaikannya.
Persimpangan dilema yang saya hadapi ialah sebagai ahli parti dan menjawat jawatan dalam pemuda mestilah logiknya
menyetujui sebarang keputusan parti, tetapi di satu segi lagi,pada diri saya ini,saya tidak boleh menipu diri saya
bahawa keputusan parti itu kalau dilihat dari sudut agama salah. Apa yang menyebabkan saya kata salah sebab tuduhan
dikenakan ke atas seseorang yang belum dibicarakan tiba-tiba telah dijatuhi hukuman.
Kalau saya dalam pemuda misalnya mempertikaikan perkara-perkara itu,bukanlah bermakna saya menentang kerajaan tetapi
kerana saya hendak kerajaan lebih teguh kalau kerajaan sanggup membuat penyesuaian kepada perkara-perkara itu,
saya yakin rakyat akan lebih menyayangi kerajaan.
Sekurang-kurangnya di hadapan Allah saya boleh menjawab bahawa saya telah pun. menyampaikan mengikut tuntutan agama,
saya nyatakan ayat saya terangkan maksudnya. Saya doakan kawan-kawan saya dapat perkara itu, dapat buka pintu hati
dan jangan melihat berdasarkan pertimbangan politik semata-mata. Tapi kebanyakan kita mengamalkan konsep feudalisme
yang cukup tebal dalam parti. Konsep ini mengajar agar arahan atas jangan sama sekali ditentang. Ditentang nescaya
memudaratkan.