REFORMASI
"Jika anda tidak melakukan tanggung-jawab anda; satu tahun, dua tahun atau mungkin lima tahun lagi anda akan menangis menyesal dan berharap anda berpeluang, diberi satu sahaja peluang untuk berada bersama menegakkan keadilan melalui reformasi ini."
Jenayah dan Dosa Mahathir: satu pendedahan
Siapakah Mahathir?
Sorotan Isi
A. Apakah jenayah Mahathir kepada rakyat Malaysia, Islam, dan Dunia
1.Membuat Fitnah, pembohongan dan kezaliman kepada rakyat Malaysia
2.Penyalahgunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri
3.Menyalahgunakan media untuk kepentingan peribadi dan kroni
4.Menyanggah sistem perundangan dan perlembagaan negara
5.Pemecatan pegawai tinggi kerajaan tanpa sebab yang kukuh
6.Mengamalkan kronism dan nepotism secara berluasa serta berterusan
7.Mengugut dan membuang kuasa raja untuk diambil kepada diri sendiri
8.Penghinaan dan merendah-rendahkan agama Islam
9.Kedaulatan hak milik tanah Orang Melayu dicabul
10.Mengambil kesempatan dan mengada-adakan isu perhubungan dengan Singapura
11.Berusaha mengadakan hubungan diplomatik dengan Israel dan menerima Yahudi
B.Apakah sikap kita
C.Apakah Tindakan kita
D.Perkara yang jangan dilakukan
Artikel berkaitan
Pesanan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada malam beliau ditahan
Pengakuan pegawai kanan polis
Pengalaman petang Sabtu di Dataran Merdeka (26 Sept.1998)
Temuramah dengan Saifuddin Nasution
Anwar disiksa ala Serbia
CERITA PENUH
1. Membuat Fitnah, pembohongan dan kezaliman kepada rakyat Malaysia
1.1 Membuat fitnah tuduhan zina, meliwat, membunuh, menghasut rakyat, membocorkan rahsia negara, rasuah dan segala kecurangan yang boleh difikirkan
Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pandangan masyarakat merupakan seorang yang sangat dipercayai, istiqamah dengan perjuangan, kerja dan baik amal ibadatnya.
Tindakan serta perlakuan beliau tidak di ragui dan pembelaannya terhadap rakyat bukannya sedikit. Harta beliau terlalu sedikit berbanding dengan semua menteri termasuk timbalan menteri dan setiausaha parlimen. Beliau mempunyai keluarga yang bahagia dengan seorang isteri dan enam orang anak yang berperibadi baik. Fail beliau dalam BPR telah ditutup kerana tiada kes tetapi fail menteri yang lain termasuk Mahathir masih terbuka dan sukar untuk diselesaikan. Kes pekerti moral, perilaku buruk dan sebagainya tidak pernah timbul. Seandainya beliau ada salahlaku moral seperti yang didakwa, sudah tentu berpuluh bukti nya telah dikeluarkan oleh Mahathir sekarang ini jika memandangkan bertapa terdesaknya Mahathir dengan isu ini, lebih besar dari kegawatan ekonomi.
Menurut Dr Yusof Qardawi dalam fatwanya;
"Menuduh orang-orang yang bersih dengan tomahan-tomahan terutamanya tomahan-tomahan yang bersar seperti zina, liwat dan membunuh merupakan satu yang diharamkan secara tegas dalam Islam. Bahkan ia termasuk dalam dosa-dosa besar yang boleh mendatangkan kemurkaan Allah dan azabNya. Ini kerana tomahan-tomahan seperti itu berupaya untuk menyerang kemuliaan diri orang-orang yang beriman sama ada lelaki atau perempuan. Ia juga boleh menyebabkan orang ramai berburuk sangka terhadapnya."
Jesteru itu kita harus berhati-hati agar tidak terseret bersama Mahathir dan kuncu-kuncunya sebagai penyebar fitnah yang diumpamakan ‘memakan daging mentah manusia.’
1.2 Fitnah yang melanggar perundangan negara
Mahathir sekarang ini sedang menunggu tape video yang dilakonkan oleh pelakon-pelakon amerika di Amerika Syarikat yang bermirip Sdr. Anwar setelah dimekap, diedit untuk serangan seterusnya kerana tape yang beliau edarkan sekarang tidak meyakinkan kerana pembikinan palsu ini tidak meyakinkan kerana kualiti penyamaran rendah.
Jika kita membaca akhbar,filem sex menggunakan pelakon mirip Clinton dan Monica sedang diusahakan untuk pasaran komersial.
Sehubungan itu Mahathir adalah pengusaha dan pengedar filem lucah eksklusif Malaysia. Dalam usahanya menerbit filem kedua dan seterusnya, tidak hairanlah beliau akan menjadi Pemimpin Negara pertama yang mengusahakan industri filem lucah di Dunia.
‘Malaysia Boleh! Che Det Boleh!’
1.3 Memberikan laporan dan berita palsu kepada pemimpin, media, rakyat terutamanya pihak polis (dengan kerjasama Rahim Noor) dan ahli-ahli UMNO (melalui MKT)
Berita diputar belitkan agar masyarakat khususnya ahli UMNO mendapat gambaran yang salah tentang bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang juga merupakan bekan Presiden UMNO. Mereka cuba memburukkan namanya sedemikian rupa seolah-olah Sdr. Anwarlah sekeji-keji dan sejahat manusia di bumi ini. Perhimpunan 100,000 dikatakan 10,000, rakyat yang berhimpun secara aman dikatakan merusuh (pihak tertentu sengaja masuk kecelah barisan rakyat dan sengaja membuat huru-hara) dan lain-lain.
Ingatlah saudara-sauda sekelian, keadaan sebeginilah yang dilalui oleh nabi dan rasul, ulama' terdahulu, pejuang-pejuang Islam, pejuang-pejuang kebenaran di mana mereka diburukkan sehina-hinanya di mata masyarakat agar mereka yang zalim itu dilihat sebagai pemerintah yang baik. Fikirlah dan singkap kembali peribadi dan sejarah mereka yang yang sekarang ini mencerca Sdr. Anwar seolah-olah mereka itu Muslim yang taat pada Allah.
Firman Allah yang bermaksud:
"Apakah kamu mengira kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimap oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang beriman bersamanay: Bilakah datangnya pertolongan Allah. Ingatlah sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat."
(Surah Al-Baqarah: 214)
Kembali ke atas
2 Penyalahgunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri
Menggunakan ISA atau Akta Keselamatan Dalam Negeri yang tidak berperi kemanusiaan sewenang-wenangnya kepada musuh politik beliau.
Ini termasuk kepada Y.B. Datuk Seri Anwar Ibrahim, Y.B. Datuk Zahid Hamidi, Sdr. Ruslan Kasim, Tuan Hj. Ahmad Azam Abd. Rahman, Us Mokhtar Ridzwan, Hj. Abd Halim Ismail, Hj. Shaharuddin Badaruddin, Dr. Sidek Baba, Dr. Zambry Abd. Kadir, En. Kamaruddin Jaffar, Y.B Kamaruddin Mohd. Nor, Sdr. Amidi Dato’ Abd. Manan, Sdr. Tamunif Mokhtar dan Sdr. Ahmad Shabrimi. Dato’ Nalla menjadi mangsa pertama dalam siri pemanasan konspirasi Mahathir bersaudara.
Lebih kurang sebulan sebelum penangkapan Dato’ Nalla, 4 orang rakyat Malaysia ditahan dibawah ISA dengan tuduhan menyebarkan maklumat palsu dalam internet. Penahanan tanpa bicara dengan tidak memberi peluang kepada yang dituduh membela diri adalah zalim kerana fitnah, penipuan dan hukuman boleh dilakukan tanpa pengadilan yang sah.
Merujuk kepada penerangan dari MIMOS, adalah sukar untuk mengesan mereka yang menggunakan internet untuk menyebarkan berita kerana terdapat berjuta e-mail, apatah lagi jika penyebar ini menggunakan alamat palsu yang boleh diubah melalui beribu program yang ada dalam internet. Penggunaan unix asas turut boleh menukar alamat pengirim ini. Sehubungan itu satu penipuan kepada masyarakat boleh berlaku dengan tujuan untuk menakut-nakutkan pengguna internet dalam persediaan satu konspirasi besar.
Penggunaan ISA turut digunakan dalam Operasi Lalang di mana pemimpin parti politik DAP dan PAS dikenakan. Di antara mereka yang di ISA dalam operasi ini termasuk En. Lim Kit Siang dan Hj. Mohamad Sabu.
3 Menyalahgunakan media untuk kepentingan peribadi dan kroni
Menyalahgunakan media untuk kepentingan peribadi dan kepentingan politik pihak tertentu. Penyebaran maklumat palsu melalui radio, television dan akhbar menipu rakyat yang tidak ada sumber lain untuk mendapatkan maklumat. Ia adalah tempau utama fitnah disebarkan.
"Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita bohong itu adalah daripada golongan kamu juga. Janganlah kamu mengira bahawa berita bohong itu buruk bagi kamu bahkan ia adalah baik bagi kamu. Tiap-tiap seseorang dari mereka mendapat balasan dari dosa yang dikerjakan nya. Dan sesiapa di antara mereka yang mengambil bahagian yang terbesar dalam penyiaran berita bohong itu baginya azab yang besar. Mengapa di waktu kamu mendengar berita bohong itu orang mukminin dan mukminat tidak berbaik sangka terhadap diri mereka sendiri dan (mengapa tidak) berkata ‘Ini adalah suatu berita yang bohong yang nyata.’ Mengapa mereka (yang menuduh itu) tidak mendatangkan empat orang saksi atas berita bohong itu? Oleh kerana mereka tidak mendatangkan saksi-saksi maka mereka itulah pada sisi Allah orang-orang yang dusta."
(Surah An-Nur 24:11-13)
Ia memutarbelitkan pandangan tokoh dengan suntingan yang mengelirukan, terutama dalam konspirasi menjatuhkan Anwar. Ia juga menjadi medan utama pihak pemerintah, menuduh dan mengadili Anwar dengan membawa saksi-saksi. Ini mempersendakan sistem perundangan dan perlembagaan negara.
4 Menyanggah sistem perundangan dan perlembagaan negara
4.1 Membatalkan keputusan mahkamah
Contohnya dalam keputusan mahkamah untuk menghentikan Projek Bakun (semasa ketiadaan PM, lawatan keluar negara) kerana mengganggu sistem ekologi. Sekembalinya PM, beliau membatalkan keputusan mahkamah.
Atas arahan PM juga, kes Rahim Thamby Chik ditutup. Mahkamah terpaksa menghentikan pendakwaan atas alasan tidak cukup bukti dan Rahim diisytiharkan bersih daripada perhubungan dengan gadis bawah umur dan berbelas-belas kes rasuah.
Ini beliau tidak menghormati kehakiman serta menunjukkan kuasa beliau mengatasi kuasa mahkamah.
4.2 Mencampuri urusan kehakiman sehingga ketidakadilan tidak dapat ditegakkan
Ini termasuk dalam kes Datuk Sri Anwar Ibrahim; afidavit peguam negara terhadap Dato’ Nalla dikeluarkan sebelum dibawa ke mahkamah.
Mencampuri urusan pengadilan Rahim Thamby Chik (Playboy UMNO)
Menghukum orang yang tidak bersalah; pelajar yang dirogol oleh Rahim Thamby Chik dan pembelanya Lim Guan Eng. Adakah logik seorang yang berumur belasan tahun memilih hidup dalam pusat tahan dari dibebaskan?
Telah diberitakan bahwa pelajar tersebut setelah mendakwa mempunyai hubungan dengan Rahim Thamby Chik telah dirogol oleh belasan saksi yang membuat pengakuan palsu mempunyai perhubungan dengan pelajar tersebut. Pelajar tersebut turut diculik oleh pihak polis selepas membuat pengaduan dan sukar untuk dia berjumpa dengan peguamnya.
4.3 Memalsukan, mengubah, menggelapkan dokumen dan bukti mahkamah
Dalam kes pendakwaan Rahim Thamby Chik, adalah tidak logik kes yang dikendalikan oleh Peguam Negara tidak cukup bukti mengenai kes rogol dan rasuah. Peguam Negara tersebut samada bodoh, bengap atau dipaksa menarik balik tuduhan atas arahan tertentu.
Kes yang dibawa oleh peguam negara adalah kes dengan bukti kukuh kerana jika bukti tidak kukuh dan keyakinan untuk pendakwa menang agak samar, beliau akan meminta pembantunya membuat pendakwaan kerana untuk menjaga status jawatan tersebut. Maka jelaslah peguam negara ini bermaruah rendah dan tiada harga diri.
Mengubah dokumen kerajaan dalam banyak perkara seperti pemilikan syarikat penerbit "Buku 50 dalil mengapa Anwar tidak boleh menjadi PM" dari Rahim Thamby Chik kepada individu lain, menukar maklumat pembayaran (backdated) untuk menebus bangkrapnya Tun Gaffar dan Tamrin Gaffar
4.4 Pemecatan ketua hakim negara dan menukar hakim yang enggan bersekongkol
Tun Salleh Abbas dipecat kerana menasihati Mahathir. Hakim yang memberi injuksi kepada kes buku 50 dalil turut ditukar. Hakim yang dilabelkan rapat dengan Datuk Sri Anwar juga ditukarkan.
5 Pemecatan pegawai tinggi kerajaan tanpa sebab yang kukuh
Belaiu banyak memecat pegawai tinggi kerajaan atau menukarkan mereka kerana tidak mengikut telunjuknya.
Misalnya; Pemecatan Tun Salleh Abbas, Tuan Hj. Ishak Baharum, Johan Jaafar, Nazri Abdullah, Yunus Said, penukaran Setiausaha Khas Anwar ke ‘pool’ JPA, penukaran hakim-hakim dan lain-lain.
Perlucutan Sdr. Anwar Ibrahim dari jawatan Presiden UIA adalah tidak sah dan jelas tidak menghormati perlembagan. Cara melucutkan beliau dari Presiden UIA ialah dengan dua cara; 1, beliau boleh meletak jawatan atau 2, dipecat oleh lembaga yang dipengerusikan oleh Sultan Pahang.
Memberi tekanan kepada Gabenor Bank Negara meletakkan jawatan kerana tidak bersetuju dengan kaedah Mahathir.
Melantik pegawai di luar bank Negara menjadi Gabenor kerana Dato’ Zeti Akhtar Ungku Aziz Pemangku Gabenor kerana bersikap berkecuali dalam polimik Mahathir.
Hakim yang menegur dituduh membuat surat layang dan dipecat tanpa bicara.
Bekas ketua Hakim Negara yang menegur dituduh menghasut. Apakah Mahathir ini manusia yang sempurna ? (Insan kamil yang tidak berhak ditegur, cuma menunggu masa mencapai tahap maksum? Atau mungkin Nirvana kut)
Yang terbaru adalah Pengarah Special Branch dipaksa bersara awal 3 hari yang lalu.
Turut diberitakan ialah Timbalan Ketua Polis Negara turut dipecat kerana tidak mahu patuh dengan arahan-arahan yang diluar batas kemanusiaan.
6 Mengamalkan kronism dan nepotism secara berluasa serta berterusan
6.1 Rumah 200 juta di Putrajaya ( belian hiasan dari luar negara;Perancis)
6.2 Duit pada knoni; Vincent Tan ?RM300 juta, Ting Pek Khing RM1.6 bilion, ada yang menyatakan 6 billion, Mirzan ?RM800 juta.
Kasihnya Mahathir dengan Ting Pek Khing sehingga sanggup makan mee sepinggan dengan Pek Khing sewaktu beristirehat di Sarawak.
6.3 Hutang Perwaja Steel sebanyak 2 billion; Kemanakah Eric Cheah kesayangan Mahathir. Anwar telah diutuskan untuk memulih semula Perwaja Steel yang teruk berhutang. Dia bukannya dididik oleh Mahathir untuk menjadi PM tapi untuk membaik pulih kerosakan yang dilakukan oleh Mahathir si makhluk perosak.
6.4 Menggunakan wang petronas untuk membeli MISC dalam menyelamatkan KPB hak milik Mirzan.
6.5 Penutupan SIME Bank, pinjaman yang tidak dapat dijelaskan. Ia berkaitan dengan pinjaman Mirzan.
7 Mengugut dan membuang kuasa raja untuk diambil kepada diri sendiri
Mengugut dan membuang kuasa raja untuk diambil kepada diri sendiri (shahan shah yang baru).
Sultan yang pada awalnya tidak bersetuju tidak dibenarkan mendapat iringan polis trafik dan lain-lain keistimewaan yang biasanya diberikan. Raja-raja tidak dilayan sebagai Raja Melayu yang perlu dihormati dan menyatukan orang Melayu. Mahathir adalah mamak keturunan pendatang yang merasakan perlu menaikkan kasta pariahnya ke taraf bangsawan dengan menundukkan raja-raja Melayu. Ini adalah penghinaan pada orang Melayu.
Beliau tidak ada bedzanya dari residen Inggeris yang menjajah Tanah Melayu dalam abad ke 19 belas. Memberi kita kehidupan tetapi dibawah takluk dan tekanannya.
8 Penghinaan dan merendah-rendahkan agama Islam
8.1 Mengutuk ulama', merasakan diri sebagai ulama' al kabir
Beliau menghina ulama’, menghina pandangan Tuan Hj. Ishak Baharum bekas Mufti Selangor yang dipecat, menghina Dr. Harun Din seorang ulama’ yang disegani. Beliau menempelak pandangan ulama’ dalam isu menutup aurat, pertandingan ratu cantik dengan menyatakan ulama’ mentafsir AL Quran untuk kepentingan diri dan ianya bersalahan dari ajaran Islam. Selagi tafsir atau fatwa ulama’ menggugat Mahathir, selagi itulah fatwa tersebut kononnya bertentangan dengan ajaran Islam.
Apakah Mahathir itu layak memberi fatwa dan menjadikan dirinya bukan saja Diktator tetapi juga ulama’ Al Kabir.
8.2 Menghina hukum Islam serta memberi fatwa baru
Beliau mempermainkan hukum hudud dengan menempelak bahawa negara Islam yang mengamalkan hudud akan menyebabkan orang Islam semuanya kudung. Beliau juga mempermainkan hukum Allah ini dalam lawak jenakannya. Tidak berupaya melaksanakannya pada masa ini bolehlah dimaafkan tetapi menolak dan mempersendakan Hukum Allah ini adalah melampau dan wajib diperangi.
8.3 Menghina Nabi Muhammad sallalhu’alihi wassalam.
Beliau mempermainkan sunnah Rasulullah. Beliau membuat jenaka dengan janggut Nabi. Beliau mempermainkan pakaian ummat Islam yang dipakai Nabi dan para sahabat dengan menyatakan itu pakaian Arab dan bukan Islam.
Apakah tindakan Jabatan Perdana Menteri dengan isu menolak Sunnah Nabi oleh kumpulan Kasim Ahmad? Apakah ini tidak menempelak Nabi ?
"Allah sekali-kali tidak akan membiarkan orang-orang yang beriman dalam keadaan kamu sekarang ini sehingga Dia menyisihkan yang buruk (munafik) dengan yang baik (mukmin)."
(Surah Al-Imran: 179)
9 Kedaulatan hak milik tanah Orang Melayu dicabul
9.1 Tanah rizab melayu dirampas
Tanah rizab Melayu di kawasan yang bernilai tinggi dirampas dan menyerahkannya kepada pihak tertentu di atas nama pembangunan dengan memberi gantian tanah di tengah hutan (tempat jin bertendang).
Pampasan yang diberi adalah jauh rendah dan tidak mengikut sekurang-kurangnya harga semasa. Ini akan memencilkan orang Melayu dari bandar. Beliau selepas itu akan menempelak orang Melayu kerana tidak pandai berniagan dan suka duduk membuat kerja yang kurang berfaedah di kampung.
Tindakan ini meragukan kita akan keikhlasannya membela nasib orang Melayu seperti yang beliau dakwa.
9.2 Menghapuskan konsep Tanah Rizab Melayu
Tanah Rizab Melayu adalah hak orang Melayu. Dengan tiadanya tanah rizab Melayu ia semua tanah boleh dijual beli oleh sesiapapun termasuk orang asing yang bukan rakyat Malaysia.
9.3 Menganiaya penduduk sempadan Perlis-Thai dengan persempadanan semula sehingga menghilangkan hak milik tanah saka mereka
Apakah kerajaan Perlis tidak menyedari hal ini? Atau sengaja buat tak tahu kerana mereka orang kampung yang mudah ditipu. Ianya boleh menjadi political mielage jika Shahidan Kassim bertindak sebagai hero penyelamat yang tidak memerlukan kos yang tinggi, cuma orang kampung yang dia anggap tidak penting menjadi korban penjara beberapa hari.
10 Mengambil kesempatan dan mengada-adakan isu perhubungan dengan Singapura
10.1 Menjual tanah Tanjung Pagar di Singapura dan menyalahkan Singapura
Ini adalah satu taktik kotor mencari publisiti murahan dan menagih sokongan rakyat untuk menghadapi musuh yang sama iaitu Singapura. Perancangan ini amat teliti untuk mengalih perhatian rakyat dari tekanan isu kronism, nepotism, korup dan kolusi yang dibawa oleh Datuk Zahid Hamidi.
Perjanjian penjualan telah dibuat seawal 1989 yang diwakilkan kepada Daim Zainuddin (seorang lagi pengkhianat negara). Perbincangan yang diadakan berkaitan perpindahan ini telah dijalankan tidak kurang dari 9 kali. Mahathir telah mengutuskan surat kepada Goh Chok Tong pada April 1991 mengatakan beliau menyetujui pemindahan fasiliti CIQ ke WLTC. Oleh itu, Mahathir enggan untuk mengikuti saranan Singapura untuk membawa kes ini ke mahkamah antarabangsa sebaliknya membakar sentimen rakyat agar bersatu untuk memusuhi Singapura.
10.2 Perjanjian air yang tidak seimbang dengan Singapura
Siapakah yang berjanji menjual air berlebihan dari yang diperlukan ke Singapura sedangkan pada masa itu negara mengalami masalah kekurangan air kalau tidak Mahathir!
10.3 Membenarkan jet Singapura menceroboh terbang di angkasa Malaysia
Perkara ini telah dibantah oleh rakyat seawal lapan-puluhan lagi tetapi mengapakah baru 3 minggu ini ianya diperbesarkan? Apakah lagi satu taktik kotor untuk mengalih perhatian rakyat dari isu itama iaitu pemecatan Sdr. Anwar Ibrahim?
Ini adalah kerana ruang udara Malaysia di atas 15,000 kaki telah disewakan kepada Singapura.
10.4 Membenarkan Singapura bertempat di Pulau Pisang, Johor
Adalah suatu yang tidak munasabah tentera Malaysia tidak mengetahui perihal ini kecuali Jabatan Perdana Menteri meminta pihak tentera membisu. Ia bocor selepas mendapat pengaduan awam yang terserempak kengan konspirasi ini secara tidak sengaja.
Maka tidak menghairanlah satu hari nanti terbongkar satu pakatan sulit antara Mahathir dengan Singapura.
Juga tidak hairanlah jika Mahathir dalam keadaan terdesak meminta Singapura menceroboh Malaysia dengan tentera untuk mengalih perhatian rakyat agar bersatu menentang musuh yang satu serta melupakan Konspirasi Politiknya menjatuhkan Sdr. Anwar Ibrahim dan Islam di Malaysia
Provokasi demi provokasi dilakukan oleh Jabatan Perdana Menteri. Untuk makluman umum, Daim Zaunuddin telah memberi satu komen pujian terhadap buku yang ditulis oleh Lee Kuan Yu sebelum dia menjadi alat baru propaganda mengalih penumpuan rakyat.
11 Berusaha mengadakan hubungan diplomatik dengan Israel dan menerima Yahudi
11.1 Membenarkan perniagaan microcip (Motorolla) dengan Israel secara berahsia
Ianya berlaku di awal 90’an dengan penglibatan tokoh korparat yang besar.
11.2 Membenarkan lawatan belia Israel ke Malaysia dan membuat lawatan ke Pusat Islam secara rahsia. Ia bertujuan agar Jabatan kerajaan terutamanya Pusat Islam berlembut dengan Yahudi dengan berkonsep kita perlu berdakwah dengan mereka.
Ia berlaku beberapa bulan sebelum datangnya pasukan kriket Israel ke Malaysia
11.3 Membenarkan pasukan kriket Israel ke Malaysia
Ia mendapat bantahan rakyat tetapi dibela oleh Mahathir. Ia bertujuan untuk menguji kesensitifan rakyat Malaysia disamping membiasakan rakyar agar menerima Yahudi.
11.4 Mengambil Solomon, Smith and Barnes menguruskan pemulihan ekonomi Negara
Mengambil Solomon, Smith and Barnes menguruskan pemulihan ekonomi Negara dengan secara tidak langsung membocorkan rahsia negara kepada Solomon and Co. yang merupakan Yahudi Amerika.
Perkara-perkara di atas menunjukkan perhubungan intim Mahathir dan penasihatnya dengan Yahudi. Kita mula meragui, apakah Mahathir ini selama ini berlakon membenci Yahudi kerana menjalankan ‘Grand Designnya’?
Beliau mendakwa Sdr. Anwar agen CIA, apakah itu adalah satu arahan CIA atau Mossad kepada beliau untuk menjatuhkan Sdr. Anwar yang berperibadi Islam yang baik.
Mahathir turut menjadikan ulama’ dan ABIM sebagai sasarannya, apakah konspirasi ini turut untuk melenyapkan pengaruh Islam di Dunia seperti jatuhnya Negara yang disifatkan oleh Richard Nixon sebagai pengancam orde baru dunia iaitu Turkey (Ebarkan digulingkan), Sudan (Hasan Turabbi; Sudan sudah lama gawat), Indonesia (ekonomi diranapkan kerana jumlah umat Islam teramai dan Habibie yang mirip kepada Islam), Pakistan (Presiden Zia ul Haq dibunuh dan Pakistan tidak stabil lagi) dan Mesir (Sudah gawat dan bertambah teruk dengan masalah Sheikh Al-Azhar). Ini kerana penangkapan yang dibuat oleh Mahathir banyak melibatkan pemimpin Islam dari kalangan ABIM, PKPIM dan tokoh Islam termasuk Timbalan Rektor Universiti Islam Antarabangsa.
Malaysia menjadi negara terakhir dengan imej Islam yang semua rakyat berbilang kaum dan agama dapat hidup aman damai dengan Sdr. Anwarlah sebagai pemimpin dan arkitek yang sebenar membentuk Malaysia maju melalui konsep Masyarakat Madani. Walaupun ranjaunya banyak dan pengiktirafan diberi kepada Mahathir sebagai Perdana Menteri, tetapi rakyat tidak buta dan tuli. Inilah yang menyebabkan rakyat terkejut, meratap, tergamam dan akhirnya marah yang amat sangat dengan tomahan ini sehingga membuatkan mereka bangun bersatu menuntut keadilan dan reformasi.
Siapakah yang berdosa?
Siapakah pengkhianat Agama, Bangsa dan Negara?
Siapakah Pembelot Agama dan Negara?
Siapakah yang sebenarnya diperalatkan dan menjadi agen asing?
Siapakah perosak ekonomi negara?
Maka, layakkah Mahathir terus menjadi Perdana Menteri Malaysia?
B. Apakah sikap kita
1. Jangan menyokong Mahathir
2. ;Berikan sokongan kepada Kebenaran dan Keadilan
3. Membantu Sdr. Anwar dan tahanan ISA yang lain serta keluarga mereka
4. Bersatu menjatuhkan Mahathir melalui Reformasi dan GERAK
C. Apakah Tindakan kita
D. Perkara yang jangan dilakukan
Berkorbanlah, kerana Sdr. Anwar telah banyak berkorban untuk kita. Beliau sudah hilang segala-galanya untuk kita. Beliau boleh memilih kemewahan jika beliau kehendaki tetapi beliau lebih sayangkan tanggungjawabnya kepada Agamanya, Bangsanya dan Negaranya. Beliau pejuang kebenaran, keadilan dan sentiasa istiqamah dalam perjuangan.
Insya Allah akan bersambung.
Reformasi! Reformasi! Reformasi! Allahuakbar!