50 Dalil Anwar di FITNAH
Message 88
From: Lanun ala Mossad (REFORMASI) To: ALL 1 of 1
Posted: 10/4/98 5:54 AM Reply to: New Thread
50 Fakta "X-Files" Kes Anwar
(http://www.geocities.com/Yosemite/Trails/2882/)
Salam buat semua,
Kebelakangan ini para pemimpin UMNO dan pihak media tempatan memberi
kenyataan bahawa para penyokong Anwar adalah "taksub" dan terlalu emosional.
Untuk mendapatkan sokongan rakyat yang sebegitu ramai (lebih kurang 200, 000
semasa ceramah di Masjid Negara & Dataran Merdeka) dengan mengharapkan
kepada 2 faktor tersebut adalah amat tidak munasabah.
Saya ingin mengulangi pendirian saya yang tidak menyebelahi Mahathir mahupun
Anwar, tetapi saya adalah penyokong kuat KEADILAN. Analisis saya adalah
berdasarkan logik semata-mata dan saya percaya kebanyakan para penyokong Anwar
berfikiran serupa. Sehubungan dengan itu, banyak fakta-fakta kontroversi yang boleh
dikategorikan sebagai "X-Files" di dalam kes Anwar ini :-
Fakta "X-Files" 1
Surat-surat layang yang menuduh Anwar melakukan perbuatan sumbang yang
diedarkan secara berleluasa pada tahun lepas (1997) hingga ke masjid-masjid.
Apakah motifnya dan siapakah dalang-dalang di sebaliknya?
Fakta "X-Files" 2
Berikutan penyebaran surat-surat layang tersebut, Anwar telah mengambil keputusan
untuk membuat laporan polis. ASP Zull Aznam Haron telah membuat laporan polis
pada 15 Ogos 1997. Sehubungan dengan itu, pihak polis telah menjalankan siasatan
dan menahan Mohd Taib Salamon dan Tan Ah Kow @ Tan Beng Kim. Mereka telah
menyamar sebagai Pegawai Polis Cawangan Khas dan telah menahan dan mengugut
Ummi Hafilda Ali dan Azizan Abu Bakar. Ke manakah perginya laporan-laporan polis
tersebut dan pihak mana yang telah melakukan ugutan?
(Sila rujuk surat Anwar kepada PM)
Fakta "X-Files" 3
Penyiasatan pihak polis juga telah mengaitkan Daim, Megat Junid dan Sanusi Junid
sebagai orang-orang yang disyakki terlibat di dalam penyebaran surat-surat layang
tersebut. Ke manakah perginya laporan-laporan polis tersebut dan pengaruhnya
terhadap penyiasatan Buku 50 Dalil? Nota : Daim dan Megat Junid menulis surat
kepada Anwar menafikan penglibatan mereka.
(Sila rujuk surat Anwar kepada PM)
Fakta "X-Files" 4
Mahathir tidak menggalakkan Anwar untuk mengambil tindakan undang-undang.
Namun, Peguam Negara pada waktu itu berpendapat sebaliknya. Mengapa Mahathir
tidak membenarkan dan menganggap bahawa tuduhan-tuduhan tersebut adalah tidak
berasas dan tidak akan dilayan, tetapi setahun kemudian fikirannya berubah sama
sekali?
(Sila rujuk surat Anwar kepada PM)
Fakta "X-Files" 5
Khabar-khabar angin yang menyatakan Anwar telah mengarahkan BPR untuk
melakukan penyiasatan terhadap Ketua Pengarah EPU, Peguam Negara dan Ketua
Polis Negara. Anwar telah menafikan dakwaan tersebut dan menyatakan bahawa
bekas Ketua Pengarah BPR boleh mengesahkan perkara tersebut. Siapakah
sebenarnya dalang yang ingin melagakan pihak-pihak tersebut dengan Anwar?
(Sila rujuk surat Anwar kepada PM)
Fakta "X-Files" 6
Buku 50 Dalil diterbitkan sebelum Perhimpunan Agong UMNO 1998. Anwar
mendapatkan injunksi mahkamah untuk mengharamkan penerbitan, pencetakan dan
pengedaran buku tersebut kerana ianya bukan dikategorikan sebagai surat layang lagi,
ada pengarang dan penerbitnya. Mengapa Peguam Negara yang pada mulanya
berpendapat tindakan undang-undang terhadap surat-surat layang patut diambil, tetapi
bersikap "kurang puas hati" terhadap tindakan yang diambil oleh Anwar?
(Sila rujuk surat Anwar kepada PM)
Fakta "X-Files" 7
Berhubung dengan tindakan Anwar mendapatkan injunksi mahkamah, mengapa
Mahathir bersikap "tidak cenderung" terhadap tindakan tersebut atas alasan tidak
munasabah walaupun pengarangnya, Khalid Jafri, terang-terangan mencabar Anwar
untuk mendakwanya di mahkamah? Sekiranya ada buku yang menuduh Mahathir
melakukan perkara-perkara sumbang, sudah semestinya buku tersebut akan
diharamkan dan penulisnya akan ditahan di bawah ISA.
(Sila rujuk surat Anwar kepada PM)
Fakta "X-Files" 8
Ketua Polis Negara memberitahu Anwar bahawa Buku 50 Dalil adalah "hambar" dan
"rubbish" ("sampah") dan akan menyiasat perkara tersebut dengan terperinci.
Mengapa pendirian KPN berubah secara drastik sekali?
(Sila rujuk surat Anwar kepada PM)
Fakta "X-Files" 9
Cara penyiasatan pihak polis yang "pelik". Sepatutnya si penuduh iaitu pengarangnya,
Khalid Jafri ditahan dan disiasat untuk membuktikan kebenarannya, tetapi pihak polis
sebaliknya menyiasat tuduhan-tuduhan tersebut. Di manakah logiknya? Setakat ini,
pihak polis masih belum memberikan kenyataan bahawa Khalid Jafri telah ditahan
untuk siasatan. Mengapa???
Fakta "X-Files" 10
Di dalam satu perjumpaan dengan Anwar, Ketua Polis Negara memberitahu Anwar
bahawa kes Buku 50 Dalil adalah "kompleks". Di dalam pertemuan itu juga, dijelaskan
bahawa sebaik mungkin permasalahan politik dibereskan secara hati kehati di antara
Anwar dan PM. Kalau difikirkan dengan teliti, kenyataan KPN tersebut memberikan
gambaran bahawa Buku 50 Dalil terbit disebabkan adanya MASALAH POLITIK di
antara Anwar dan Mahathir bukannya MORAL!!!
(Sila rujuk surat Anwar kepada PM)
Fakta "X-Files" 11
Penguatkuasaan injunksi mahkamah terhadap Buku 50 Dalil oleh pihak polis adalah
amat lemah. Buku tersebut diedarkan secara berleluasa tanpa perasaan takut.
Mengapa pihak polis tidak bersikap tegas di atas peraturan tersebut???
Fakta "X-Files" 12
Buku 50 Dalil telah dimasukkan ke dalam beg "complimentary" para delegasi UMNO
di Persidangan UMNO 1998. Pihak sekretariat UMNO (di bawah Sabaruddin Chik)
adalah bertanggung-jawab di dalam pengurusan Persidangan UMNO tersebut.
Bagaimana buku tersebut boleh didapati di dalam beg tersebut dan siapakah
dalangnya?
Fakta "X-Files" 13
Hakim Mahakamah Tinggi yang telah memberikan injunksi terhadap Buku 50 Dalil
telah ditukarkan ke Johor Bahru. Masa pertukaran tersebut amatlah dicurigai untuk
menjustifikasikan sebagai pertukaran "biasa". Mengapa beliau ditukarkan???
Fakta "X-Files" 14
"Perletakan jawatan" serentak Ketua Pengarang Utusan Melayu, Berita Harian dan
Ketua Penyiaran TV3. Apakah motif di sebaliknya dan siapakah dalangnya???
Fakta "X-Files" 15
Pengakuan bersumpah Ummi Hafilda yang menafikan beliau sebagai penulis surat
kepada Mahathir dan penglibatan beliau di dalam Buku 50 Dalil. Siapakah sebenarnya
penulis surat tersebut, Khalid Jafri???
(Sila rujuk surat sumpah Ummi Hafilda)
Fakta "X-Files" 16
2 pengakuan bersumpah Azizan Abu Bakar yang menafikan tuduhan hubungan
"homoseksual" dan penglibatan beliau di dalam Buku 50 Dalil. Siapakah sebenarnya
yang melakukan pertuduhan tersebut, Khalid Jafri???
(Sila rujuk surat sumpah Azizan Abu Bakar)
Fakta "X-Files" 17
Pengakuan bersumpah Kamaruddin Mat Nor yang mendedahkan adanya komplot
untuk menjatuhkan Anwar selepas Persidangan Agong UMNO 1998 yang melibatkan
Datuk Aziz Shamsuddin.
(Sila rujuk surat sumpah Kamaruddin Mat Nor)
Fakta "X-Files" 18
Perletakan jawatan Gabenor dan Timbalan Gabenor Bank Negara. Mengapa???
Fakta "X-Files" 19
Penyiasatan pihak polis terhadap Hakim Mahkamah Tinngi, Pn. Zainon Ali yang
bersikap prejudis serta tidak neutral. Soal-siasat seperti pihak PM atau TPM dan
adakah terdapat hubungan seksual di antara beliau dan Anwar. Di manakah
tanggungjawab "berkecuali" (neutral) yang dilaung-laungkan oleh pihak polis???
(Sila rujuk surat Anwar kepada PM)
Fakta "X-Files" 20
Penahanan Nallakaruppan di bawah ISA kerana terjumpanya peluru yang tidak
berdaftar di rumahnya. Mengapa penahanannya di bawah ISA sedangkan kes
sebelumnya yang melibatkan perkara yang sama (seorang Mejar bersara) telah
ditahan dan didakwa di bawah akta jenayah sahaja???
Fakta "X-Files" 21
Affidavit Nalla yang mendedahkan bahawa beliau telah didera dan diancam oleh pihak
polis semasa proses soal-siasat. Beliau juga telah mendedahkan bahawa pihak polis
telah menyuruhnya menandatangani 3 fail yang telah disediakan untuknya sebagai
pertukaran ke atas pembebasannya.
Fakta "X-Files" 22
Pemecatan Anwar secara mengejut oleh Mahathir daripada jawatannya sebagai TPM,
Menteri Kewangan dan semua jawatan-jawatan yang berkaitan dengannya tanpa
sebarang penjelasan yang konkrit. Waktu yang diambil (timing) menampakkan
perancangan yang rapi. Pertama, Daim telah dilantik sebagai Menteri Tugas-tugas
Khas khususnya untuk menangani masalah ekonomi (Ini boleh dipertikaikan sebagai
pengambilihan peranan Menteri Kewangan). Kedua, "perletakan jawatan" secara
mengejut ketiga-tiga ketua pengarang Utusan Melayu, Berita Harian dan TV3 (Ini boleh
dipertikaikan sebagai pengambilihan "kontrol" ke atas media massa tempatan).
Ketiga, penangkapan Nalla (Ini boleh dipertikaikan sebagai "bukti" untuk menyabitkan
Anwar). Keempat, Mahathir "roadshow" ke seluruh negara di mana beliau
memberitahu rakyat supaya bersedia menerima "tindakan drastik" kerajaan (Ini boleh
dipertikaikan sebagai persiapan psikologi supaya rakyat tidak TERLALU TERKEJUT
dengan tindakan mengejut/drastik yang akan diambil). Kelima, "pengasingan"
matawang Malaysia daripada pasaran bebas antarabangsa (Ini boleh dipertikaikan
SEBAHAGIANNYA sebagai mekanisma untuk "memutuskan connection"
ketidaktentuan ekonomi Malaysia daripada pasaran bebas antarabangsa, yang tidak
akan diporak-perandakan disebabkan oleh "impact" daripada pemecatan Anwar.
Walaubagaimanapun, saya juga bersetuju SEBAHAGIANNYA dengan tindakan PM
atas dasar polisi ekonomi). Akhir sekali, "timing" yang dipilih sebelum SUKOM (Ini
boleh dipertikaikan sebagai taktik kerajaan untuk "menarik" sokongan rakyat atas
nama "Kebanggaan & Layanan Baik Malaysia". Ia juga akan mengalih tumpuan rakyat
daripada isu kontroversi pemecatan Anwar.
Fakta "X-Files" 23
Kelulusan pinjaman kepada RHB oleh Danaharta untuk mengambil-alih Sime Bank
sehari selepas pemecatan Anwar. Adakah ini merupakan salah satu motif utama
pemecatan Anwar kerana kelulusan tersebut mestilah diberikan oleh Menteri
Kewangan???
Fakta "X-Files" 24
"Kebocoran" affidavit Penguasa Musa kepada pihak media di mana affdavit tersebut
telah disiarkan dan diedarkan oleh akhbar Malay Mail pada pukul 2 petang. Walhal,
affidavit tersebut sedang diberikan di mahkamah pada waktu yang sama. Bagaimana
"kebocoran" tersebut boleh terjadi???
Fakta "X-Files" 25
Affidavit balas Penguasa Musa di dalam kes Nalla yang menyabitkan tuduhan-tuduhan
terhadap Anwar. Majlis Peguam (Bar Council) telah menyatakan keperihatinan mereka
terhadap prosedur affidavit tersebut yang tidak pernah terjadi (unprecedented) dan
bagaimana pihak media boleh menyiarkannya sedangkan pada waktu itu hakim masih
belum membuat keputusan bahawa affidavit tersebut boleh disiarkan sebagai dokumen
umum (public document). Secara logiknya, bagaimana kes pertuduhan kepada Nalla
boleh melibatkan pihak ketiga yang tidak terlibat danboleh diterima oleh hakim???
(Sila rujuk kepada kenyataan akhbar Majlis Peguam)
Fakta "X-Files" 26
Pemecatan Anwar sebagai Timbalan Presiden UMNO dan keahlian UMNO dengan
alasan "tidak sesuai". Ke mana perginya logik "innocent until proven guilty" yang telah
digunakan oleh Mahathir terhadap Rahim Thamby Chik dan Muhammad Taib?
Mengapa harus dipecat, tidak digantung seperti mereka berdua?
Fakta "X-Files" 27
Prosedur pemecatan tersebut yang boleh dipertikaikan. Pemecatan Anwar sebagai
Timbalan Presiden hanya boleh dilakukan oleh para perwakilan UMNO dengan majoriti
sekurang-kurangnya 2/3. Majlis Tertinggi (MT) UMNO tidak mempunyai kuasa untuk
memecat Anwar daripada jawatannya sebagai Timbalan Presiden. Namun, MT
mempunyai kuasa untuk memecat keahlian seseorang dan MT telah melakukan ini.
Sehubungan dengan itu, jawatan Anwar sebagai Timbalan Presiden dilucutkan secara
otomatik. Secara logik, jawatan yang tinggi dilucutkan dahulu, kemudian barulah
keahliannya.
(Sila rujuk wawancara dengan Ghafar Baba di dalam Asiaweek)
Fakta "X-Files" 28
Kredibiliti Mahathir yang memanipulasikan pengumuman (Ciri-ciri kediktatoran?).
Kenyataan akhbar Mahathir selepas mesyuarat MT yang menyatakan keputusan
"sebulat suara" oleh MT untuk memecat Anwar. Adalah diketahui kemudiannya
bahawa ketika mesyuarat, pembelaan telah dilakukan oleh Dato' Khalid Yunus, Dato'
Ibrahim Saad, Dato' Afifuddin Omar dan Dato' Zahid Hamidi. Perkara yang sama
berlaku ketika Persidangan Agong UMNO 1998 di mana beliau menempelak Zahid
yang tidak menngunakan saluran yang sesuai (MT) untuk menyuarakan
ketidakpuasan hatinya terhadap isu-isu nepotisme dan kronisme. Kemudiannya,
adalah diketahui bahawa Zahid telah mencuba namun tidak diberi peluang langsung di
dalam mesyuarat MT (sila rujuk majalah Tamaddun isu Julai 1998).
Fakta "X-Files" 29
Sikap media-media tempatan yang nyatanya berat sebelah. Namun ianya dinafikan
oleh para pemimpin UMNO. Sebagai contohnya, laporan-laporan seperti di bawah oleh
media-media tempatan :-
a) Affidavit Nalla (hanya akhbar The Sun yang menyiarkan)
b) Kenyataan-kenyataan akhbar Anwar (semuanya telah "disunting" sebegitu rupa,
teramatlah pendeknya)
c) Kenyataan akhbar Nalla oleh peguamnya (tidak ada penyiaran langsung!)
d) Putar-belit laporan media tempatan mengenai sokongan Anwar terhadap
permohonan pengampunan Lim Guan Eng
daripada YDP Agong sebagai "persengkokolan" dengan DAP.
Fakta "X-Files" 30
Perletakan jawatan Pengerusi Tabung Haji, Datuk Harun Laban. Mengapa???
Fakta "X-Files" 31
Pendedahan kenyataan akhbar Nalla yang menyatakan bahawa surat-surat /
dokumen-dokumen daripada korporat dan Kementerian Kewangan yang dijumpai di
rumahnya tidak ada di dalam LIST BARANG YANG DIAMBIL POLIS. Ini telah
disahkan oleh peguam Nalla.
(Sila rujuk kenyataan akhbar Nalla).
Fakta "X-Files" 32
Percanggahan fakta di antara Mahathir dan Ketua Polis Negara. Mahathir telah
menyatakan bahawa beliau telah mempunyai bukti-bukti yang cukup untuk
"menjatuhkan" hukuman terhadap Anwar manakala KPN pula menyatakan masih
dalam siasatan. Mahathir kemudiannya membuat kenyataan bahawa beliau telah
menjalankan siasatannya sendiri. Di sebalik kesibukan Mahathir sebagai PM, Menteri
Dalam Negeri, Menteri Kewangan I dll. Beliau masih lagi mempunyai masa untuk
menjalankan siasatan??? Logikkah tindakan Mahathir sebagai penyiasat, pendakwa
dan hakim sekaligus dengan sendirinya?
Fakta "X-Files" 33
Pertuduhan terhadap Anwar yang beliau melakukan hubungan seks sumbang di Tivolli
Villa, Flamingo Hotel dll. Bilakah perkara ini berlaku (tarikh dan masa)? Semestinya
sebagai seorang TPM dan juga Menteri Kewangan, Anwar mempunyai jadual yang
ketat dan terhad. Keselamatan beliau juga diawasi oleh pihak polis setiap masa.
Maklumat pertuduhan itu penting untuk memberikan kredibiliti tuduhan tersebut
supaya pemeriksaan boleh dibuat di antara masa tuduhan dan jadual tugas-tugas
beliau dan "buku log" pihak polis.
Fakta "X-Files" 34
Kenyataan akhbar Ketua Polis Negara yang mengesahkan bukti secara DNA bahawa
kesemua anak Azmin & Shamsidar adalah anak mereka. Walaupun KPN masih
mempertikaikan bahawa Anwar mengeluarkan kenyataan yang beliau telah
memberikan sampel darah untuk ujian DNA, ujian DNA tersebut telah membuktikan
bahawa tuduhan Khalid Jafri yang mengatakan Anwar mempunyai anak luar nikah
dengan Shamsidar adalah BOHONG semata-mata. Beliau mengeluarkan kenyataan
yang Khalid Jafri akan ditahan, namun Khalid Jafri sehingga sekarang masih belum
ditahan. Sudah ada BUKTI yang jelas bahawa Khalid Jafri telah melakukan jenayah
fitnah, mengapa beliau masih belum ditahan???
Fakta "X-Files" 35
Kredibiliti saksi-saksi yang terdiri daripada pelacur-pelacur yang telah dibawa oleh
Daim, Sanusi Junid dan Megat Junid kepada Mahathir. Anwar telah menyatakan
kepada Mahathir adalah tidak sukar baginya untuk mendapat 100 orang pelacur yang
mengakui mempunyai hubungan seksual dengan Mahathir. Ini telah diakui sendiri oleh
Mahathir. Bagaimana Mahathir boleh menerima pengakuan saksi-saksi tersebut
dengan alasan beliau telah memberikan jaminan keselamatan kepada mereka untuk
bercakap benar??? Sekiranya Mahathir begitu yakin dengan pengakuan mereka, maka
pendakwaan terhadap Anwar telah boleh dijalankan kerana telah ada bukti yang
kukuh. Mengapa pendakwaan tidak dilakukan???
(Sila rujuk kepada surat Anwar kepada PM).
Fakta "X-Files" 36
Larangan penggunaan masjid-masjid untuk kegiatan "politik" dan pengedaran
risalah-risalah mengenai kes Anwar. Mengapa larangan tersebut tidak diadakan ketika
surat-surat layang terhadap Anwar bertaburan di masjid-masjid seluruh tanahair???
Fakta "X-Files" 37
Walaupun Buku 50 Dalil telah mendapat injunksi mahkamah, namun penyebarannya
masih berleluasa. Buku-buku tersebut telah dihantar melalui pos ke seluruh masjid di
Malaysia beralamatkan imam masjid. Siapakah yang menghantar buku tersebut dan
sipakah yang membiayai kos buku dan penghantaran???
Fakta "X-Files" 38
Tahanan reman ke atas Sukma Darmawan (Adik angkat Anwar) dan Dr Munawar
Anees (penulis ucapan Anwar) yang "pelik". Mengikut prosedur biasa, untuk
mendapatkan kebenaran tahanan reman, pihak polis mestilah membawa tahanan ke
mahkamah magistret untuk mendapatkan kebenaran. Di dalam kes mereka berdua,
magistret telah dipanggil ke Bukit Aman untuk memberikan kebenaran tahanan reman.
Mengapa ianya dilakukan secara tergesa-gesa sebegitu rupa???
Fakta "X-Files" 39
Penggunaan ISA terhadap Sukma dan Dr Anees semasa mula penahanan. Namun
apabila pendakwaan dilakukan di mahkamah, mereka telah didakwa di bawah akta
jenayah 377D (perlakuan seks luar tabii). Ini menunjukkan penyalahgunaan kuasa oleh
pihak polis dalam menjalankan siasatan mereka i.e. menggunakan ISA dengan
sewenang-wenangnya.
Fakta "X-Files" 40
Pihak keluarga dan peguam yang dilantik oleh keluarga Sukma dan Dr Munawar tidak
dibenarkan berjumpa sama sekali oleh pihak polis. Mereka telah dibawa terus dari
Bukit Aman ke mahkamah dengan peguam-peguam yang telah dilantik oleh pihak
polis sendiri. Peguam yang mewakili Sukma, Mohd Nor Don, adalah bekas pegawai
polis. Di manakah KEADILAN??? Ketika perbicaraan dan selepas perbicaraan, pihak
polis masih tidak membenarkan pihak keluarga berjumpa dengan mereka walaupun
telah dibenarkan oleh Hakim. Mengapa???
Fakta "X-Files" 41
Kecepatan dan kecekapan mahkamah menjalankan pembacaan dakwaan, perbicaraan
dan keputusan hakim dengan amat "efficient" (Dalam masa sejam dua). Ini merupakan
satu rekod bagi mahkamah Malaysia dan mungkin juga dunia!!!
Fakta "X-Files" 42
Logik di mana orang yang diliwat dihukum terlebih dahulu daripada orang yang
meliwat!!! Satu perkara yang menghairankan ialah mengapa undang-undang tersebut
tidak digunakan ke atas para mak nyah ketika Malaysia sedang dilanda "keruntuhan
akhlak" di kalangan para remajanya. Adakah ulamak-ulamak UMNO tidak mengetahui
mengenai undang-undang ini???
Fakta "X-Files" 43
Dakwaan terhadap Anwar masih belum diberikan di mahkamah sejak pemecatannya
(2/9/98) sehinggalah ke hari ini (24/9/98). Bagaimana pendakwaan tidak dilakukan,
manakala "hukuman" telah dijatuhkan berlandaskan bukti-bukti yang ada pada
Mahathir??? Bagaimana pula Peguam Negara tidak dapat memulakan pendakwaan,
adakah kerana tidak cukup BUKTI atau TIDAK ADA BUKTI???
Fakta "X-Files" 44
Persaraan Pilihan (optional retirement) oleh Ketua Pengarah Cawangan Khas (Special
Branch). Mengapa beliau meminta persaraan pilihan di waktu yang cukup genting
(penangkapan Anwar) dan pada umur 52 tahun (lagi 3 tahun untuk mendapatkan
pencen penuh)???
Fakta "X-Files" 45
Peguam Azmin Ali (Setiausaha Peribadi Anwar) mendedahkan sejurus selepas
pembebasan Azmin daripada tahanan reman oleh magistret Azhar Othman bahawa
pihak polis mahu mengadakan ujian DNA sekali lagi ke atas Azmin dan Syamsidar
dengan alasan ujian yang lama telah dicemari (tampered). Di manakah logiknya
kemahuan pihak polis setelah KPN sendiri yang membuat kenyataan akhbar
menyatakan ujian DNA yang lalu telah membuktikan kebenaran tersebut???
Fakta "X-Files" 46
Pengumuman Mahathir yang beliau telah dimaklumkan oleh Tun Haniff Omar (Bekas
KPN) yang Anwar ada melakukan perkara-perkara sumbang pada tahun 1993.
Sekiranya siasatan telah dijalankan, di manakah laporan-laporan polis untuk
mengesahkan kenyataan tersebut??? Mengapa Tun Haniff Omar tidak tampil ke
hadapan selepas Anwar dipecat sebaliknya hanya tampil setelah Mahathir membuat
"pengumuman". Adakah ini satu lagi "pengumuman" kediktatoran Mahathir (Sila rujuk
fakta "X-Files" 28). Tambahan pula mengapa pegawai-pegawai polis Bukit Aman
berjumpa dengan Tun Haniff Omar sebelum sessi kenyataan akhbar??? Ini telah
dilaporkan oleh berita NTV7.
Fakta "X-Files" 47
"Censorship" yang dilakukan oleh Astro ke atas berita-berita dari stesen TV luar
negara yang berkaitan dengan kes Anwar. Mengapa kerajaan amat "jumpy"
(melompat) terhadap berita-berita dari luar negara mengenai kes Anwar. Mahathir
membuat pengumuman bahawa media-media luar negara membuat liputan dengan
memanipulasikan fakta untuk kepentingan mereka sahaja (menggambarkan keburukan
Malaysia). Bagaimana pula dengan media-media tempatan? Tidakkah kerajaan
memanipulasikan media-media tempatan dengan secukup-cukupnya untuk
"menghukum" Anwar???
Fakta "X-Files" 48
Kredibiliti Dr. Munawar Anees yang merupakan seorang cendiakawan Islam yang amat
disegani di US dan UK. Beliau adalah pengarang kepada 15 buah buku dan juga
adalah ahli kepada "world intellectual society" yang hanya mempunyai 14 orang ahli
setakat ini. Di manakah logiknya "ugutan" takut kehilangan sumber mata pencarian
dan status PR di Malaysia sekiranya tidak mahu mengadakan "hubungan" dengan
Anwar??? Beliau boleh bekerja di mana-mana sahaja dengan reputasinya yang
cemerlang. Satu lagi persoalan logik yang amat "ringan", mengapa Anwar cari yang
tua sekiranya beliau benar-benar melakukan perbuatan tersebut???
Fakta "X-Files" 49
Kredibiliti sokongan ulamak terhadap Anwar seperti Datuk Harun Din dan Yusof
Qardawi jika dibandingkan kredibiliti sokongan penyokong-penyokong kuat Mahathir
seperti Ibrahim Ali, Sanusi Junid dan Megat Junid adalah amat jauh berbeza. Mengapa
para ulamak yang sentiasa diberikan hidayah oleh Allah menyokong Anwar???
Adakah Anwar berkemungkinan besar tidak bersalah???
Fakta "X-Files" 50
Kredibiliti Anwar sebagai seorang yang warak. Amat susah untuk mempercayai
bahawa Anwar melakukan perbuatan-perbuatan sumbang seperti di dalam tuduhan.
Tambahan pula beliau telah BERSUMPAH dengan nama ALLAH bahawa beliau tidak
pernah melakukan perbuatan-perbuatan terkutuk tersebut ketika mengadakan
ceramahnya di Batu Pahat dan Masjid Negara. Sebagai seorang muslim, kita tahu
bahawa ianya adalah perkara yang amat serius dalam konteks Islam. Namun, pihak
kerajaan (UMNO) tidak akan dan masih tidak berpuas hati dan akan meminta sesuatu
yang lebih tinggi e.g. junjung Al-Quran!!! Untuk pengetahuan semua Al-Quran
bukannya untuk dijunjung, ianya adalah untuk dibaca, difahami dan dipraktikkan dan
UMNO sepatutnya berbuat demikian!!!
ANWAR AKAN DIDAPATI BERSALAH
Thu Oct 1 04:27:33 1998 - RIN