Tragedi
Bangunlah rakyat Malaysia! Bangkitlah wahai Ummat!
Petikan dari AFP 29 September 1998
Anwar was allowed to testify about his treatment at the Bukit Aman federal police headquarters. He has
lodged a formal complaint.
He said police beat him "severely, causing serious injuries" until he "virtually passed out until
the next morning."
"I was blindfolded and handcuffed. The moment I arrived at the lock-up, they took off the blinds and
the cuffs but a few minutes later they put it on again," he told the court.
"I was boxed very hard on my lower jaw and left eye. I was also boxed on the right of my head and they
hit me on the left side of my neck very hard," Anwar said.
"I was then slapped very hard left and right until blood came out fron my nose and my lips cracked.
Because of this, I could not see and walk properly."
He said he was moved to solitary confinement on the third day of his arrest and a doctor was only allowed
to see him on the fifth day.
Satu Tragedi kepada Negara:
Datuk Seri Anwar dalam perjalanan pada sesi mahkamah 29 Sept. 1998
1 Pada 29 September 1998 di mahkamah sesyen terbongkarlah rahsia yang dipendamkan sejak
hari Isnin yang lalu 21 September mengapa Sdr. Anwar tidak dibawa ke mahkamah pada hari tersebut untuk didakwa.
Mahathir dan Rahim Noor berbohong kepada rakyat, dengan mengada-adakan alasan palsu mengapa Sdr. Anwar tidak di
bawa ke mahkamah pada 22 September 1998 dengan secara tidak langsung menjadi Perdana Menteri serba boleh dunia
termasuk Pembelit Besar. Justeru itu berikut adalah sebab mengapa beliau tidak mendakwa Sdr. Anwar pada hari tersebut:
1.1 Ternyata Sdr. Anwar tidak dibawa kerana beliau tidak sedar diri setelah disiksa, dipukul, ditumbuk, disepak
dan sebagainya sehingga timbul keresahan untuk dibawa ke mahkamah dalam keadaan tenat. Ini akan menyebabkan pihak
polis lebih diragui. Mahathir membuat tomahan dan propagandanya dengan menyatakan kes ini tidak dibawa ke mahkamah
kerana perhimpunan rakyat yang diistilahkan oleh Mahathir sebagai merusuh.
1.2 Terdapat maklumat dari Bukit Aman bahawa penyiksa Sdr. Anwar yang paling sadis adalah Mahathir dan Rahim Noor
sendiri kerana mereka begitu marah dengan pesanan Sdr. Anwar sebelum ditangkap yang yang divideokan. Mereka berbuat
demikian dengan penuh rasa busuk hati dan tidak mempedulikan nyawa Sdr. Anwar.
1.3 Persoalannya, mengapa beliau membawa Sdr. Anwar ke mahkamah pada 28 September 1998 sedangkan Sdr. Anwar masih
belum sembuh sepenuhnya. Saya yakin Mahathir dan koncu-koncunya didesak oleh pihak tertentu agar menyelesaikan
kes ini dengan secepat mungkin. Apakah YAM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong dan Raja-raja mendesak dengan
begitu kuat? Raja-raja lebih sensitif akan rasa hati rakyat. Apakah pihak Angkatan Tentera Malaysia yang kita sanjungi
datang membela kita dengan semangat keperwiraan mereka? Ternyata Mahathir didesak.
2 Pada 29 September 1998 juga di Dewan Rakyat, Mahathir memaklumkan bahawa beliau
menahan Sdr. Anwar bawah ISA kerana beliau membuat andaian ucapan Sdr. Anwar di Masjid Negara boleh mempengaruhi
rakyat agar merusuh. Beliau sendiri mengakui bahawa Sdr. Anwar tidak menyuruh rakyat merusuh tetapi ucapan Sdr.
Anwar boleh disalah taksirkan sehingga mengakibatkan rusuhan.
2.1 Orang yang hidup dalam ketakutan sahaja yang membuat tafsiran yang bukan-bukan. Anwar kerap kali mengingati
penyokongnya agar jangan merusuh dan membuat kacau-bilau kerana pihak Mahathir akan mengambil kesempatan seandainya
berlaku kacau-bilau. Apa yang diberitakan, pecah masuk ke galeri UMNO adalah selepas penyokong Reformasi meninggalkan
PWTC. Terdapat saksi yang melihat satu kumpulan lain yang masuk memecahkan gambar-gambar. Fikirlah secara logik,
seandainya penyokong Anwar mengamuk dan merusuh di PWTC, hancur-leburlah peralatan di sana. Maka tidak masuk akal
cuma beberapa gambar menjadi pilihan pemusnahan. Pihak UMNO tidak mahu kerugian besar, sebab itu kaki pukul orang
UMNO Mahathir ini memusnahkan yang perlu saja.
2.2 Perarakan ke rumah Anwar disertai oleh polis berpakaian biasa. Mereka inilah yang merusuh dan membuat kacau
dalam setiap perhimpunan termasuk di Sri Perdana. Cuba lihat gambar dalam Harakah, mereka memakai baju belang.
Bilangan yang berbaju belang hampir sama ramai kerana mudah dikenali oleh FRU agar mereka tidak dibelantan atau
dielektrikkan oleh cotar elektrik.
Mahathir dan Rahim Noorlah yang menjadi penganjur rusuhan dengan tujuan untuk menfitnah rakyat yang berkumpul secara
aman. Apa punya pemimpin yang hatinya sebusuk ini sehingga sanggup menggunakan rakyat sebagai mangsa agar politik
beliau yang menjunam ini dapat diselamatkan.
3 Di Dewan Rakyat pada 29 September, Mahathir dengan lesunya membuat tuduhan kepada
Anwar tanpa mendapat sokongan reaksi atau memek muka sokongan kepada Mahathir. Ahli Dewan rakyat yang merupakan
wakil kepada rakyat wajib, Wajib berperanan menjalankan tanggung-jawab masing-masing. Rakyat akan mendakwa dan
Allah akan bertanya sama ada amanah rakyat ini dilaksanakan. Kebenaran akan terbukti bukan saja sewaktu pilihan
raya nanti, malah yang sahnya, apabila mereka berhadapan dengan Allah, apa lagi alasan yang akan mereka bawa. Janganlah
terpedaya dan takut kepada pemimpin yang bersifat munafik. Kembalilah kepada Al Quran dan Sunnah. Laksanaklah tanggung-jawab
sebagai wakil kepada rakyat dan rakyat akan menghargainya.
Mahathir dalam ucapanya mengakui Anwar pemimpin pelajar secara tak langsung menerima kewibawaan Sdr. Anwar. Beliau
berkata lagi bahawa Anwar petah berhujah dan bersyarah, maka ternyata Sdr. Anwar adalah seorang yang berani berkata-kata
dan menyampaikan pendapatnya dengan baik. Satu perkara yang Mahathir tidak terfikir
untuk menyebut ialah Sdr. Anwar berkata dari suara hati, lahir dari lubuk hati dan beliau dapat rasa serta menghayati
apa yang beliau katakan. Suara-suara hati inilah yang mampu mengetuk pintu hati para rakyat, menggerakan jiwa dan
tulang empat kerat serta menghidupkan semangat juang yang membangunkan rakyat dari kealpaan tipu helah Mahathir.
Mahathir tidak akan berhenti dari sifat menipunya. Entah apa dalih yang yang akan diberikan
bagi menjawab lebam dan tanda kecederaan pada tubuh Sdr. Anwar. Beliau yang terkenal dengan seribu alasan akan
terus berhelah.